Friday, December 30, 2011

Bila Jari Menari 30 Disember 2011 ~ Penamat Tahun ~



Sari Ayu adalah kenalan lama Nan. Nama itu adalah samaran sahaja. Sari kerana kenalannya pernah memperagakan pakaian Sari ketika di Tadika dan Ayu pula kerana kenalannya suka membayangkan dirinya sebagai Ayu (watak di dalam novel popular Lagenda Budak Setan). Maka Nan memanggilnya Sari Ayu err..err.. nama macam produk kesihatan wanitakan? atau macam nama kuih pun ada juga.

Mereka sering bertukar pendapat mengenai apa sahaja. Yang terkini mengenai filem Ombak Rindu. Dia bertanyakan pendapat Nan mengenai Ombak Rindu selepas Sari Ayu menyatakan pendapatnya yang panjang berjela. Antara pendapat yang dapat Nan ingat (Nan kadang-kadang mempunyai ingat yang dibuat-buat lemah), dia tidak menangis, dia tidak suka adegan kemban-kemban dan atas katil, jalan cerita tidak sama dengan novel dan pelakon yang kurang penghayatan.

Apa pula komen Nan? Boleh ke nak memberikan komen jika tidak menonton? (Jangan kata menonton, membaca novel pun tidak). Sebenarnya Nan telah menyuarakan pendapat beliau ketika duduk di kedai makan bersama Abg Silk dan Lan Master dan pendapat yang sama juga Nan berikan, berdasarkan daripada pembacaan di akhbar, Nan dapat menyimpulkan bertapa murahnya harga air mata rakyat Malaysia hari ini. Dengan bernodalkan RM 10 atau RM 15, dengan mudah air mata itu mengalir.

Namun begitu apakah pengajaran yang dapat mereka dapat setelah menonton filem itu? Ya kita akan dapat dengar jangan pukul perempuan, hargai cinta perempuan dan lain-lain alasan yang mendayu-dayu. Sebab itulah Nan tidak menonton filem Ombak Rindu. Pengajaran yang tidak membina minda. Filem yang terus menerus menghanyutkan bangsa kita di kancah emosi dan perasaan.

Akhbar di Malaysia hampir setiap hari membongkar tentang isu-isu tentang kehidupan di Malaysia dan pada pendapat Nan itu sudah cukup untuk di jadikan pengajaran kepada kita semua. Sampai bila kita nak dimomokkan cerita emosi dan perasaan. Sebelum ini kita dimomokkan dengan cerita-cerita ganas pergaduhan yang memungkinkan anak-anak muda kita terpengaruh dengan kongsi gelap dan kita juga diwarnai dengan hantu-hantu sehinggga anak kita sendiri ketakutan siang dan malam. Jawapannya selagi pemikiran kita tidak berubah selagi itulah akan ada filem-filem sebegini.

Nan menambah, dia percaya rakyat negara ini ramai yang suka membaca itu terbukti di pesta buku dan Nan percaya rakyat di negara ramai yang sudah suka menulis sebab ada twitter, FB dan blog. Secara tidak langsung sudah menjadikan rakyat negara ini bangsa yang suka menulis dan membaca, tetapi adakah rakyat kita sudah menjadi bangsa pemikir? Bolehkah mereka menjadi bangsa pemikir jika bahan bacaan mereka banyak berkisarkan tentang emosi dan perasaan. Boleh mereka menjadi bangsa pemikir jika penulisan hanya berkisar kepada kisah artis di Malaysia ini.

Nan sedang menantikan filem PECAH di panggung. Kenapa? Sebab Nan sudah membaca novel PECAH, sebuah novel kemanusiaan yang berkemungkinan berlaku dikalangan masyarakat kita. Bukan berkaitan emosi dan perasaan tetapi berkenaan satu perancangan yang mengambil masa amat panjang untuk dilaksanakan dan penuh ketelitian. Ini yang Nan sifatkan novel pemikir. Novel yang membuat pembaca mengatifkan otak mereka untuk berfikir dan pada masa sama membaca.

Nan suka melihat rakyat Malaysia membaca di mana-mana dan dia tidak kisah apa jenis bacaan yang dibaca oleh rakyat Malaysia namum jauh disudut hati biarlah bahan bacaan yang dibaca itu mampu mencambah pemikiran pembaca dan bukan melalaikan para pembaca.

Selain PECAH dan novel keluaran FIXI (walaupun jalan cerita dan bahasa ada sedikit melampau), Nan suka membaca novel karya Ramlee Awang Murshid dan novel keluaran PTS (Nan baru sahaja menghabiskan bacaan Diari Mat Despatch - Patah Hati). Pendek kata asalkan novel itu tidak berorantasikan emosi dan perasaan sesama manusia Nan pasti membacanya.

Nan juga sekarang menyimpan tekad untuk mendapatkan semua novel karya Pak Latif, kisah mengenai sejarah islam yang boleh kita jadikan iktibar dan boleh dijadikan pemangkin untuk menjadi bangsa pemikir. Tidak lupa juga karya Tuan Abdullah Hussain, IMAM. Anda pasti tidak menyesal membacanya.

Lama sungguh jari menari kali ini. Ini merupakan percubaan Nan menulis topik yang jauh daripada sukan. Adakah tulisan Nan menjadi semakin serius? Entahlah.. Biar masa menentukan.

Nan ada azam tahun baru? Nan tidak pernah mempunyai azam pada tahun baru, namun dia sentiasa berazam. Dia membiarkan perkara yang diingini akan berlaku sendiri. Dia berpendapat azam hanyalah sepatah perkataan, yang paling penting adalah perlaksanaan, tanpa perlakasanaan azam hanyalah sepatah perkataan dan angan-angan.


Dozo Yurokshiku


Wednesday, December 28, 2011

Bila Jari Menari 28 Disember 2011~ Hujung Tahun~

Nan baru sedar bahawa membaca adalah lebih mudah daripada menulis, mengkritik lebih mudah daripada melaksana namum begitu dia juga sedar kepuasan menulis adalah lebih daripada membaca dan tanpa kritikan maka perlaksaan yang dilakukan tidakkan sempurna.

Mukadimah ini jelas menjadi alasan utama kepada Nan untuk menulis kembali (jelas dia memerlukan masa yang lama untuk memikirkan alasan yang munasabah). Nan sebenarnya bukan tidak mempunyai idea untuk menulis tetapi penyakit lama (malas) yang melanda dirinya kembali membataskan jari jantannya untuk menari.


Namum begitu selama tempoh `jari tidak menari` dia berjaya pula menghabiskan pembacaan novel atau buku. Dia juga jelas
memerhati keadaan sekeliling terutama sukan. Sudah lama dipendamkan hasrat hatinya untuk mengeluarkan `lavar` pendapatnya tetapi barulah hari ini lavar keluar membuak.

Tahniah untuk pasukan bolasepak untuk pingat emas. Cukup. Melihat kepada senarai pemain sebelum ke Jarkarta hati Nan sudah berdetik mereka boleh meraih emas. Kenapa ye? Lihatlah `Big 5` kita. Mereka adalah tonggak pasukan senior, jika sudah berjaya diperingkat senior apa lah sangat peringkat bawah 23 tahun.

Tetapi adakah itu tindakan yang tepat yang dibuat pasukan Malaysia?
Saya masih teringat kata bekas jurulatih dan jurulatih Malaysia, Tuan Wan Jamak dan Tuan Rajagopal, pasukan kita sekarang mempunyai banyak pilihan pemain yang setanding. Nan berpendapat jika sudah mempunyai pilihan sebegitu banyak kenapa tidak peluang ini diberikan kepada pemain lain?

Bukankah sukan sea medan memberikan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan?
Secara tidak langsung Nan berpendapat bahawa tumpuan utama FAM adalah sukan SEA bukannya Kelayakan sukan olimpik.

Jurulatih Tuan Ong Kim Swee mempersoalkan wartawan kerana tidak menyokong pasukan negara apabila bertanyakan tentang keutamaan diantara sukan SEA dan
kelayakan ke Olimpik, tetapi pada Nan ada rasional soalan itu ditanya kerana beliau menggunakan pemain yang sama untuk kedua-dua kejohanan. Jika benar kita mempunyai pilihan pemain yang ramai, bukankah kita patut menyediakan 2 pasukan untuk 2 pertandingan supaya tidak keletihan dan keutamaan diberikan kepada kejohanan yang lebih tinggi `levelnya`.

Dia berpendapat pemain yang sudah bermain di peringkat senior tidak perlulah bermain di peringkat bawahan. Berikanlah peluang kepada pemain lain untuk mendapat pendedahan dan pengalaman.


Nan malas nak mengulas tentang KOM dan Sepaktakraw. Pendapat Nan kurangkan mendapat publisiti dan menjadi lebih kreatif.


Nan melemparkan senyum yang panjang berjela apabila melihat situasi badminton. Nan tersenyum kerana selepas melihat harapan negara Dato Lee Chong Wei tumpas, tergerak hatinya menyatakan " Dia masih memerlukan Misbun a
gaknya" dan telahan itu tepat apabila Dato Lee sendiri mengakuinya.

BAM jujurnya mempunyai kepimpinan yang terlebih baik. Kenapa? Sebab mereka sendiri yang menentukan apa yang boleh dan tidak boleh untuk pemain. Siapa mereka? Bekas pemain? Mereka adalah orang yang pandai mengurus sahaja. Kenapa tidak mereka serahkan tugas latihan kepada mereka yang arif sahaja.

Sekarang bukan masa untuk berteori, sekarang masa merancang strategi yang ampuh, mencari pemain pelapis seperti yang dilakukan oleh pasukan China. Apa yang sudah dihasilkan oleh BAM setakat ini selain Dato?
Kenapa perlu Misbun? Senang. Permainan Lee Chong Wei meningkat bersama beliau. Menurun ketika bersama Li Moa dan meningkat kembali bila bersama Misbun.

Jelaskan.
Cukup sahaja setakat ini Nan membiarkan
Jari Menari. Semoga dia terus rajin.

Dozo Yo
rusiku