Monday, October 26, 2009

Bila Jari Menari 26 October 09


Assalamualaikum

Apakah pilihan anda?, pejalanan lebih jauh atau penjimatan setelah mengisi minyak? Begitulah yang berlaku sekarang, syarikat-syarikat minyak berlumba-lumba mengiatkan promosi untuk menarik pelanggan menggunakan produk mereka. Perhatikan kepada susunan ayat-ayat diatas, pastinya akan membuatkan pelanggan berfikir dua kali untuk memilih produk mana lebih menguntungkan.

Pilihan susunan ayat atau kata-kata amat penting dalam kehidupan kita seharian. Ayat atau kata-kata kita penting untuk orang yang mendengar supaya sesuatu kerja itu dapat disudahkan, namun begitu untuk orang dulu-dulu, bahasa kiasan atau pantun menghiasi kehidupan mereka.

Teringat saya kepada pengalaman yang baru saya& rakan tempohi jumaat lepas ketika menjamu cendol. Sebenarnya ini kali pertama saya menjamu cendol di 'Cendol Wak Misai'. Saya terus menuju ke gerai cendol manakala rakan saya pula mahu membeli rokok terlebih dahulu. Sebelum itu, dia meminta saya memesan cedol pulut untuk dirinya.

Maka saya terus membuat pesanan, cendol kosong untuk diri saya dan cendol pulut untuk untuk rakan saya. Kemudian Wak Misai bertanya kembali kepada saya, "Dik nak pulut kacang ke, pulut durian ke atau pulut jagung?" saya serba salah dan mengabil keputusan menunggu rakan saya sahaja. Setibanya rakan saya disitu, pulut kacang menjadi pilihan.

Maka kami teruslah menikmati kelazatan cendol Wak Misai sambil mata saya liar memerhati kedai gerai Wak Misai. Hanya menggunakan motor roda tiga yang boleh saya masukkan keruangan 'uzur' namun berbeza dengan kudrat Wak Misai yang masih gagah memarut ais untuk menyegarkan kelazatan cendol.

Pada masa yang sama datang juga beberapa pelanggan untuk membeli cendol dan pekara yang sama akan ditanya oleh Wak Misai kepada setiap pelanggan yang mahukan cendol pulut dan pelanggan itu akan membuat pilihan yang mereka gemari. Tiba-tiba saya terlihat kepada senarai harga cendol Wak Misai, Cendol Biasa RM 1.50, Cendol Pulut RM 2.00, Cendol Kacang RM 2.00, Cendol Pulut + Kacang RM 3.00 dan lain-lain.

Saya tersenyum sendirian melihat kepada kebijaksanaan Wak Misai. Maksud saya disini, saya yakin ramai pelanggan yang datang ke gerai Wak Misai hanya mahukan cendol pulut, tetapi apabila ditanya dengan 3 pilihan campuran, mereka menyangka mereka perlu membuat pilihan campuran itu bersama pulut, wahal mereka tidak perlu untuk pilihan campuran itu. Lihatlah bagaimana ayat-ayat yang bersesuaian dapat menjana pendapatan.

Ayat-ayat tertentu juga boleh menjadi indentiti kepada sesaorang seperti contoh Akademi Fantasia. Setiap kali musim baru ada sahaja ayat-ayat yang menjadi indentiti pelajar-pelajar itu. Begitu jugak dialam cyber ini, setelah menjelajahi blog-blog rakan dialam cyber ini, ada dikalangan mereka yang kreatif menulis ayat-ayat yang boleh menjadi indentiti mereka.

Tetapi ada juga ayat yang sama digunakan oleh orang lain kemudian dijadikan 'hak milik' kekal orang yang tidak kreatif semata-mata untuk kepentingan sendiri. Mungkin tiada idea, mungkin malas untuk berfikir atau tiada indentiti sendiri? Melihat kepada kebolehan menulis diblog masing-masing dengan bahasa yang indah-indah atau bahasa sms, rasanya tidak sukar untuk membina indentiti sendiri berdasarkan ayat-ayat.

Lihatlah bagaimana 2 syarikat minyak mengatur ayat & lihatlah kepada bagaimana pendapat an Wak Misai bertambah kerana ayat soal yang beliau luahkan kepada pelanggannya. Bagaimana dengan saya? Alhamdulilah saya mengemari cendol kosong, saya lebih suka kepada ayat-ayat 'Kerana kami pengguna seperti anda' kerana mata bonusnya amat telus. Tentang indentiti pula saya rasa saya masih tidak cukup kreatif lagi untuk mencipta ayat-ayat seperti rakan-rakan lain dialam cyber dan saya juga tidak tergamak mengguna ayat orang lain untuk menjadi ayat-ayat saya.

Sehingga Jari Menari Lagi....

1 comment: