Tuesday, May 31, 2011

Bila Jari Menari 31 May 2011 ~ Salam Untuk Sahabat Jauh ~

Assalamualaikum

Nan mempunyai blog. Blog tempat dia mengasah penulisannya. Sudah hampir 2 tahun dan pelbagai bentuk tulisan yang ada di dalam blognya. Ada masa dia rajin ada masa berbulan bersawang.

Baru-baru ini, hasil tulisannya mendapat teguran daripada orang yang tidak dikenali. Mereka berkenalan. Berkongsi pendapat. Baru-baru ini mereka berkongsi kesedihan. Rakannya baru kehilangan isteri tersayang.

Nan berada jauh untuk berada dekat dengan sahabatnya. Nan merasakan kesedihan walaupun mereka baru berkenalan. Kenapa? Kerana darah yang mengalir adalah darah saudara Islam. Nan hanya mampu memberikan rasa semangat agar rakannya tabah dan terus berkarya.

Nan mempunyai beberapa karya hasil tangan rakan jauhnya. Namun kali ini dia memilih karya arwah isteri sahabatnya untuk di pamerkan di teratak buruknya. Kepada pembaca hayatinya dan mohon disedekah al fatihah kepada Farhan Eiswandah Marisso.

Kepada sahabat jauh, tabahkan dan kuatkan semangatmu

Teman dan Cintanya

by Farhan Ridja on December 21, 2010
  
Dalam sehari perubahan terjadi
Bagaimana rasa itu hilang dari hati
Dan dia pun kembali sendiri
Saat malam yang sepi menghampiri

Berlalunya malam takkan bisa
Menyingkap masa dulu bersama
Ketika indah berikat selalu dengan bahagia
Dan gundah takkan ada lama

Kini semua telah berlalu
Untuk melupakan semua itu
Apa arti teman sepertiku?
Yang hingga kini terdiam membisu

Membisu aku tak mengerti
Rasa apa yang hinggap di antara mereka
Percuma rajin membaca buku
Tak ku dapat darinya sebuah jawab
Mohon maaf teman
Meninggalkanmu sendirian
Semoga tak terjebak kau dalam kesedihan
Dan kau terlahir kembali dengan kekuatan
Masih banyak kesempatan
Masih banyak teman
Dirimu tak kesepian

 
~Semoga dicucuri rahmat~

No comments:

Post a Comment