Friday, April 29, 2011

Bila Jari Menari 29 April 2011 ~ Cerita Sukan Malaysia~

Assalamualaikum

29 April 2011, Pejabat XXXXX di XXXXXX
8.00 pagi(Mula Berkerja 8.30 pagi)

Nan seorang peminat sukan walaupun dia tidaklah bagus dalam sukan. Dia akan membaca koran bermula dari bahagian belakang. Ada juga orang lain yang suka membaca koran daripada belakang tetapi mereka bukan peminat sukan mereka peminat ANGKA.

Dia lebih suka membaca `gosip` dan `politik` sukan daripada gosip artis Malaysia yang macam sampah yang tidak di buang selama seminggu dan politik Malaysia yang dah tidak ubah macam cerita porno keluaran Vivid.

Namun sekarang ini dia merasakan sukan di Malaysia sudah macam sampah. Melihat golongan bodoh sombong berlagak angkuh.. seolah-olah tahu serba serbi juga melihat golongan tua bangka yang degil macam kerbau.

Nan suka bermain badminton ketika muda. Sekarang kudrat tidak sehebat dulu. Melihat kepada keadaan badminton Malaysia dia menggelengkan kepala. Betapa susah nak lahirkan juara dunia. Bila dah keluar mak bidan di lupakan.

"Orang di BAM tidak tahu nak belajar daripada China ke?" guman Nan

Dia mengenali Li Yong Bong (Yong Bo tidak kenal pun si Nan ni) ketika pemain beregu China itu bertempur bersama Razif- Jalani. Hampir sedekad dia menjadi ketua jurulatih China dan dalam tempoh itu pelbagai pemain telah dibidankan dan sekarang yang paling hebat Super Dan.

Di Malaysia pula, nak tunggu 20 tahun baru keluar Pemain No 1 Dunia. Semua orang perasaan tak? Kita boleh mengeluarkan juara dunia sehebat China. Resepi sudah pun ada.

Tetapi kenapa yang bijak pandai di BAM tidak mahu menggunakan resepi itu? Di tempat kerja Nan di panggil SOP - Standard Operation Procedure. Begitulah nak membuat juara dunia. Gunakan kembali kaedah yang Dato Misbun buat pada Chong Wei. Bukan suruh mak bidan buat anak baru. Belajarlah meniru untuk kebaikan. Contohi persatuan sukan paling lawak di Malaysia pada tahun lepas, Persatuan Sepak Takraw.

Tidak mengapalah kerana mereka masih rasa ada maruah yang tinggi dengan melantik PENASIHAT daripada Thailand. Tetapi mereka sedar itu salah satu cara untuk meningkatkan mutu permainan sepak takraw Malaysia walaupun presiden mereka selalu cakap tidak serupa bikin.

"Wahai pasukan sepaktakraw... Aku yakin korang akan berjaya nanti" Nan melontarkan keyakinan. Bila dah berjaya pasti semua orang suka, semua orang puji biasalah lumrah kehidupan di Malaysia.

" Encik tengok!!! Itu besar punya batu ada atas itu kepala" Kata Nan kepada diri sendiri.

Dialog itu untuk KOAM. Dah diberitahu tidak boleh pergi, nak pergi juga.. Degil!!! Sekarang siapa jilat ludah sendiri? Olahraga negara sudah lama merosot tiada kemajuan. Mustahil sebab gangguan latihan terus jadi merosot? Kemudian terus nak ke Sabah. Aduhai tolonglah jangan nak berpolitik dalam sukan. Letih mendengar cerita bosan daripada KOAM.

Wahai persatuan sukan di Malaysia, jadilah orang yang berfikir sebelum bertindak. Jika tidak... memang tidak sampai bila sukan Malaysia tidak kemana.

Nan mencampak koran di bawah meja kerana dia mahu mula berkerja.

Dozo Yuroshiku.

Thursday, April 28, 2011

Bila Jari Menari 28 April 2011 ~ Cerita Pendek~

Assalamualaikum

Ahad 2.00 petang, Kuala Lumpur

Nan baru sahaja selesai menghadiri kursus pengurusan jenazah anjuran syarikat kawannya. Dia bergegas pula ke Johor Bahru untuk menghadiri mesyuarat bulanan di syarikat dia berkerja pada keesokan harinya.

Mesyuarat diadakan pada tengah-tengah bulan. Maka kantung poketnya pun semakin kempis. Di dalam kantung dompetnya hanya ada RM 50 sahaja. Jarum meter minyak menunjukan bahawa dia tidak akan dapat sampai ke Johor Bahru dengan kuantiti yang ada sekarang.

Maka dengan berat hati dia mengorbankan RM 30. Baki RM 20. Tekak kering pula.. Beli air. Tinggal RM 15. Nasib baik duit tol dah masuk dalam kad touch and go. Dia meneruskan perjalanan.

Dia akan singgah kerumah sepupunya untuk berbincang tentang projek baru yang akan di lakukan. Pada masa yang sama dia mempunyai  perancangan untuk menemui kenalannya Sari. Namun RM yang menjadi persoalan. Malulah perempuan bayar duit makanan.

Setelah sampai ke rumah sepupunya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa Sari.

"Kita jumpa selepas solat mahgrib, di gerai......" balasan Sari melalui pesanan ringkas.

Nan menunaikan solat maghrib di masjid kampung itu dan berdoa kepada Allah di berikan rezeki. Ketika masuk di keretanya, dia melihat koleksi syiling. Rezeki. Dia dapat mengumpul RM 10. Sekarang ada RM 25. Cukup ke makan 2 org RM 25? dan malu juga nak bayar pakai syiling.

Mamak surat khabar menjadi mangsa. Terima kasih mamak.

Dia teringat baki akaun 2 bank yang di milikinya. Kalau yang itu masuk ke sini dapatlah RM 10. Dah ada RM 35. Lega.

Jom jumpa Sari.

Sari tidak mahu makan. Minum limau suam sahaja. Lega. Nan juga minum sahaja kerana dia sememangnya kenyang setelah melantak mee goreng di rumah sepupunya. Rezeki.

Mereka bersembang dengan aman. Berpisah. Namun Nan bersyukur dan percaya pada rezeki Allah.

Dozo Yurozshiku