Monday, October 20, 2014

Sambungan Tarian Jari

Sambungan Hari Yang Sesuai.. Maaflah jika tidak memenuhi kemahuan..



SIALANG 2
Alam Minda
Pada ketika ini hanya sejalur cahaya menemani 7 susuk jasad yang rebah ketika pelancaran karya terbaru penulis novel thriler no 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid di PWTC. Ya! Mereka adalah Rayyan, Ryu Watanabe, Luqman, Amarrudin, Rusdi, Mikhail dan Hilman. Apa yang berlaku di Pesta Buku itu masih menjadi tanda tanya. Ke tujuh-tujuh susuk terbaring tanpa diketahui hidup matinya.
Tiba-tiba sejalur cahaya itu pula semakin mengembang menerangi kawasan sekeliling. Kelihatan 3 susuk tubuh berjalan masuk menghampiri tubuh-tubuh yang rebah. Mereka berjubah labuh serta berhud.
“Bangkitkan mereka” arah seorang daripada mereka yang berdiri di tengah.
Lantas rakan di sebelah kirinya bergerak kearah dindingdan menekan satu suiz yang telah menghasilkan satu semburan air ke muka ke tujuh-tujuh insan malang tadi.
Perlahan-lahan, sedikit demi sedikit tubuh-tubuh ini bergerak. Alhamdulilah. Mereka masih hidup. Mereka masih lagi didalam keadaan keliru. Namun Hilman dan Mikhail cepat menyusuaikan diri lantas terus berdiri bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan diikuti oleh mereka yang lain. Mereka cuba bergerak ke depan namun kaki mereka seakan melekat di bumi.
            “Usah bazirkan tenaga kamu, disini kamu semua berada bawah kawalan aku” arah si tengah. Jelas dia merupakan ketua disini.
            “Siapa kau?” Tanya Mikhail
            “Apa kamu semua tidak mengenali kami semua?” sambil mereka bertiga terus membuka jubah dan memperlihat wajah sebenar mereka.
            Riak wajah ketujuh mereka menunjukkan wajah yang amat terkejut.
            “Kenapa Ramlee Awang Murshid berada disini?” Tanya Rusdi dan Amaruddin serentak.
            “Siapa pula mereka berdua?” Tanya Rio Watanabe merujuk kepada orang berdamping bersebelahan Ramlee. Seorang segak berbaju melayu, lengkap bertanjak dan sebilah keris erat ditangan manakala seorang lagi kelihatan begitu misteri berpakaian kemas serba hitam.
            “Di sebelah kanan ku adalah Laksamana Sunan dan di sebelah kiri ku adalah Zonan” jawab Ramlee Awang Murshid.
            Suasana menjadi riuh seketika.
            “Apa ertinya ini?” Tanya Rayyan pula
            “Bertenang sekalian, jelas kamu masih tidak mengingati apa-apa” jerit Ramlee
            “Zonan! Sedarkan mereka”.. Zonan hanya mengangguk tersenyum..
            “Sahabat ku sekalian, Fatwa Punjangga...” Teriak Zonan
Mendengar teriakan itu ketujuh-tujuh mereka terus bertelekuk lutut sambil memegang kepala masing-masing kerana kesakitan. Namun sejurus selepas itu, seorang demi seorang bangkit memandang kepada mereka bertiga.
            “Tuan Ramlee, Sunan dan Zonan apa khabar? Ucap Hilman sambil bergerak kepada Ramlee untuk bersalaman dan berdakapan melepas rindu. Perbuatan ini ikuti oleh rakan-rakannyer yang lain.
            “ Alhamdulilah, kamu masih mengingati aku” Kata Ramlee
            “ Kenapa tuan memanggil kami ke sini?” Tanya Amaruddin
            “ Sahabat ku sekalian.. setelah sekian lama kita tidak berjumpa aku merasa amat rindu kepada kalian. Aku tahu kalian kerap mendampingiku ketika aku sedang menulis dan aku juga dapat merasakan kerinduan kalian kepada ku”
Laksamana Sunan dan Zonan adalah pendamping aku yang paling rapat sekarang. Aku bukan sahaja dapat merasai mereka, malah aku dapat bercakap dan berbincang bersama mereka.
“Ya benar, kami berdamping dengan tuan kerana kami rindukan tuan. Kami selalu sahaja menantikan panggilan tuan untuk kembali berkerjasama, namun tuan jelas melebihkan kasih tuan kepada Laksamana Sunan berbanding kami. Tetapi janganlah tuan risau tentang kesetiaan kami kepada tuan. Kami sentiasa setia kepada tuan.” Ujur Ryu Watanabe panjang lebar.
“Maafkan aku wahai sahabat sekalian, bukan niatku mengabaikan kalian atau melebihkan kasih ku kepada Sunan, ini semua berlaku disebabkan keadaan yang tidak mampu ku kawal. Namun izinkan aku untuk memperbetulkan keadaan ini”
Selain ingin melepas rindu ku kepada kamu semua, aku juga memerlukan sebahagian khidmat mu untuk naskah ku yang seterusnya.
“Sebutkan sahaja apa tugasnya, kami sudah bersedia untuk tuan” tegas Hilman
“ Terima kasih Hilman, namun untuk kali ini kamu tidak akan terlibat. Kamu, Rusdi, Rayyan dan Luqman tidak akan berada untuk naskah kali ini. Hilman dan Rusdi aku tidak pernah melupakan kamu berdua. Kamu berdua adalah watak terawal ketika aku baru mahu menulis. Rayyan dan Luqman kamu berdua nantikan panggilan daripada ku nanti.”
“Ayuh kemari berdakapan dengan ku, selepas ini Zonan akan menghantar kamu pulang ke alam mu” tambah Ramlee
Usai berdakapan, dengan ungkapan Fatwaa Pujangga, ke empat-empat tubuh itu lesap daripada alam minda.
“Ryu Watanabe, Mikhail dan Ejim, sudikah kamu kembali beraksi” Tanya Ramlee
“Apa hanya kami bertiga sahaja?” Tanya Ejim pula
“Kamu semua akan disertai oleh Laksamana Sunan dan......” jawapan Ramlee terhenti...
“Siapa lagi tuan?” Tanya Ryu Watanabe pula
“Seorang yang agak sukar untuk dikawal, Carlos” sambil mengeluh...  
“Tapi aku yakin Zonan boleh mengatasi masalah ini” tambah Ramlee lagi
“Tuan bagaimana tuan menpunyai idea sebegini?” Tanya Mihkail pula
Ramlee Awang Murshid tersenyum..

***********************************************************************
6 bulan sebelum itu di Bangi. 2.00 pagi
            “Aku sekarang agak buntu untuk menulis untuk buku akan datang” Ujur Ramlee kepada tetamunya.
            “Keadaan ketika menulis pun rasa lain macam la.. macam ada yang memerhati.”
            “Bagaimana kalau kau gabungkan kembali watak sebelum ini dalam satu buku?” cadang Web Sutera, tetamu Ramlee.
            “Umm... Menarik juga idea tu... Nanti aku pertimbangkan...”
            “ Dan kau tuliskan juga kisah Sunan ketika muda.. kenapa dia boleh sampai ke Acheh” tambah Web Sutera lagi
Ramlee Awang Murshid mengorak senyuman yang paling manis pagi itu.

***************************************************************************




Kembali ke Alam Minda
            “Jika kamu sudah bersedia, Ryu, Mikhail dan Ejim, kamu akan Sunan bawa ketempat bermulanya Magis”
            “Sunan jaga mereka, cari Carlos nanti, Ejim pulang dengan selamat, aku perlukan kamu nanti di alam realiti”
Ejim mengerut dahi tidak faham. Sunan telah mengucapakan ucapan keramat Fatwaa Fujangga. Lantas mereka ghaib menuju magis.
“Zonan, cari Carlos hantar dia ke alam Magis secepat mungkin” Arah Ramlee.
“Baik tuan” Zonan terus menghilang.
***************************************************************************
6 bulan selepas itu di Shah Alam. Pelancaran Magis         
            “Ini merupakan karya yang saya tujukan kepada semua pembaca yang telah menyokong saya daripada dahulu sehingga sekarang”
            “Kembalinya watak-watak lama di dalam Magis juga member peringatan secara tidak langsung kepada diri saya supaya sentiasa ingat zaman kesusahan saya dahulu”
            “Seterusnya, selain saya akan terus berkarya, saya juga akan membawa Tombiro ke layar perak, Insya Allah. Kepada semua pembaca karya saya, nantikan kemunculan Tombiro nanti.”
Terima Kasih

Tamat.

Zonan Villa

Jari Kembali Menari

Assalamualaikum

Dah lama tidak menulis, ini pun bukan rajin sangat nak menulis cuma menampal tulisan lama sahaja. Tulisan yang tidak di blog tetapi di tempat lain. Cerita dibawah diterbitkan oleh RAMFC untuk koleksi Sailang.



20.12.2012 – Hari Yang Sesuai
Bangi, 1 Disember 2012
Rayyan (Addin) melayari internet untuk mengetahui perkembangan terkini Pesta Buku Kuala Lumpur yang bakal diadakan nanti di PWTC. Dia mahu mengambil peluang ini untuk bersama-sama bekas rakan sekuliahnya termasuklah Sue Onn, Suhaimi Long dan Fenna.
Dia mahu menebus kembali masa yang hilang semasa dia berada di planet Yukkaa. Walaupun mereka sudah berjaya dalam kerjaya dan keluarga masing-masing namun hubungan persahabatan di antara mereka masih utuh.
Keutuhan dan keakraban mereka menjadi semakin kukuh apabila mereka amat menyenangi karya tulisan Ramlee Awang Murshid, dan berita baik untuk mereka kerana karya terkini itu akan berada di PWTC. Aku Bercerita tajuknya dan akan dilancarkan pada 20.12.2012 oleh Perdana Menteri Malaysia buat julung-julung kalinya.
“Hari yang sesuai,” getusnya perlahan.
************************************************
Cheras, 1 Disember 2012
Suriani masih lagi menantikan kedatangan tetamu yang istimewa untuk majlis doa selamat bersempena harijadinya yang ke-16. Ibunya Siti Nurhalis kelihatan sibuk melayan tetamu di kalangan kaum ibu sambil melakukan persiapan terakhir. Persiapan majlis ini banyak dibantu oleh Puan Adelia ibu kepada Lukman yang merupakan tetamu istimewa di hati gadis yang menginjak remaja itu.
Majlis dijadualkan berlangsung setelah kaum bapa selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berhampiran.
Lukman berjalan beriringan bersama ayahnya, Luqman dan ayah Suriani, Amaruddin (Ejim). Majlis berlangsung dengan suasana sederhana berakhir juga. Keluarga Lukman merupakan tetamu terakhir yang meninggalkan rumah Suriani.
Sebelum beredar, Loqman dan Amaruddin berjanji akan bersama-sama membawa keluarga mereka untuk ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2012 pada 20.12.2012 untuk menyaksikan pelancaran buku terkini penulis yang menjadi pujaan anak-anak mereka, Ramlee Awang Murshid. Aku Bercerita tajuknya.
“Hari yang sesuai,” ungkap Luqman dan Amaruddin serentak
*******************************************
Brinchang, Cameron Highlands 1 Disember 2012
Risham (Ryu Watanabe) sedang berehat sambil melihat ke tengah ladang strawberi yang diusahakan bersama isterinya yang tercinta, Marhain (Noriko). Sudah lama mereka meninggalkan kenangan lama dan menjadi ‘manusia biasa’ di situ.
Marhain, demi cintanya kepada Risham sanggup bersusah di ladang yang luas asalkan tidak berjauhan daripada Risham, dan Risham membalas dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Marhain.
Marhain juga berusaha mendalami bahasa Melayu agar dapat memudahkan dirinya berkomunikasi dan memahami segala bentuk perbualan orang di sekelilingnya. Memandangkan dia suka membaca buku, Risham selalu membelikan novel-novel bahasa Melayu yang banyak di pasaran.
Namum begitu, hanya seorang penulis yang berjaya menambat hati Marhain, Ramlee Awang Murshid dan buat pertama kalinya sejak mereka tinggal di Cameron Highland, dia mengajak Risham ke Pesta Buku Kuala Lumpur pada 20.12.2012, untuk menghadiri pelancaran novel terkini penulis yang di minati itu, Aku Bercerita tajuknya. Tanpa berfikir panjang Risham bersetuju menemaninya
“Hari yang sesuai,” ucap Risham sambil tersenyum
**********************************
Shah Alam, 1 Disember 2012
Rusdi duduk diam membatu di hadapan ketua editornya, Haji Nordin. Suasana tegang menyelubungi bilik ketua editor yang begitu terkenal dangan ketegasannya.
Seperti yang dijangka oleh Rusdi, perjumpaan kali ini adalah berkaitan dengan artikel terkininya. Artikel yang berjaya mencuit  kulit wajah ramai ahli politik di Malaysia. Pendedahan artikel itu laksana gosip perpindahan pemain bolasepak terkenal dunia, cuma yang berbeza dia hanya menulis tentang gosip ahli politik yang terlibat dalam rasuah dan skandal artis di Malaysia.
Disebabkan artikel itulah juga, dia telah diarahkan oleh ketua editornya untuk mengambil cuti selama dua minggu dan kemudian dikehendaki membuat liputan di Pesta Buku Kuala Lumpur pada 20.12.2012, khas untuk penulis Ramlee Awang Murshid dan buku baharunya, Aku Bercerita.
Rusdi sungguh tidak berpuas hati dengan arahan yang diberikan, namun terpaksa akur setelah mendengar dengan teliti alasan yang diberikan oleh ketua editornya. Malah berdiri bulu romanya sebaik mengetahui dia dalam bahaya apabila terdapat ugutan maut untuk dirinya.
Maka untuk menyejukkan keadaan, dia terpaksa menyejukkan dirinya barang seketika dan membuat liputan untuk penulis tersohor itu adalah jalan yang terbaik.
 “Hari yang sesuai,” keluh Rusdi lemah.
*****************************************
Pandan Indah, 1 Disember 2012
Hilman terpaksa melupakan sarapan pagi yang sedang dinikmati pada pagi itu kerana mendapat arahan untuk ke Ibu Pejabat Bukit Aman bagi taklimat penting. Setibanya di pintu pejabat, Sarjan Hizamnuddin Awang menyambutnya untuk bersama-sama menghadiri taklimat yang akan diadakan sebentar lagi.
Memasuki pekarangan bilik mesyuarat itu kelihatan Pengarah Tertinggi Perisikan Negara bersama seorang lelaki. Lelaki itu diperkenalkan sebagai Mikhail, seorang ajen Interpol yang akan memberikan taklimat satu maklumat penting.
Menurut Mikhail, dia sebelum ini pernah dilatih menjadi pembunuh upahan sebelum membantu menjatuhkan sindiket itu. Enam bulan yang lepas dia mendapat maklumat bahawa sindiket itu telah dihidupkan kembali.
Melalui sumber daripada Interpol, sindiket akan melakukan sesuatu pada 21.12.2012. Berdasarkan maklumat itu pihak Perisikan Negara setelah membuat rujuk silang dengan sumber-sumber agensi dalam negeri telah mendapati bahawa sasaran sindiket itu adalah Perdana Menteri Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia akan berada di Pesta Buku Kuala Lumpur untuk melancarkan buku terkini Ramlee Awang Murshid – Aku Bercerita di PWTC. Sarjan Hizammudin Awang dilantik berada di dalam pasukan yang akan melindungi Perdana Menteri, manakala Mikhail dan Hilman pula akan berkerjasama mencari pembunuh itu.
Menurut Mikhail, pembunuh kali ini adalah orang yang terbaik sindiket baharu ini. Sehingga pada ketika ini, hanya dia yang buat ‘hasil kerja’ yang menggabungkan kaedah manipulasi dan hipnotik, di mana mangsa akan dirapati sebelum dibunuh. Pembunuh akan menyelidiki segala-galanya tentang mangsa, dan kemudian menggunakan kaedah manipulasi terhadap kelemahan mangsa itu. Setelah itu barulah membuat hipnotik kepada mangsa supaya mangsa kelihatan membunuh diri.
Menurut Mikhail lagi, dia mengetahui perbezaan mengenai pembunuhan itu melalui tanda yang ditinggalkan secara langsung oleh pembunuh itu, yakni dua biji dadu yang diletakkan di kawasan mangsa dijumpai. Modus operandi sebegini telah berjaya disiasat oleh Mikhail, namun begitu dia hanya mampu mengetahui nama pembunuh itu sahaja, Zonan – Pembunuh Tanpa Wajah.
Mereka mempunyai tempoh lebih kurang dua minggu untuk mengenal pasti siapakah Zonan yang sebenarnya dan menghalangnya daripada mengganas lagi.
“Hari yang sesuai,” monolog Hilman di dalam hati    
*************************************
LCCT, 1 Disember 2012
Zonan melangkah dengan tenang keluar dari balai ketibaan. Dia sebagai pembunuh terbaik sindiketnya telah diarahkan melakukan tugasan yang paling mencabar. Lebih mencabar, dia sendiri telah membocorkan maklumat tentang misi ini. Dia memerlukan masa untuk merancang agar misi berjaya dilakukan. Dia juga yang gemar bersiar-siar akan mengambil peluang ini untuk menikmati keindahan Kuala Lumpur.
Dia berhenti seketika membaca iklan di poster yang dipamirkan, Pesta Buku Kuala Lumpur, 20.12.2012. Pelancaran novel terkini Ramlee Awang Murshid – Aku Bercerita.
Dia tersenyum.
“Hari yang sesuai, ucap Zonan.
*****************************************
PWTC, 20 Disember 2012
Hari yang dinanti-nantikan oleh peminat Ramlee Awang Murshid telah tiba. Hari ini adalah hari pelancaran novel beliau yang terkini – Aku Bercerita. Novel yang diuar-uarkan sebagai lain daripada yang lain telah diberikan promosi yang amat baik oleh pihak Karangkraf dan Kelab Peminat beliau (RAMFC) seawal bulan Disember lagi.
Selain mereka, terdapat ratusan ribu lagi pengunjung Pesta Buku Kuala Lumpur yang datang untuk meraikan jutaan buku yang dipamerkan di PWTC. Kunjungan sebegini dapat secara tidak langsung membuktikan bahawa penduduk di Malaysia ini sudah menunjukkan minat suka membaca.
Sebentar lagi akan berlangsung pelancaran novel karya Ramlee Awang Murshid – Aku Bercerita yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia di Dewan Tun Hussen Onn. Pihak Karangkraf dan RAMFC sedang melakukan persiapan terakhir.
Sementara itu, Rusdi telah bersedia di tempat media bersama soalan-soalan yang tidak akan berkaitan dengan novel Aku Bercerita, tetapi soalan tentang artikel berkenaan rasuah dan skandal.
Dua keluarga, Loqman dan Amaruddin juga kelihatan berada di sana - si anak bersedia dengan novel Aku Bercerita, si ibu di ruangan buku resepi dan si ayah pula lebih suka menghabiskan masa di meja buku-buku agama.
Rayyan dan rakan-rakannya juga tidak melepaskan peluang untuk bersama pada hari ini. Setelah selesai menjamu selera di bangunan bersebelahan, mereka kini bergerak menuju ke Dewan Tun Husein Onn.
Marhain dan Risham pula menjadi tumpuan ramai kerana mereka seolah-olah seperti pelancong daripada Jepun. Mereka telah memakai pakaian tradisional negara matahari terbit pada hari ini.
Manakala Hilman dan Mikhail pula telah melalui dua minggu yang hampa kerana tidak berjaya mendapat apa-apa maklumat terbaru mengenai Zonan. Mereka sekarang hanya mampu menjadi pelindung kepada Perdana Menteri Malaysia sahaja.
Zonan pula melangkah tenang dan penuh keyakinan memasuki Dewan Tun Husien Onn untuk menjalankan misi yang telah diberikan kepadanya. Dia merapati Presiden RAMFC saudari Noofizah Izura sambil membisikkan sesuatu kepadanya dan secara spontan saudari Noofiza Izura mengangguk.
Majlis pelancaran bermula setelah ketibaan Perdana Menteri Malaysia. Setelah berucap sepatah dua kata, Ramlee Awang Murshid seperti biasa akan menceritakan susah payah beliau dalam menghasilkan Aku Bercerita.
Pada masa yang sama Mikhail dan Hilman berada dalam situasi berjaga-jaga dengan keadaan semasa dan sentiasa dekat Perdana Menteri Malaysia.
Ramlee Awang Murshid secara simboliknya menyerahkan senaskah novel Aku Bercerita kepada Perdana Menteri Malaysia, dan pada ketika inilah lampu di dewan terpadam dan satu bunyi letupan kedengaran.
Orang ramai panik dan menjerit ketakutan.
Lampu di dewan kembali dinyalakan.
Perdana Menteri Malaysia masih bernyawa.
Novel Aku Bercerita ditembusi peluru.
Namun ada tujuh tubuh menyembah bumi - Rayyan, Ryu Watanabe, Loqman, Amarrudin, Rusdi, Mikhail dan Hilman.
Aneh!
Tiada kesan tembakan ditubuh mereka.
Dan Ramlee Awang Murshid didapati hilang, manakala Zonan tersenyum puas. Misi berjaya.

--- ZONAN VILLA.


Bahagian kedua sekejap lagi