Hangat-hangat tahi ayam.. itu perumpamaan yang sesuai untuk Nan...Sekarang sudah bulan June, baru dia nak menulis. Tetapi jujurnya dia tidak tahu nak menulis tentang apa.
Menyingkap tirai sejarah lama Nan, sejak dibangku sekolah dia memang tidak suka menulis.. Tulisannya masya allah.. macam cacing kerawit la. Pernah cikgu Bahasa Melayunya yg terlampau suka dengan tulisannya menjemput Nan ke kalas adik perempuannya (Nan didarjah 4 dan adiknya darjah 3) untuk mempromosikan tulisan cacing kerawitnya itu.
Kita di universiti pula, Nan tidak suka kepada soalan yang memerlukan dia `mengoreng` jawapan untuk mendapat markah yang tinggi. Jika rakan lain menjawab sampai tidak cukup kertas, dia hanya memerlukan mungkin suku atau separuh daripada jumlah itu.
Namun begitu dia amat sukakan pengiraan dan membaca. Emaknya selalu menegur Nan yang suka membaca buku cerita tetapi tidak suka membaca buku pelajaran. Mungkin menulis memerlukan bakat dan minat yang tinggi. Melihat hasil tulisan di media cetak, jujur Nan berasa kagum dengan kesungguhan penulis, begitu juga dengan penulis novel-novel di Malaysia dan seluruh dunia.. Anda adalah insan terpilih.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berbakat dan minat cuma suam-suam kuku? Nan tidak tahu pendapat orang lain, Nan merasakan hanya latihan yang gigih baru mereka itu berjaya menjadi seorang penulis yang baik. Nan? Nan setakat ini hanya menjadi pembaca novel yang baik.
Jujurnya sejak entry yang terakhir, Nan mempunyai banyak topik yang mahu ditarikan, namun kemalasan, tiada motivasi atau entahlah apa yang bermain di kepala Nan pun dia sendiri tidak pasti. Namun dia berharap entry ini akan membuka jalan untuk entry yang akan datang. Insya Allah
Dozo Yoroshiku
Seringkali kita justru berhasil mencapai hasil yang lebih baik ketika kita jatuh tetapi kita masih mau mencoba lagi. Keberhasilan yang lebih besar seringkali kita rasakan ketika kita tidak menyerah setelah melakukan suatu kesalahan, ketika sesuatu tidak kita dapatkan dengan mudah tetapi kita tidak berhenti mencoba, ketika kita tidak takut terlihat tidak sempurna.
ReplyDelete... hanya memetik kata bijak pandai
kalau kurang bab2 menulis ni, apa kata melukis pulak... buat dialog2... ok jugak tu.. ada je org baca... =)
ReplyDelete