Friday, May 28, 2010

Bila Jari Menari 28 Mei 2010


Assalamualaikum

" Sebenarnya saya buat novel ini untuk golongan remaja" kata penulis buku ini En. Bahruddin Bekri kepada saya di Pesta Buku . Dialog itu terbit ketika saya meminta tandatangan beliau dinovel Adi Gempa : Evolusi. Terdetik dihati saya ini "Dah tua rupanya aku ini". Tetapi itu tidak mengapa pekara kecil.

Novel ini termasuk didalam koleksi marathon saya, sudah lama diabiskan, baru kini berpeluang untuk menarikan jari di sini. Bagaimana ceritanya? Bagus & menarik. Namun ada kekurangan dan kesilapannya. Konsep sains fiksyen yang boleh saya andaikan (pada pandangan sayalah) adunan daripada komik Hong Kong, Jepun, cerita cereka Hero.

Pada mulanya saya menjangkakan watak hero atau adiwira didalam novel ini hanyalah berkisar kepada watak Adi sahaja, namun makin lama saya membacanya makin banyak pula watak adiwira yang dipersembahkan, baik watak baik atau jahat (macam baca komik Dewata Raya sahaja).

Kisah bermula tentang keupayaan seorang budak (Adi namanya) yang berupaya untuk mengesan gempa bumi yang akan berlaku. Keupayaan yang ada pada Adi dimiliki kerana dia merupakan bahan ujikaji sebilangan bijak pandai untuk membuat senjata untuk berperang. Maka bermula daripada sinilah plot cerita berkembang.

Pelbagai lagi keistimewaan yang ada pada adiwira yang lain, pantas seperti angin, ada yang boleh mengeluarkan bebola api dan banyak lagi. Membaca novel ini tidak ubah seperti membaca komic aksi. Tahniah unutk penulis.

Namum begitu, saya berpendapat penulis tidak perlu mengwujudkan banyak watak didalam novel ini. Pelbagai kesilapan yang menganggu pembacaan saya seperti sekejap boy 1 sekejap boy 9, dan banyak lagi yang memaksa saya untuk membuka kembali muka surat sebelumnya.

Yang pasti saya menantikan kemunculan sambungan ini. Oh ya sebelum terlupa, saya sebenarnya membalas dialog diatas "Saya hanya akan membaca novel yang tidak ada kisah cinta air mata sahaja" dan berlalu untuk membeli novel yang lain.

Dozo Yuroshiku.

Saturday, May 22, 2010

Bila Jari Manari 10 April 2010


Assalamualaikum


Untuk pertama kali jari saya menari untuk tahun 2010. Lama sungguh meninggalkan rumah saya ini. Tidak kemana pun, rasa malas menyelubuhi diri saya. Apa nak jadi dengan diri saya? Teruk juga saya 'disembur' oleh Abg Web ketika kami bertemu pada pesta buku tempoh hari. Entahlah. Biarkan kisah saya disitu sahaja, kini saya kembali (Insya Allah).


Apa yang nak diceritakan ye? Rakan-rakan di RAMFC sudah pun membuat laporan tentang akitiviti RAMFC di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), perlu ke lagi saya menulisnya? Elok juga saya ceritakan serba sedikit ataupun cerita versi saya pula.


4 Minggu Sebelum Pelancaran Novel
Saya menghubungi Kak Saadiah daripada Alaf 21 berkenan kedudukan RAMFC dan acara untuk Abg Ramlee pada pesta buku nanti pada masa itu tiada kepastian tentang kedudukan RAMFC dan acara untuk Abg Ramlee.Cuma infomasi daripada laman web RAMFC menyatakan novel baru Abg Ramlee, Cinta Sufi akan dipasarkan pada pesta buku nanti.


3 Minggu Sebelum Pelancaran Novel
Mendapat lampu hijau daripada Alaf 21 untuk bersama mereka dan Abg Ramlee pada pesta buku nanti. Pelbagai syarat yang kami perlu patuhi, namum itu bukanlah masalah besar bagi kami untuk mematuhi syarat-syarat itu.


2 Minggu Sebelum Pelancaran Novel
Saya berkesempatan ke Shah Alam dan berjaya bertemu Kak Sadiaah bersama Abg Long (President Kelab Alaf 21). Perbincangan menjurus kepada peranan RAMFC pada pesta buku dan tiba-tiba tersembul pula daripada mulut saya ini "Tidak ada pelancaran untuk novel Cinta Sufi ke kak?". "RAMFC nak buat pelancaran novel Cinta Sufi ?". Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal, saya terus bersetuju. Maka sejak hari itu terbukalah kembali rancangan Pelancaran 9 Nyawa didalam diari saya.


Persiapan Sebelum Pelancaran Novel
Sebenarnya saya lebih suka dipanggil dengan jawatan Koordinator Majlis daripada Ketua Pengarah untuk majlis pelancaran ini kerana segala perancangan & maklumat yang saya terima daripada Alaf 21 akan saya sampai kepada ahli-ahli lain melalui email dan panggilan telefon. Elle menjadi penyelaras ahli-ahli RAMFC yang bersama-sama pada pesta buku nanti. Dengan Attoks sudi menjadi pengacara, Kak Illa, Fizul & Fiza berjaya membuang rasa gemuruhan mereka untuk membaca fragmen novel, Sue dan Kak Eina yang berkerja keras untuk melariskan penjual cenderahati dan jugak kepada ahli-ahli lain yang tidak disebutkan namanya disini, terima kasih saya ucapan. Tidak lupa juga Alaf 21 yang banyak memberikan pertolongan dan juga peluang kepada RAMFC pada pesta buku kali ini.


Sehari Sebelum Pelancaran Novel (Sabtu)
Kereta saya rosak, tidak boleh dihidupkan. Saya terpaksa membiarkan rakan-rakan RAMFC menjalankan aktiviti RAMFC tanpa saya. Mood saya pun entah kemana. Kereta saya 'bernyawa' kembali pada jam 3.00 petang. Saya mengambil keputusan untuk tidak ke PWTC pada hari itu. Malamnya pula, saya berjumpa Abg Web dan tanpa sedar kami telah berborak hampir 3 jam untuk pelbagai topik. Terasa kerdil diri ini apabila bertemu dengan orang yang banyak ilmu didada. Kesedihan bertimpa pula selepas itu selepas mendapat tahu Aston Villa dibelasah 1-7 oleh Chelsea. Kejam kan?


Hari Pelancaran Novel(Ahad)
Berbekalkan semangat yang membara (dek kerana kekecewaan pada hari sabtu), seawal pagi saya telah menjejaki PWTC untuk pesta buku. Bersama team RAMFC kami membina 'cawangan' kami sendiri di pintu keluar dewan setelah mendapat kerjasama daripada Alaf 21. Alhamdulilah ada juga tempat untuk kami berkumpul dan merencana Pelancaran Novel 9 Nyawa & Cinta Sufi. Sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat Abg Ramlee amat mengembirakan hati saya. Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulilah.


Selepas Pelancaran Novel
Alhamdulilah kali kami diraikan oleh Abg Ramlee sendiri melalui satu jamuan yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila dan saya juga tidak melepaskan peluang untuk mendapat tanda tangan beliau untuk kesemua koleksi novel saya. Terima kasih Abg Ramlee.Kemudian? Masa membeli belah buku. Saya bersama-sama rakan RAMFC lain kembali ke PWTC untuk membeli belah. Saya tidak membeli buku keluaran karangkraf kerana saya bakal mendapat harga 'istimewa' apabila berkunjung ke Alaf 21. Sasaran saya dan rakan-rakan adalah 'cawangan' PTS. Nama PTS kebelakangan ini amat gah, saya sendiri sebelum pesta buku sudah memiliki beberapa novel keluaran PTS seperti Kudeta Intro & Kudeta Terakhir serta novel terjemahan nukilan John Grisom dan kali ini saya tidak melepaskan peluang membeli novel terjemahan juga, novel Sherlock Holmes menjadi pilihan. Terdapat 4 siri kesemuanya dan beberapa lagi novel yang menarik hati saya.









Ulasan
Novel

Saya masih ingat lag
i pada saatnya saya mula berminat untuk membaca. Saya gemar membaca novel kanak-kanak yang ditulis oleh Enid Blyton (terjemahan didalam bahasa melayu). Saya bukan sahaja sekadar membaca malah saya begitu tertarik dengan jalan cerita yang kebanyakannya bercorak penyiasatan. 5 sekawan, 7 penyiasat dan banyak lagi banyak mempengaruhi pemikiran saya sehingga kini. Selain itu saya juga gemar membaca komic daripda jepun seperti DDS & Penyiasat Remaja (berada didalam senarai buku yang memuja Iblis) tetapi dipesta buku kali ini saya terjumpa senaskah novel alih bahasa bercorak misteri daripada penulis Jepun, Jiro Akagawa. Anda kenal? Saya baru pertama kali mendengar & tahu mengenainya pada hari itu. Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi penulis novel.


Pembunuhan di Universiti Hagoroma menjadi novel yang pertama saya baca diantara novel-novel yang saya borong daripada pesta buku. Saya bersyukur sangat Abg Web tidak termakan pujukan saya yang beria-ia mahu membeli novel ini, kalau tidak nasib novel ini seperti komen Abg Web terhadap novel Dr. Tuah. Kepada Abg Web, tidak perlu baca novel ini, novel ini akan membuatkan saudara menganugerahkan ‘perogol bersiri bahasa melayu’ kepada novel ini. Novel ini menggunakan bahasa melayu percakapan seharian kita dengan erti kata lain bahasa remaja sekarang. Ganjil rasanya apabila saya membaca novel yang mempunyai persekitaran negara Jepun tetapi menggunakan slanga orang Malaysia. Keseluruhan cerita ini tidaklah mengecewakan. Kepada peminat novel dan komik penyiasatan pasti biasa dangan ‘pembunuhan bilik sulit’ Cuma saya rasa perkataan ini sudah menjadi indentiti untuk penulis-penulis daripada negera matahari terbit. Namum begitu saya begitu kagum dan memberikan penghomatan kepada penulis Jepun ini kerana sentisa mempunyai idea baru dalam melaksanakan sesuatu misteri.

Mengenai jalan cerita pula, ia mengisahkan seorang pegawai polis Jepun yang tidak mempunyai jiwa untuk menjadi polis. Dia ditugaskan untuk menyiasat 1 kes pembunuhan disebuah universiti. Disinilah bermulalah pengalaman beliau menghadapi segala rintangan untuk menyelesaikan misteri ini dengan bantuan seekor kucing triwarna (apa itu? Kucing 3 warnakah?) Setiap watak saling berkait namum pada peringakat awal mungkin saya masih terpaksa menyelak kembali muka surat awalan hanya kerana nak memastikan pengenalan mengenai watak dimuka surat awalan kerana nama watak seakan-akan sama sahaja.

















Setakat hari ini, saya masihbelum membaca lagi membaca Cinta Sufi, tidak lari gunung dikejar. Melihat kepada komen-komen mereka yang sudah membacanya, rata-rata berpuas hati.


Irama tarian sudahpun sampai ke penghujung, mohon maaf jika kesumbangan dalam tarian jemari saya kali ini. Sehingga jari menari lagi

Dozo Yuroshiku



















Friday, May 21, 2010

Bila Jari Menari 21 Mei 2010

Assalamualaikum

Ruang untuk jari menari berwajah baru. Bagaimana? Tidak kisahlah bagaimana pun bentuknya asalkan ada ruang untuk jari saya ini menari.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Nain aka Frodo aka Biskut yang memberikan tunjuk ajar selama 30 minit melalui internet. Alhamdulilah inilah hasilnya. Boleh tahan kan? (Masuk bakul angkat sendiri!!!!!!). Tapi mahu membuatnya berjam-jam namun begitu satu proses pengajaran & pengalaman yang amat berguna.

Ampun dan maaf kepada pengasas RAMFC Elle, nanti Papa siapkan senarai terkini RAMFC minggu ini. Beginilah jika penyakit kemalasan datang melanda, tetapi insya allah kata mesti dikota.

Selanjur berkata tentang RAMFC, saya masih lagi sempat berkunjung ke teratak rakan-rakan RAMFC. Kak Illa aka Sang Ratu dengan kesibukan, Akim & Osh mungkin sedang sibuk dengan persiapan hari bahagia mereka (dengan pasangan masing-masing ye!!) Sue yang sedang sibuk dengan projek cendawannya dan Abg Web dengan ulasan-ulasan bernas tentang buku. Saya merindui saat bersama mereka dipermadani hijau. Mungkinkah masa itu akan berulang lagi?

Sebenarnya memang tiada idea untuk menulis tetapi rasa nak menulis, jadi saya biarkan jari jemari saya ini bermain ruangan tarian yang serba baru. Nak bercerita tentang novel ke? Ada. Saya baru menghabiskan sebuah buku pada minggu yang lepas, tetapi bukan untuk hari ini. Insya allah untuk entri yang seterus akan saya tarikan mengenai novel itu.

Pada masa yang sama saya bina satu ruang lagi untuk jari jemari menari. Kali ini ruang itu saya gelarkan 'Arena'. Arena ini akan menjadi ruang tarian jari jemari saya berbicara tentang sukan. Insya Allah. Jika ada kelapangan singgahlah disini http://zonananglearena.blogspot.com/.

Tarian jari jemari saya berhenti disini dahulu. Cadangnya mahu 'menukang' si arena pula. Sehingga bertemu lagi.

Dozo Yuroshiku 

Thursday, May 13, 2010

Bila Jari Menari 13 Mei 2010

Assalamualaikum


Jari saya bagaikan tidak sabar-sabar mahu menari kali ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini, saya masih lagi didalam marathon novel. Masih ada lagi 3 novel yang perlu saya langsaikan sebelum membeli novel pilihan yang lain. Kali ini saya akan meluahkan perasaan saya terhadap novel yang baru habis saya baca.

Penulis : Mohamad Kholid Hamzah
Harga: RM 19.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-983-3604-59-3
Tarikh Terbit: 24 Dec 2008
Jumlah Muka Surat : 288
"Satu jeritan panjang, mengerikan, memecahkan kesunyian hutan serentak dengan cakupan maut gigi-gigi tajam arapaimas menerobos tubuh Ghazali yang kurus itu. Hutan paya ini sudah menyaksikan mangsa keganasan kekeliruan alam. Janji Ghazali pada Pencipta sudah tiba. Bukan maut di ranjang ataupun di jalan raya, tetapi maut di rahang ganas arapaimas yang menyiat-nyiat dagingnya." Wong Chai melepaskan sepasang ikan hiasan ke Sungai Tengi. Sepuluh tahun kemudian, penduduk kampung gempar apabila ternakan hilang dan seorang anggota bomba yang memadam kebakaran hutan diserang binatang liar di sungai menyebabkan kakinya dipotong. Mereka menjejak binatang liar itu, hanya untuk berhadapan dengan maut!


Komen saya :


"Tiada kata secantik bahasa". Bagaimana Karam Singh Walia boleh terkenal?(Betulkah ejaannya ini?) Dia terkenal dengan bahasa-bahasa perumpamaan yang asing ditelinga kita bukan? Novel ini juga menyajikan perumpamaan yang asing ditelinga saya. Tiba-tiba saya menjadi tertarik dengan novel ini. Bukan kerana ikan arapaimas yang menganas, bukan kerana pecintaan berlainan agama tetapi kerana bahasa perumpamaan yang digunakan.


Sepanjang 29 bab didalam novel ini, akan ada ungkapan perumpamaan yang biasa didengar dan tidak pernah didengar (kalau Sue tahu ini, mahu dia gelak guling-guling kat padang hoki). Kagum sungguh saya dengan penulis dan tahniah untuk PTS dan penulis juga kerana berjaya menghasilkan novel yang berkualiti seperti ini.


Disamping itu, terdapat perumpamaan yang diselitkan didalam dialog-dialog didalam novel ini. Saya maafkan sahaja dialog perumpamaan yang diluahakan oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi, hilangkan kejanggalan mendengar orang berbangsa cina mengungkapan perumpamaan yang tidak biasa dihalwa telinga anda dan bersedialah dengan bahasa-bahasa yang saya sifatkan indah dihalwa telinga saya. Mahukah anda tahu apakah perumpahaan yang saya maksudkan itu? Ini adalah diantaranya :

1. Bagai pelita kehabisan minyak
2. Mujur tidak berbunyi, malang tidak berbau
3. Awal dibuat akhir diingat
4. Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak
5. Terapung sama hanyut, terendam sama basah
6. Satu hilang kedua terbilang
7. Ombak kedengaran pasir tidak kelihatan
8. Jauh dihujung jari, dekat dihujung kuku
9. Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami
10. Duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama bersenang-senang

Menarikkan? Selamat Membaca


Tahniah untuk pasukan Chelsea kerana berjaya merangkul kejuaraan EPL. Kita akan bertemu lagi pada musim akan datang. Sebelum itu Piala Dunia di Afrika Selatan 2010. Belum ada keinginan mahu menulis berkenaan piala dunia lagi, namun pasukan pilihan saya adalah England. Cukuplah cerita bola sepak untuk kali ini.(sambil menjeling kepada Nain yang masih menangis lagi sebab Man Utd tidak menang EPL)



Pasa ketika jari saya menari disini, pasukan badminton dan pasukan hoki Malaysia mencatat kejayaan gemilang semalam. Pasukan badminton negara seperti biasa suka membuatkan peminatnya sakit jantung dengan aksi turun naik dan dramatik. Aksi menentang pasukan Denmark adalah lebih baik daripada aksi longgar ketika pasukan Jepun. Tuah ketika undian dapat mengelakan pasukan Malaysia daripada bertemu pasukan China disuku akhir. Selamat berjaya diseparuh akhir. Saya menjangkakan pasukan Malaysia akan tumbang namum begitu jauh dihati saya mengharapkan mereka akan berjaya.


Pasukan hoki pula menang bergaya ke atas pasukan India 5-2. Sukan hoki ini saya sifatkan sukan menidakkan logik fikiran. Manakan tidak, pasukan yang jauh lebih hebat daripada pasukan Malaysia terpaksa mengigit jari untuk menumpaskan pasukan India tetapi pasukan negara menang dengan bergaya saya ulangi BERGAYA, tahniah saya ucapkan dan teruskan perjuangan anda semua.


Kepada peminat sukan negara, tunjukanlah kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan negara kerana mereka mewakili ataupun menanggung segala harapan jutaan rakyat malaysia. Kita kenalah bersama-sama mereka pada ketika mereka diatas atau pun dibawah. Selamat berjaya untuk semua.


Sehingga jari menari lagi..


Dozo Yoroshiku




Thursday, May 6, 2010

Bila Jari Menari 6 Mei 2010

Assalamualaikum

Kali ini jari saya bagai tidak sabar-sabar mahu menari. Mahu menceritakan tentang 2 buah novel yang baru habis saya baca dan pekembangan bola sepak EPL. Tidak lupa juga tentang lain-lain perkembangan yang saya ingat pada minggu lepas.

Saya kembali membawa diri ini dalam marathon membaca novel. Jika tahun lepas saya marathon novel karya abg Ramlee, kali ini saya cuba menghabiskan novel-novel yang telah saya beli ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Secara kebetulan, 2 buah novel yang saya baca kali ini seolah-olah berkaitan. Novel yang pertama, Pergembaraan Hang Jebat - Pencarian Merentas Zaman keluaran PTS hasil nukilan Moh Dat Molok & Ashadi Zain. Novel yang kedua pula, saya baru menghabiskan novel Cinta Sufi keluaran Alaf 21, nukilan abg Ramlee Awang Murshid.

Suatu masa,
Dia dikenali sebagai penderhaka. Satu titik hitam yang memadamkan sebuah lapangan putih yang pernah diloreknya. Namun sejarah yang terpendam tidak akan terpadam. Ia diungkit kembali menjadi kisah, senandung yang menguatkan jiwa dan minda bangsa.

Sang Persata Nala sudah berfirasat akan pengakhiran hayat muridnya. Lantas diseru dan diamanahkan muridnya itu atas sebuah pencarian sebagai persediaan. Yang nyatanya ia bukan pencarian mudah. Apatah lagi jika perjalanannya tidak terbatas waktu...

Ini adalah kisahnya.

Ini adalah Pengembaraan Hang Jebat!

Komen saya :
Menarik sungguh konsep idea penulis ini. Menggunakan kisah silam dan keadaan terkini dalam novel ini. Untuk mereka yang kurang mahir ilmu sejarah (seperti saya) amat sesuai membaca novel ini. Seperti yang tertera disinopsis novel ini (rasanya semua orang tahu kesudahan nasib Hang Jebat), Hang Jebat telah merentas masa ke zaman akan datang dan kembali ke zaman terdahulu atas perintah tok gurunya setelah mengetahui akan kesudahan nasib Hang Jebat nanti.

Abaikan masalah bahasa zaman orang dulu-dulu, pada saya itu tidak penting. Yang penting, maksud y
ang mahu disampaikan disebalik cerita sebegini. Hang Jebat bersama rakan halimunannya (yang membantu dalam masalah bahasa serta boleh menjelma dalam pelbagai bentuk) memulakan pengembaraan mereka ke negeri Kelantan. Mereka terjebak didalam pejuangan Tok Janggut didalam menentang penjajah. Menarik sungguh olahan penulis dalam mengwujudkan watak Hang Jebat pada ketika ini. Tanpa mengubah sejarah, kewujudan Hang Jebat begitu dirasai.

Saya sungguh t
idak menyangka, penulis akan membawa Hang Jebat terlibat didalam Perang Salib yang pertama. Sesungguhnya saya memang 'buta sejarah' ini dapat mengetahui tentang keadaan Perang Salib ini, walaupun tidak mengetahui secara menyeluruh sekurang-kurangnya apa yang ada didalam novel ini dapat juga saya tahu apa yang terjadi ketika perang salib yang pertama itu.

Saya sungguh mengharapkan novel ini akan mempunyai sambungannya. Tahniah kepada penulis dan tahniah kepada PTS. Teruskan usaha anda.
------------------------------------------------------------------------------------------------
PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka.

Ingin mencari lelaki bertanduk dua.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, mala
h terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan
pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Komen saya :

Pada ketika ramai rakan-rakan RAMFC sudah menghabiskan novel ini, minggu lepas baru la saya berkesempatan menghabiskan novel ini. Selepas dihidangkan dengan trilogi, abg
Ramlee kembali dengan Cinta Sufi. Novel yang dilancarkan di PWTC ketika Pesta Buku. Masih lagi menarik tetapi tidak mencapai keseronokan trilogi sebelum ini. Kali ini rasa cinta sesama insan lebih banyak diutarakan (cinta 3 segi lagi) sampai pada saya terfikir, Laksamana Sunan ini seorang kaki perempuan pula (belum dikira daripada kalangan pembaca perempuan, sambil menjeling kepada Kak Illa ~ sembah sang ratu). Secara keseluruhan, Laksamana Sunan masih menjalan tugas penghapus kejahatan (musuh masih sama) menetang musuh tambahan iaitu Portugis.

Dia kali ini berganding bahu bersama Hang Tuah bersama-sama beberapa panglima dan hulubalang yang lain
berusaha mempertahan Hulu Melaka daripada serangan Portugis dan Taghut. Entah bagaimana apabila nama Hang Jebat disebut didalam novel ini, terus saya kaitkan dengan novel yang sebelumnya saya baca. Kebetulan sungguh kerana Sunan & Hang Jebat merentas masa. Bahasa Malayu diguna sepenuhnya didalam novel ini walaupun sesama bangsa portugis. Sedikit aneh, kerana jika kita amati novel abg Ramlee sebelum ini akan ada bahasa asing untuk disesuaikan dengan jalan cerita. Adakah pada 1511 sudah ada pengunaan 'batu nautika'?

Kewujudan watak kecil yang diberi peranan besar kali ini melahirkan rasa janggal pada saya. Mungkin masih melekat dibenak saya watak-watak seperti Dani & Haryani yang tidak muncul pada kali ini mungkin juga menjadi faktor kepada kejanggalan itu. Tiada lagi bahasa indah didalam mushraf Laksamana Sunan s
eolah-olah sudah menghilangkan indentiti Laksama Sunan. Ini pendapat saya, tepuklah dada tanyalah selera.

Saya juga ingin berkongsi pendapat ini ketika berbincang bersama abg Web tempoh hari. Pada ketika itu kami dipesta buku dan belum lagi membaca Cinta Sufi, kami berpendapat ada baiknya sambungan Laksamana Sunan diceritakan secara kebelakang. Abg Ramlee boleh menceritakan tentang zaman remaja Saifuddin sehingga dia diambil oleh Wali Sufi. Bagaimana keadaan Saifuddin ke
tika bersama Wali Sufi? Mungkin juga cerita tentang kerajaan di utara semasa pemerintahan Maharani dan asal asul Taghut. Ini hanyalah sekadar pandangan untuk perhatian abg Ramlee.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah untuk pasukan Spurs kerana berjaya untuk ke Liga Juara Juara pada musim akan datang (tepat juga telahan saya). Walaupun begitu, saya sebenarnya memberi harapan juga kepada pasukan Aston Villa pada hari sabtu lepas namum semuanya berkecai pada malam itu. Corak permainan yang pantas ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Tahniah Man City anda memang layak untuk menang. Untuk Aston Villa cuba lagi musim depan dan pasukan yang berjaya memecahkan dominasi 'Big 4', Spurs semoga berjaya di Liga Juara- Juara.

Ucapan selamat berjaya kepada pasukan badminton negara yang akan bertarung sebagai tuan rumah Piala Thomas & Uber. Pendapat saya mengenai peluang pasukan negara? Peluang untuk Piala Thomas 60% dan Piala Uber 30%.

Kekuatan setanding di
antara pasukan Denmark, Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Manakala pasukan China berada 1 atau 2 tahap diatas kesemua pasukan itu. Kita hanya mengaharapkan kepada Dato Lee Chong Wei sahaja, Hafiz Hashim & Choong Han tidak berapa stabil begitu juga dengan kedua-dua pasangan beregu kita.

Namun begitu, saya begitu berharap barisan ini mampu menidakkan ramalan awal saya ini.

Sehingga Ja
ri Menari Lagi..

Dozo Yuroshiku.