Assalamualaikum
" Sebenarnya saya buat novel ini untuk golongan remaja" kata penulis buku ini En. Bahruddin Bekri kepada saya di Pesta Buku . Dialog itu terbit ketika saya meminta tandatangan beliau dinovel Adi Gempa : Evolusi. Terdetik dihati saya ini "Dah tua rupanya aku ini". Tetapi itu tidak mengapa pekara kecil.
Novel ini termasuk didalam koleksi marathon saya, sudah lama diabiskan, baru kini berpeluang untuk menarikan jari di sini. Bagaimana ceritanya? Bagus & menarik. Namun ada kekurangan dan kesilapannya. Konsep sains fiksyen yang boleh saya andaikan (pada pandangan sayalah) adunan daripada komik Hong Kong, Jepun, cerita cereka Hero.
Pada mulanya saya menjangkakan watak hero atau adiwira didalam novel ini hanyalah berkisar kepada watak Adi sahaja, namun makin lama saya membacanya makin banyak pula watak adiwira yang dipersembahkan, baik watak baik atau jahat (macam baca komik Dewata Raya sahaja).
Kisah bermula tentang keupayaan seorang budak (Adi namanya) yang berupaya untuk mengesan gempa bumi yang akan berlaku. Keupayaan yang ada pada Adi dimiliki kerana dia merupakan bahan ujikaji sebilangan bijak pandai untuk membuat senjata untuk berperang. Maka bermula daripada sinilah plot cerita berkembang.
Pelbagai lagi keistimewaan yang ada pada adiwira yang lain, pantas seperti angin, ada yang boleh mengeluarkan bebola api dan banyak lagi. Membaca novel ini tidak ubah seperti membaca komic aksi. Tahniah unutk penulis.
Namum begitu, saya berpendapat penulis tidak perlu mengwujudkan banyak watak didalam novel ini. Pelbagai kesilapan yang menganggu pembacaan saya seperti sekejap boy 1 sekejap boy 9, dan banyak lagi yang memaksa saya untuk membuka kembali muka surat sebelumnya.
Yang pasti saya menantikan kemunculan sambungan ini. Oh ya sebelum terlupa, saya sebenarnya membalas dialog diatas "Saya hanya akan membaca novel yang tidak ada kisah cinta air mata sahaja" dan berlalu untuk membeli novel yang lain.
Dozo Yuroshiku.
mana ulasan bola??
ReplyDeleteKawan, aku juga beli novel ini. Namun buku ini mesti menunggu buku-buku lain yang masih berlambak untuk ditekuni. :-)
ReplyDeleteAku malas nak rekemen (kerana ada jalur cinta), tapi kalau sudi baca Kita Hanya Di Seberang Jalan.