Tuesday, April 27, 2010

Bila Jari Menari 27 April 2010


Assalamualaikum


Tiba-tiba jari-jemari saya seakan ringan sahaja untuk menari pada pagi ini. Semoga kabus kemalasaan akan terhindar terus daripada diri ini (hanya berharap sahaja). Kali ini tidak ada tajuk khusus untuk ditarikan disini, cuma mahu berkongsi pendapat sahaja.


Pertamanya novel yang baru habis saya baca. Semalam saya baru sahaja menamat kesemua koleksi Sherlock Holmes keluaran PTS. Buku ini adalah terjemahan dari karya asal Sir Arthur Conan Doyle.


Sherlock Holmes - Wira Kota London
Sherlock Holmes - Detektif Yang Penuh Kejutan
Sherlock Holmes - Perunding Detektif Pertama Dunia
Sherlock Holmes - Kajian Merah Berdarah.























Komen saya:


Saya tidak tahu berapa ramai mereka diluar sana yang meminati bahan bacaan yang bercorak sebegini. Kepada peminat tegar siri penyiasatan atau mistri selain daripada membaca komik penyiasatan daripada negara Jepun (DDS atau Penyiasat Remaja atau Detektif Conan) mereka seharusnya membaca koleksi novel ini. Novel klasik berkenan kehebatan seorang penyiasat di London dalam menyelesaikan mistri dan menangkap penjenayah di kota London.


Perbandingan tidak dapat dielakkan dengan novel bercorak yang sama. Cara penyusunan mistri lebih kompleks daripada komik Jepun dan cara penyelesaian pun mengudang rasa 1001 mistri. Sampai sekarang saya teramat-amat mengkagumi para barisan penulis novel sebegini kerana mampu memikirkan idea yang cukup kompleks bersama jalan penyelesaian. Tahniah untuk mereka.


EPL


Pertandingan bolasepak yang menjadi kegilaan ramai & bualan ramai setiap hujung minggu menghampiri kemuncaknya. Setelah beberapa musim, pada musim inilah saya perhatikan bertapa sengit saingan diantara kelab-kelab di England. Bagus. Ia menghilangkan rasa bosan saya apabila dominasi 4 pasukan terkuat berjaya diperkota-katikkan oleh pasukan tidak ternama.


Di akhir saingan ini, perebutan kejuaraan masih menjadi tanda tanya. Di antara Man. Utd dan Chelsea sapa pilihan anda (pasukan lain cuba musim depan ye.. terutamanya Liverpool). Saya akan memilih pasukan Man United. Saya pernah menjadi penyokong tegar Man Utd semasa era Eric Cantona dan mula terkikis sokongan setelah persaraannya dan beralih kepada Aston Villa.

Bercerita tentang Aston Villa, pasukan ini sedang bersaing hebat bersama Spurs, Man. City dan juga Liverpool untuk merebut tempat terakhir saingan Liga Juara-Juara pada musim depan. Saingan terlampau sengit kerana selain Liverpool (sebenarnya saya tidak memberikan harapan kepada pasukan Liverpool ini sebagai pencabar namum begitu daripda segi matematiknya mereka masih lagi berpeluang) Spurs, Villa & Man City akan bertemua sesama sendiri untuk baki perlawanan. Menarikkan. Jika ada soalan, pasukan mana yang lebih layak untuk slot terakhir ini apakah pilihan anda? Apa pula pasukan pilihan saya? Aston Villa? Salah. Saya merasakan pasukan yang layak adalah Spurs atau Man City. Kenapa?


Analisa saya:
Pasukan kesayangan saya Aston Villa belum cukup tajam dibahagian hadapan & tidak mempunyai cukup kreativiti dalam melakukan serangan. Bahagian pertahanan tidak ada masalah, tetapi untuk saingan peringkat tertinggi seperti Liga Juara Juara bahagian serangan & tengah amatlah penting.



Spurs menunjukan belang mereka dengan menumpaskan pasukan tetap Liga Juara-Juara seperti Arsenal & Chelsea dengan bergaya saya ulangi dengan BERGAYA. Mereka sentiasa menyerang tanpa henti dan serangan yang dilakukan amat merbahaya. Mereka tumpas kepada Man. Utd tetapi pada padangan saya perlawanan itu seimbang. Disamping itu, mereka juga mempunyai kualiti pemain yang seimbang didalam dan diluar padang.


Man City pula saya percaya kepada dana mereka. Dengan dana yang mereka ada mereka selayaknya berada di Liga Juara-Juara. Mereka mempunyai ramai pemain yang berkualiti tinggi yang boleh bermain diperingkat tertinggi tetapi pada masa yang sama ini menjadi satu masalah apabila jurulatih atau pengurus pasukan untuk menentukan siapakah yang patut bermain dipadang.


Bolasepak Malaysia & Sukan Di Malaysia


Saya tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agung FAM, menyatakan pasukan di Malaysia penakut untuk bersaing diperingkat Asia. Kenyataan itu dibalas pula oleh orang negeri saya, Wan Jamak (coach Negeri Sembilan) bahawa tahap permainan di Malaysia belum berada ditahap bertanding di Asia. Dimana silapnya ye?


Ini adalah pendapat saya, kualiti bola sepak kita memang jauh daripada 'standard' Asia. Baik daripada kemahiran, corak permainan dan stamina. Dengan jadual perlawanan yang saya sifatkan 'longgar' jurulatih masih menyatakan para pemain mereka penat dengan jadual perlawanan yang ketat.


Para pemain hanya perlu bermain bola kerana itu pendapatan mereka dan mereka perlu melakukan apa sahaja untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan jurulatih kenalah bijak melatih pemain mereka untuk tahap lebih tinggi. 'Apa yang awak buat coach'? Adakah jurulatih di Malaysia ini sibuk melatih pekara-pekara asas dalam bola sepak sampai tidak ada masa memantau tentang pemakanan dan lain-lain pekara dalam sains sukan?


Alasan tiada pemain import juga digunakan dalam isu ini. Ada logik kah? Mungkin ada. Tetapi sedarkan bahawa persatuan bolasepak di Malaysia ini tidak mampu membayar gaji pemain import yang berkualiti? Kadang-kadang saya terfikir kita sememangnya belum layak lagi ada liga profesional bagus lagi semi pro. Sekurang-kurangnya pemain bola kita mendapat gaji untuk menyara keluarga mereka. Tidakkah zalim jika ada pemain bolasepak negara kita ini tidak mendapat atau baru mendapat gaji mereka selepas 3 bulan atau lebih. Bagaimanakah mereka mahu menyara kehidupan seharian mereka, bagaimana mereka mahu membeli susu anak-anak mereka? Dengan keadaan yang terdesak sebegini, tidak mustahilkah mereka menjual permainan demi meneruskan hidup mereka?


Dimanakah bijak pandai sukan untuk mengatasi masalah sebegini? Pernahkah mereka menyedari hakikat ini bahawa permainan bola sepak bukan seperti dahulu. Bolasepak sekarang adalah perniagaan. Itu yang perlu dilakukan. Panggil kembali syarikat rokok untuk menaja pertandingan di Malaysia ini. Pergi persetankan sahaja dengan larangan merokok dalam sukan. Rakyat Malaysia tetap akan merokok walau iklan itu tidak ada, ahli sukan kita juga ada yang merokok, wakil rakyat kita ada juga yang merokok. Jadi demi sukan bola sepak yang hampir nazak ini mereka perlukan dana yang banyak untuk terus berjuang.


Namun saya rasa sudah sampai masanya kita jadikan bolasepak perniagaan. Jika kita boleh menjadikan EPL sebagai 'tok guru' untuk mengasah kemahiran, kita juga bole menggunakan kepakaran dalam memperniagakan bola sepak. Segalanya memerlukan perancangan yang teliti masa dan demi masa depan bolasepak. Jika semua tidak berlaku, ada baiknya kita kembali ke semi pro.


FAM merungut kehabisan idea untuk menjemput para peminat datang ke stadium setiap malam minggu. Suasana sekarang tidak sama seperti dahulu. Dimana silapnya. Saya tidak tahu. Kemeriahan satu kita dahulu dah bertukar sama sekali. Pertanyaan lagi daripada saya, jika kita berpeluang menyaksikan satu perlawanan bermutu tinggi (EPL) di televisyen, perlukan kita menghabiskan 10 ringgit untuk menyaksikan aksi kurang bermutu bolasepak kita di stadium. Kalau dah menonton secara langsung sudah pun sakit hati inikan mahu ke stadium. Apa kata anda pula?


Kini sudah ada Astro Arena, siaran sukan bahasa melayu yang saya nampak masih ada ciri-ciri kebaratan didalam bentuk pengisiannya. Tidak mengapa baru setahun jagung. Semoga dengan adanya siaran sukan seperti ini mampu meningkatkan lagi kualiti sukan kita di Malaysia


Sehingga Jari Menari Lagi.