Friday, October 29, 2010

Bila Jari Menari Kembali - 29 Oktober 2010

Assalamualaikum.....

Dengan penuh kemalasan yang bersawang ditubuh badan jiwa dan raga dan hanya berbekalkan sedikit iktizam mahu menulis, maka saya gagahkan jari ini untuk menari (moga tarian tidak sumbang).

Pada saat dan ketika entry ini ditulis, saya sekeluarga secara rasminya sudah menjadi warga Shah Alam. Bertukar citarasa atau boleh kata seperti 'sirih pulang ganggang' (walaupun saya anak jati 'Merah Biru').

Sebenarnya idea datang mencurah-curah tetapi kemalasan & kesibukan mengatasi segalanya. Idea tentang buku yang dibaca, tentang bolasepak dan sebagainya. Oh ya sebelum saya terlupa, Alaf 21 akan mengadakan pesta buku di Shah Alam. Kepada semua peminat buku anda dijemput kesana.

Selain itu pada malam esok kemuncak bola sepak negara, 2 pasukan akan berentap untuk merebut piala keagungan semua, Piala Malaysia. Tahniah kepada pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan. Mereka berjaya menghiburkan peminat bola sepak negara (terutama pasukan negeri masing2) walaupun bola sepak Malaysia masih tidak menentu hala tujunya.Saya luahkan komen saya mengenai kedua-dua pasukan ini dulu kemudian saya akan luahkan komen saya mengenai bola sepak negara yang saya cintai ini.

Pasukan yang dianggap pilihan kali ini adalah pasukan Kelantan. Mengapa ya? Pasukan Red Warrior ini adalah paling garang didalam Malaysia, memiliki jentera penyerang yang berpengalaman, pemain tengah yang bijak serta barisan pertahanan yg "keras lagi kental". Cukup seimbang. Paling saya tertarik penjaga gol mudanya. Asas penjaga gol yang dimilikinya begitu baik dan tidak mustahil akan dipanggil mewakili negara nanti. Selain itu strategi dipadang yang akan diberikan oleh B. Sathia akan jadi penentu kepada pasukan Red Worrior ini. Cuma jika kegugupan menguasai diri, maka kemenangan akan berpihak kepada pasukan Hoben Jang Hoben.

Pasukan Hoben Jang Hoben pula mempunyai kestabilan disemua posisi kecuali penyerang. Mereka kekurangan sengat disitu. Namun begitu mereka terlalu baik di bahagian tengah yang dikemudikan oleh bekas pemain 'merah biru'. Dibahagian pertahanan tidak perlu diperkatakan lagi. Gandingan terbaik di Malaysia setakat ini. Penjaga gol Negeri Sembilan juga menarik perhatian saya. Lupakan kesilapan pada separuh akhir (ramai mengatakan kesilapan) tetapi tidak kepada saya. Itu merupakan 1 keputusan berani yang diambil oleh seorang penjaga gol, bola 50-50 kata orang, cuma nasib tidak menyebelahinya. Dipandang daripada sudut positif, pengalaman sebegitu akan mematangkan beliau. Wan Jamak Wan Hassan merupakan seorang jurulatih yang cepat membaca permainan dan akan mengguna taktik-taktik yang tidak terjangkau oleh jurulatih pasukan lawan dan ini penting kerana final adalah sekali, tiada perlawanan timbal balik. Maka B. Sathia kena berhati-hati dengan taktik Negeri Sembilan nanti.

Kepada kedua-dua pasukan selamat berjaya di final nanti, andalah penyeri bola sepak Malaysia yang masih malap. Saya ada juga terjengah-jengah tentang perkembangan bola sepak negara, bagaimana FAM menjalankan tugas mereka dan bagaimana muka baru yang membarisi barisan 'kabinet' FAM. Dimana mahu saya mulakan agaknya? Bagaimana dengan kes pengantungan uncle B. Sathia pada separuh akhir yang lepas.

Saya tidak mempersoal masa pengantunggan dijalankan tetapi kenapa pendapat jurulatih dianggap 1 kesalahan? Kerana tidak melalui saluran yang betul untuk menyampaikan pendapat demi menjaga kredibiliti FAM? Sedarlah FAM kredibiliti anda sudah terhakis. Saya tidak faham dengan apa yang anda yang bijak pandai lakukan untuk bola sepak negara. Saya tahu anda dipimpim oleh sesaorang yang terlatih penuh displin tentera, tetapi tidak perlulah FAM menjadi akademi tentera. Kenapa tidak anda salahkan para wartawan yang bertanyakan pendapat itu? atau tidak perlu lagi wartawan untuk bertanya pendapat jurulatih & pengurus jika ketidakpuasan hati mereka akan menjerat mereka. Lihatlah apa yang jurulatih yang lantang memberikan pendapat mereka seperti Reduan Abdullah dan lihat FAM lakukan kepada bapa bola sepak Kedah Arwah Dato Basri. Sampai ke hari FAM masih tidak sedar akan kelemahan mereka.

Pemain bolasepak Pulau Pinang terpaksa meminjam wang daripada along untuk menyara kehidupan seharian mereka? Anda saksikanlah bertapa 'profesional' bola sepak di Malaysia. Bagaimana FAM akan mengatasi masalah ini? Ohhhhhhh!!!! Bukan masalah FAM tetapi masalah persatuan bolasepak itu sendiri. FAM senang sahaja, tidak boleh bermain dalam liga yang dianjurkan disebabkan kengkangan kewangan hukum gantung sajalah. Mudahkan. inilah yang berlaku persatuan terus bermain tetapi gaji pemain terabai. Saya kerap terfikir, bagaimana pemain mahu meberikan pemainan bermutu jika dikepala masih terfikir tentang bagaimana nak bagi anak makan & membayar ansuran bulanan.Apabila bermain sambil lewa maka pasukan tidak mendapat kejayaan maka dengan itu bola sepak negara akan hancur sampai bila-bila.

Banyak lagi masalah pada akar umbi yang perlu dikenalpasti dan diatasi pada pendangan saya. Insya Allah pendapat ikhlas saya itu akan saya komentarkan pada masa akan datang.Lihatlah kejayaan pasukan Red Warrior yang dapat menarik para penyokongnya kembali ke stadium begitu juga pasukan Kedah. Kehadiran para penyokong dapat menjana kewangan kepada pasukan dan para penyokong pula akan menyokong  jika pasukan mereka bermain dengan baik. Ini adalah mentaliti penyokong pasukan bolasepak di Malaysia dan dimana-mana jua.

Tarian jemari saya berakhir disini. Insya Allah akan bersambung nanti.

Dozo Yuroshiku

2 comments:

  1. Assalamualaikum Nain..

    Insya Allah akan terus kembali...

    Terima Kasih sudi singgah...

    Ibad kirim salam

    ReplyDelete