Assalamualaikum
Ahad 2.00 petang, Kuala Lumpur
Nan baru sahaja selesai menghadiri kursus pengurusan jenazah anjuran syarikat kawannya. Dia bergegas pula ke Johor Bahru untuk menghadiri mesyuarat bulanan di syarikat dia berkerja pada keesokan harinya.
Mesyuarat diadakan pada tengah-tengah bulan. Maka kantung poketnya pun semakin kempis. Di dalam kantung dompetnya hanya ada RM 50 sahaja. Jarum meter minyak menunjukan bahawa dia tidak akan dapat sampai ke Johor Bahru dengan kuantiti yang ada sekarang.
Maka dengan berat hati dia mengorbankan RM 30. Baki RM 20. Tekak kering pula.. Beli air. Tinggal RM 15. Nasib baik duit tol dah masuk dalam kad touch and go. Dia meneruskan perjalanan.
Dia akan singgah kerumah sepupunya untuk berbincang tentang projek baru yang akan di lakukan. Pada masa yang sama dia mempunyai perancangan untuk menemui kenalannya Sari. Namun RM yang menjadi persoalan. Malulah perempuan bayar duit makanan.
Setelah sampai ke rumah sepupunya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa Sari.
"Kita jumpa selepas solat mahgrib, di gerai......" balasan Sari melalui pesanan ringkas.
Nan menunaikan solat maghrib di masjid kampung itu dan berdoa kepada Allah di berikan rezeki. Ketika masuk di keretanya, dia melihat koleksi syiling. Rezeki. Dia dapat mengumpul RM 10. Sekarang ada RM 25. Cukup ke makan 2 org RM 25? dan malu juga nak bayar pakai syiling.
Mamak surat khabar menjadi mangsa. Terima kasih mamak.
Dia teringat baki akaun 2 bank yang di milikinya. Kalau yang itu masuk ke sini dapatlah RM 10. Dah ada RM 35. Lega.
Jom jumpa Sari.
Sari tidak mahu makan. Minum limau suam sahaja. Lega. Nan juga minum sahaja kerana dia sememangnya kenyang setelah melantak mee goreng di rumah sepupunya. Rezeki.
Mereka bersembang dengan aman. Berpisah. Namun Nan bersyukur dan percaya pada rezeki Allah.
Dozo Yurozshiku
napalah tak minta di campak kan rm5 diatas meja????
ReplyDeleteTentu saja Sari akan sudi membantu...
Assalamualaikum
ReplyDeleteBukan x mau... risau nanti masuk dalam division kumpulan "DELETE" hahahahahahaha