Friday, March 25, 2011

Bila Jari Menari 25 Mac 2011

Assalamualaikum


Jari saya menari dengan menggunakan laptop Panasonic Toughbook CF-W2 (ada sedikit riak tu). 2nd hand je bro.. Sebelum ini saya menggunakan laptop berjenama Acer, namun jodoh tidak berpanjangan. Bercakap mengenai laptop ada cerita menarik yang berlaku kepada saya sejak 2-3 minggu ini. Sekejap ek (slang orang johor tu) saya tengah mengatur jalan ceritanya.

Begini lapatop Acer saya itu sudah bermasalah daripada tahun lepas lagi, kepada pengguna jenama Acer akan tahu masalah utamanya iaitu screen akan 'blank'. Saya pernah cuba menghantar ke servis center, anggaran nak utuk dibaiki RM 750 dan yang paling rasa menyirap (bukan minum sirap ye) darah, bila di beritahu ini adalah biasa. Lantas saya mengikut logik akal, daripada baiki baik beli sahaja yang baru. Jadi saya telah menggunakan hard disk laptop sebagai external hard disk untuk kegunaan seharian.

Pada bulan 2 yang lepas, seorang kenalan saya yang pernah belajar di Jepun meminta saya membelikan laptop Panasonic 2nd hand di kawasan Shah Alam. Hanya jauhari mengenal manikam, kemudian barulah saya tahu mengapa jepun-jepun di pejabat saya di Pasir Gudang suka sangat dengan laptop Panasonic ini. Sesungguhnya laptop ini tahan lasak dan ringan. Saya menjadi tertarik dan menyimpan tekad untuk mendapatkannya.

Nak di jadikan cerita, awal bulan ini saya bermukim selama 2 minggu di Pasir Gudang untuk menyertai projek baru syarikat saya. Bercerita tentang projek baru ini (saya memang suka buat cerita dalam cerita.. kadang-kadang lebih daripada 3 cerita). Anda tahu tentang LED (Light Emmiting Diode)? Mesti ingat masa belajar kemahiran hidup. Tahukah anda LED boleh mengantikan cahaya matahari di dalam proses fotosintesi? Di Jepun kajian telah menunjukkan jawapan ya. Maka kami telah di arahkan untuk merekabentuk lampu LED ini untuk kegunaan mereka di Jepun. Alhamdulilah dah berjaya pun. Saya percaya LED akan menjadi satu trend pada masa akan datang kerana penggunaannya memberikan impak yang baik kepada pengguna terutama di dalam penjimatan tenaga. Insya allah dalam masa 2 bulan ini kami akan membuat projek yang sama tetapi design dan quantiti yang berbeza. (Minggu depan ke Pasir Gudang lagi untuk wat prototype design terbaru)

Anda tahu apa yang saya cuba sampaikan mengenai LED ini? Ini pendapat saya sahaja, kita sebenarnya di Malaysia ketinggalan agak jauh (5-8 tahun kebelakang mungkin) dengan negara seperti Amerika dan Jepun. LED adalah satu contoh. Pengalaman kejahilan saya sendiri membuktikannya. 4 atau 3 tahun yang lepas, saya menonton CSI, ada satu babak pasukan CSI mencari 'Blackberry'. "Apa tu Blackberry?" Sekarang barulah saya tahu bertapa bergunanya Blackberry itu. Mereka juga menggunakan internet melalui fonsel, saya terfikir bagaimana mereka mendapatkan internet. Sekarang barulah semua terjawab. Lambatkan kita dapat teknologi itu, ini termasuklah DNA. Kes di Malaysia dah bertahun-tahun mengenai DNA tetapi masih nak minta DNA lagi. Aduhai

Berbalik kepada cerita saya tadi, ketika pulang ke Shah Alam, (sambil mengira claim sudah tentunya!!!) saya terfikir mahu mempunyai lapatop yang boleh di gunakan untuk membuat kerja. Sukalah saya ingatkan di sini, pada pandangan saya, selain LED, laptop, notebook, netbook, ipad dan lain-lain adalah barangan masa depan, akan menjadi barangan 'mainan' anak-anak kita. Sebelum mereka bertanya pelbagai soalan tentang barangan ini persiapkan diri anda serba sedikit dengan ilmu IT.

Adoi!!!! melalut lagi, saya sambung balik cerita, saya bertanya pendapat rakan saya dan pendapatnya, " kau jual sahaja laptop yang rosak itu kemudian beli laptop Panasonic, iklan sahaja di mudah.com dan bagitahu tentang kerosakan" Saya terdiam dan berfikir ada ke orang nak beli laptop rosak? Berapa pula harganya?. Idea itu saya biarkan sahaja, sehingga saya mempunyai masalah kewangan. Saya tiada pilihan lain menjual laptop saya. Dengan tidak di sangka-sangka laptop saya berfungsi (syukur kepada Allah), tanpa berfikir panjang saya terus ke Cash Converter, alhamdulilah harga yang di tawarkan boleh tahan. Laptop berpindah tangan.

Bermula pencarian Laptop Panasonic, lagi satu tips nak bagi ketika membeli laptop, pastikan anda kegunaannya pada diri anda. Kalau saya cukup sekadar nak menulis, melayari internet bila perlu dan sebagai data kedua jika laptop pejabat rosak. Alhamdulilah laptop Panasonic berada di dalam genggaman sekarang. Ketika pencarian itulah saya lihat laptop yang jenama sama mempunyai masalah yang sama dan kebetulan seorang rakan blogger mengadu laptopnya rosak pun masalah yang sama.

Jadi kepada mereka yang mahu membeli peralatan IT tetapi kurang pengetahuan tentang IT, dapatkan nasihat daripada pihak kedua yang pakar dengan IT. Jangan sampai tertipu. Jangan mebeli sebab cantik, comel, suka warnanya tetapi akhirnya mudah rosak. Jangan malu belajar, jangan takut salah kerana tanpa kesalahan anda tidak akan belajar apa-apa. Terimalah hakikat komputer, laptop, netbook akan menguasai kita pada masa hadapan. Tarian jari saya berakhir di sini & sungguh gembira dapat menulis di sini.






Dozo Yuroshiku