Nan baru sedar bahawa membaca adalah lebih mudah daripada menulis, mengkritik lebih mudah daripada melaksana namum begitu dia juga sedar kepuasan menulis adalah lebih daripada membaca dan tanpa kritikan maka perlaksaan yang dilakukan tidakkan sempurna.
Mukadimah ini jelas menjadi alasan utama kepada Nan untuk menulis kembali (jelas dia memerlukan masa yang lama untuk memikirkan alasan yang munasabah). Nan sebenarnya bukan tidak mempunyai idea untuk menulis tetapi penyakit lama (malas) yang melanda dirinya kembali membataskan jari jantannya untuk menari.
Namum begitu selama tempoh `jari tidak menari` dia berjaya pula menghabiskan pembacaan novel atau buku. Dia juga jelas memerhati keadaan sekeliling terutama sukan. Sudah lama dipendamkan hasrat hatinya untuk mengeluarkan `lavar` pendapatnya tetapi barulah hari ini lavar keluar membuak.
Tahniah untuk pasukan bolasepak untuk pingat emas. Cukup. Melihat kepada senarai pemain sebelum ke Jarkarta hati Nan sudah berdetik mereka boleh meraih emas. Kenapa ye? Lihatlah `Big 5` kita. Mereka adalah tonggak pasukan senior, jika sudah berjaya diperingkat senior apa lah sangat peringkat bawah 23 tahun.
Tetapi adakah itu tindakan yang tepat yang dibuat pasukan Malaysia? Saya masih teringat kata bekas jurulatih dan jurulatih Malaysia, Tuan Wan Jamak dan Tuan Rajagopal, pasukan kita sekarang mempunyai banyak pilihan pemain yang setanding. Nan berpendapat jika sudah mempunyai pilihan sebegitu banyak kenapa tidak peluang ini diberikan kepada pemain lain?
Bukankah sukan sea medan memberikan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan? Secara tidak langsung Nan berpendapat bahawa tumpuan utama FAM adalah sukan SEA bukannya Kelayakan sukan olimpik.
Jurulatih Tuan Ong Kim Swee mempersoalkan wartawan kerana tidak menyokong pasukan negara apabila bertanyakan tentang keutamaan diantara sukan SEA dan kelayakan ke Olimpik, tetapi pada Nan ada rasional soalan itu ditanya kerana beliau menggunakan pemain yang sama untuk kedua-dua kejohanan. Jika benar kita mempunyai pilihan pemain yang ramai, bukankah kita patut menyediakan 2 pasukan untuk 2 pertandingan supaya tidak keletihan dan keutamaan diberikan kepada kejohanan yang lebih tinggi `levelnya`.
Dia berpendapat pemain yang sudah bermain di peringkat senior tidak perlulah bermain di peringkat bawahan. Berikanlah peluang kepada pemain lain untuk mendapat pendedahan dan pengalaman.
Nan malas nak mengulas tentang KOM dan Sepaktakraw. Pendapat Nan kurangkan mendapat publisiti dan menjadi lebih kreatif.
Nan melemparkan senyum yang panjang berjela apabila melihat situasi badminton. Nan tersenyum kerana selepas melihat harapan negara Dato Lee Chong Wei tumpas, tergerak hatinya menyatakan " Dia masih memerlukan Misbun agaknya" dan telahan itu tepat apabila Dato Lee sendiri mengakuinya.
BAM jujurnya mempunyai kepimpinan yang terlebih baik. Kenapa? Sebab mereka sendiri yang menentukan apa yang boleh dan tidak boleh untuk pemain. Siapa mereka? Bekas pemain? Mereka adalah orang yang pandai mengurus sahaja. Kenapa tidak mereka serahkan tugas latihan kepada mereka yang arif sahaja.
Sekarang bukan masa untuk berteori, sekarang masa merancang strategi yang ampuh, mencari pemain pelapis seperti yang dilakukan oleh pasukan China. Apa yang sudah dihasilkan oleh BAM setakat ini selain Dato? Kenapa perlu Misbun? Senang. Permainan Lee Chong Wei meningkat bersama beliau. Menurun ketika bersama Li Moa dan meningkat kembali bila bersama Misbun.
Jelaskan. Cukup sahaja setakat ini Nan membiarkan Jari Menari. Semoga dia terus rajin.
Dozo Yorusiku
selamat kembali sahabat...
ReplyDelete*Ridja
Terima kasih sahabat jauh Tuan Haji Ridja..
ReplyDeleteDaku berharap semoga dikau, sahabatku, jangan mengeraskan jemari jantanmu daripada terus menari mengupas dan menggeletek.
ReplyDeleteJuga janjimu untuk menghasilkan manuskrip fiksyen.
salam.
ReplyDeletewoit! ko ke tu pochong??? kalo betul, ni aku lerr..Cardin. ^_^
Insya Allah wahai abg silk....
ReplyDeleteWaalaikumsalam Cardin...
ReplyDeleteAku le ni... Camne ko boleh terjebak kat sini..
Thanks sbb follow.. Ini la dunia aku skrag...
dari fesbuk laa...^_^
ReplyDeleteterus aku follow ko. aku dah lama x update blog. ni tgh betul2 free, aku blogwalking.:)
Tq Cardin..
ReplyDeleteAku pun dah follow ko..
Sama cam ko.. Aku pundah lama x update blog.. tapi sbb bz dan malas.. hehehehe
sama-sama la kita menulis