Nan kerap membaca kebelakangan ini. Setiap kali membaca dia akan rasa teruja untuk menulis. Mampukah dia untuk menjadi seorang penulis? Mahu menulis di blog ini pun segan silu bagaimana nak menulis novel. Ketika dia sedang seronok lagu Kosong (Nadjwa Latif) mata dia semakin layu..
Otak Nan : Beb!! Member kau dah buat novel, kau bila lagi? Idea dah banyak ni...
Diri Nan : Aku tahu. Tapi kau pun tau keadaan aku sekarang.
Otak Nan : Apa masalah kau sebenarnya? Kau malas ek?
Diri Nan : Entahlah.. Aku ada cuba nak menulis.. Tetapi aku macam tiada motivasi..
Otak Nan : Aku memang dah tahu kau tidak suka menulis, tetapi kau tak boleh terus simpan idea kau ni. Kau mesti keluarkan segala idea kau ni. Aku tahu sejak kau pandai menulis lagi memang kau dah tidak suka menulis. Segala yang kau nak tulis kau akan tulis seringkas yang boleh. Sifat kau ni sedikit sebanyak mempengaruhi diri kau sendiri. Semua benda nak ringkas dan pantas.
Diri Nan : Aku camtu ek? Kalau camtu bagaimana aku nak menulis?
Otak Nan : Tengok!!! Alasan lagi!!!! Kau kan pernah membaca manual basketball coach Malaysia.. Mukasurat pertama dia dah tulis `orang yang gagal adalah orang yang banyak alasan`. Kau nak jadi orang begitu ke? Makin banyak alasan yang kau buat makin hampirlah kepada orang yang gagal.
Diri Nan : Ye aku ingat.. Tapi aku tidak berbakat untuk menulis.. Aku hanya suka membaca..
Otak Nan : Kau ni dah macam lupa dirilah.. Masa kau main basketball dulu kau tak ingat ke? Ko ingat kau berbakat ke nak main basketball? Kau bermula lewat pada usia yang lewat tapi bagaimana kau atasi masalah itu? Ye.. Kau berlatih lebih kuat daripada orang.. Ye latihan.. Dengan latihan sahaja kau boleh memahirkan diri. Dan kau kena cari balik kekuatan keazaman kau dulu..
Diri Nan : Kau ingat lagi tak? Apa benda yang paling susah di dunia?
Otak Nan : Ye aku ingat. Benda paling susah adalah untuk memulakan sesuatu. Jadi aku cadangkan kau baik mulakan apa yang telah kau fikirkan. Kau tulis sahaja dahulu. Tak payah risau tentang idea yang buntu dan segala kesalahan menulis. Kau pun bukan selalu ikut peraturan. Jadikan rakan-rakan penulis sebagai motivasi.
Diri Nan : Yelahlah, aku cuba oppss bukan cuba tapi mesti buat.. Aku cuba untuk set jiwa kacau ni.
Otak Nan : Okay Bro.. Tolonglah keluarkan semua idea ni.. Dah lama sangat kat sini..
Diri Nan : Yelah.. Aku nak habiskan baca MURTAD dulu.. zzzzzzzzzzzz
Dozo Yuroshiku
Sudah! Ambil baton!
ReplyDelete