Tuesday, July 24, 2012

Bila Jari Menari 23 Julai 2012 ~ Monolog FIXI- Part 1

Salam Rahmadhan. Nan sedang bertungkus lumus dalam menyesuaikan diri dalam suasana puasa yang baru berusia 3 hari (apa punya orang tua sampai nak menyesuaikan diri bagai). Biasalah masa-masa beginilah mata menjadi layu dan bermonolog la..

Otak Nan : Masya Allah mengalahkan budak baru belajar puasa. Cergaslah sikit Nan

Diri Nan : Biasalah awal-awal puasa memang begini tapi perut aku laparlah.

Otak Nan : Jahanam!!! Memang macam budak-budak!!!! Pergilah baca novel kau yang bertimbun tu.

Diri Nan : Kau tak penat ke berfikir ketika aku tengah membaca? Aku baru sahaja habis membaca 2 novel FIXI yang boleh tahan jalan ceritanya.

Otak Nan : Tak penat pun. Nan!!! Kaukan suka baca buku FIXI tapi kau tak pernah pun wat
komen-komen kat rumah bersawang kau tu. Apa kata kau buat komen mengenai novel FIXI yang kau dah baca.

Diri Nan : Okay juga idea kau ni. Aku nak mulakan daripada mana ek?

Otak Nan : Cuba bagi rating kedudukan buku-buku daripada terbaik ke teruk la...

Diri Nan : Camtu ek? Okay.. Aku tahu pasal buku FIXI masa pelancaran Rayyan Fantasi kat MPH Alamanda. Ada 3 naskah tajuk seketul-seketul. Nak beli berbelah bagi. Balik rumah je terus cari kat internet. Baru tahu pasal FIXI.ni. Ada pesta buku terus sambar la.

Otak Nan : Apa ciri-ciri buku FIXI ni?

Diri Nan : Tajuk buku sepatah perkataan, boleh guna segala bahasa dan berkonsep urban. Buku yang terbaik PECAH. Buku ini kena dengan jiwa aku. Pada buku ini aku dapat lihat bagaimana penulis menggunakan kepala otak dia untuk merompak bank. Aku tak suka jenis merompak yang ada Plan A sahaja. Aku suka tengok macam cerita filem Bandit atau Ocean Eleven. Elemen ini ada dalam cerita PECAH. Penghujung cerita ada di luar jangkaan. Yang seronok pasal cerita ini, ia berkisar kawasan di Selangor seperti Hospital Ampuan Rahimah, Bandar Klang dan beberapa kawasan lain di Shah Alam. Semua kawasan memudahkan aku mengambarkan perjalanan cerita ini. Nak tahu apa yang paling banyak berlaku dalam buku ini... hehehehehe KEBETULAN.

Otak Nan : Itu je ke komen kau?

Diri Nan : Kau nak aku tulis banyak mana lagi? Kalau nak tulis jalan cerita baik aku copy paste je sipnosis buku tu kat sini

Otak Nan : Yelah komen pulak buku lain (dah memang dasar pemalas kan.)

Diri Nan : Buku LICIK. Bila baca sipnosis pasal con man, sukalah aku, sebab akukan suka layan cerita Hustle dan Leverage. Walaupun cara penipuan tidak setanding dengan 2 cerita yang aku minat, namun aku tidak nampak persamaan pula, jadi tahniah kepada penulis untuk tidak meniru. Setelah membaca LICIK dapatlah disimpulkan di sini sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ketanah jua dan ketahuilah anda con man suka kepada mereka yang tamak. Sedikit lagi info pasal con ni, con ada 2... short con & long con.. Well nak definasi ? Selamat menonton Hustle.

Otak Nan : Ringkas dan menarik. Seterusnya..

Diri Nan : Aku nak komen 3 novel sekaligus. JERAT, HILANG & MURTAD. JERAT & HILANG adalah karya penulis yang sama. JERAT adalah mengenai konsperasi dunia koperat & IT. Aku suka cara cerita ini diolah dan watak-watak di dalam buku ini. Paling syadu perubahan sikap selepas kemalangan yang mengudang air mata si ibu dan kesudahan yang boleh dijangka kot walaupun penuh konpirasi

HILANG & MURTAD pula aku beli ketika Pesta Buku Negeri Selangor, selesai membacanya aku merasakan aku amat beruntung kerana mendapat keseronokan berkali-kali ganda. Kenapa? Sebab kedua-dua buku ini menggunakan watak kembar sebahagai watak utama. Di dalam HILANG penggunaan bahasa yang santai dan yang biasa kita dengar memudahkan kita menghadam jalan cerita yang hendak disampaikan. Cerita berkisar tentang pencarian saudara kembar yang hilang secara tiba-tiba dan melalui pelbagai rintangan yang menarik dalam pencarian kembarnya.

Untuk MURTAD pula, selain daripada membaca buku, kita juga berpeluang untuk mempelajari bahasa utara. Seronoklah kan.. Kisah berkisar tentang 2 beradik kembar yang bertugas menjadi pembunuh upahan untuk orang-orang yang telah murtad. Memang menarik.

Otak Nan : Lagi

Diri Nan : Nantilah. Aku ada kerja lain nak buat. Lain kali aku sambung.

Otak Nan : Okay. Aku nak tanya kau sikitlah. Kenapa kau tidak minta tanda tangan penulis buku FIXI ini masa di pesta buku? Kan mereka ada di situ?

Diri Nan : OOO.. Pasal tu ke. Part ini aku rasa Tuan Amir kena ambil perhatian sedikit kot. Walaupun mereka menyediakan tempat untuk tandatangan penulis, tetapi aku tidak rasa penulis itu mahu berikan tandatangan mereka. Mereka lebih seronok bersembang semasa mereka. Sekali aku tengok macam perjumpaan hari raya pun ada. Ada juga Tuan Amir dok cakap penulis ada di sebelah sana, tapi mana aku kenal dioarang tu sorang-sorang. Pada pendapat aku tag nama penulis dan meja perlu ada supaya pembaca mengenali saya penulis novel. Namun yang paling penting pada aku adalah penulis kena tunjukkan bahawa mereka menghargai pembaca dengan bersedia menanti pembaca sebagaimana pembaca menghargai penulis dengan membeli hasil karya mereka.








Dozo Yoroshiku

Thursday, July 19, 2012

Bila Jari Menari 18 Julai 2012 ~ Monolog

Nan kerap membaca kebelakangan ini. Setiap kali membaca dia akan rasa teruja untuk menulis. Mampukah dia untuk menjadi seorang penulis? Mahu menulis di blog ini pun segan silu bagaimana nak menulis novel. Ketika dia sedang seronok lagu Kosong (Nadjwa Latif) mata dia semakin layu..

Otak Nan : Beb!! Member kau dah buat novel, kau bila lagi? Idea dah banyak ni...

Diri Nan : Aku tahu. Tapi kau pun tau keadaan aku sekarang.

Otak Nan : Apa masalah kau sebenarnya? Kau malas ek?

Diri Nan : Entahlah.. Aku ada cuba nak menulis.. Tetapi aku macam tiada motivasi..

Otak Nan : Aku memang dah tahu kau tidak suka menulis, tetapi kau tak boleh terus simpan idea kau ni. Kau mesti keluarkan segala idea kau ni. Aku tahu sejak kau pandai menulis lagi memang kau dah tidak suka menulis. Segala yang kau nak tulis kau akan tulis seringkas yang boleh. Sifat kau ni sedikit sebanyak mempengaruhi diri kau sendiri. Semua benda nak ringkas dan pantas.

Diri Nan : Aku camtu ek? Kalau camtu bagaimana aku nak menulis?

Otak Nan : Tengok!!! Alasan lagi!!!! Kau kan pernah membaca manual basketball coach Malaysia.. Mukasurat pertama dia dah tulis `orang yang gagal adalah orang yang banyak alasan`. Kau nak jadi orang begitu ke? Makin banyak alasan yang kau buat makin hampirlah kepada orang yang gagal.

Diri Nan : Ye aku ingat.. Tapi aku tidak berbakat untuk menulis.. Aku hanya suka membaca..

Otak Nan : Kau ni dah macam lupa dirilah.. Masa kau main basketball dulu kau tak ingat ke? Ko ingat kau berbakat ke nak main basketball? Kau bermula lewat pada usia yang lewat tapi bagaimana kau atasi masalah itu? Ye.. Kau berlatih lebih kuat daripada orang.. Ye latihan.. Dengan latihan sahaja kau boleh memahirkan diri. Dan kau kena cari balik kekuatan keazaman kau dulu..

Diri Nan : Kau ingat lagi tak? Apa benda yang paling susah di dunia?

Otak Nan : Ye aku ingat. Benda paling susah adalah untuk memulakan sesuatu. Jadi aku cadangkan kau baik mulakan apa yang telah kau fikirkan. Kau tulis sahaja dahulu. Tak payah risau tentang idea yang buntu dan segala kesalahan menulis. Kau pun bukan selalu ikut peraturan. Jadikan rakan-rakan penulis sebagai motivasi.

Diri Nan : Yelahlah, aku cuba oppss bukan cuba tapi mesti buat.. Aku cuba untuk set jiwa kacau ni.

Otak Nan : Okay Bro.. Tolonglah keluarkan semua idea ni.. Dah lama sangat kat sini..

Diri Nan : Yelah.. Aku nak habiskan baca MURTAD dulu.. zzzzzzzzzzzz











Dozo Yuroshiku