SIALANG
2
Alam Minda
Pada ketika ini hanya sejalur cahaya
menemani 7 susuk jasad yang rebah ketika pelancaran karya terbaru penulis novel
thriler no 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid di PWTC. Ya! Mereka adalah Rayyan,
Ryu Watanabe, Luqman, Amarrudin, Rusdi, Mikhail dan Hilman. Apa yang berlaku di
Pesta Buku itu masih menjadi tanda tanya. Ke tujuh-tujuh susuk terbaring tanpa
diketahui hidup matinya.
Tiba-tiba sejalur cahaya itu pula
semakin mengembang menerangi kawasan sekeliling. Kelihatan 3 susuk tubuh
berjalan masuk menghampiri tubuh-tubuh yang rebah. Mereka berjubah labuh serta
berhud.
“Bangkitkan mereka” arah seorang
daripada mereka yang berdiri di tengah.
Lantas
rakan di sebelah kirinya bergerak kearah dindingdan menekan satu suiz yang
telah menghasilkan satu semburan air ke muka ke tujuh-tujuh insan malang tadi.
Perlahan-lahan,
sedikit demi sedikit tubuh-tubuh ini bergerak. Alhamdulilah. Mereka masih
hidup. Mereka masih lagi didalam keadaan keliru. Namun Hilman dan Mikhail cepat
menyusuaikan diri lantas terus berdiri bersiap siaga menghadapi segala
kemungkinan diikuti oleh mereka yang lain. Mereka cuba bergerak ke depan namun
kaki mereka seakan melekat di bumi.
“Usah bazirkan tenaga kamu, disini
kamu semua berada bawah kawalan aku” arah si tengah. Jelas dia merupakan ketua
disini.
“Siapa kau?” Tanya Mikhail
“Apa kamu semua tidak mengenali kami
semua?” sambil mereka bertiga terus membuka jubah dan memperlihat wajah sebenar
mereka.
Riak wajah ketujuh mereka
menunjukkan wajah yang amat terkejut.
“Kenapa Ramlee Awang Murshid berada
disini?” Tanya Rusdi dan Amaruddin serentak.
“Siapa pula mereka berdua?” Tanya
Rio Watanabe merujuk kepada orang berdamping bersebelahan Ramlee. Seorang segak
berbaju melayu, lengkap bertanjak dan sebilah keris erat ditangan manakala
seorang lagi kelihatan begitu misteri berpakaian kemas serba hitam.
“Di sebelah kanan ku adalah
Laksamana Sunan dan di sebelah kiri ku adalah Zonan” jawab Ramlee Awang
Murshid.
Suasana menjadi riuh seketika.
“Apa ertinya ini?” Tanya Rayyan pula
“Bertenang sekalian, jelas kamu
masih tidak mengingati apa-apa” jerit Ramlee
“Zonan! Sedarkan mereka”.. Zonan
hanya mengangguk tersenyum..
“Sahabat ku sekalian, Fatwa
Punjangga...” Teriak Zonan
Mendengar
teriakan itu ketujuh-tujuh mereka terus bertelekuk lutut sambil memegang kepala
masing-masing kerana kesakitan. Namun sejurus selepas itu, seorang demi seorang
bangkit memandang kepada mereka bertiga.
“Tuan Ramlee, Sunan dan Zonan apa
khabar? Ucap Hilman sambil bergerak kepada Ramlee untuk bersalaman dan
berdakapan melepas rindu. Perbuatan ini ikuti oleh rakan-rakannyer yang lain.
“ Alhamdulilah, kamu masih
mengingati aku” Kata Ramlee
“ Kenapa tuan memanggil kami ke
sini?” Tanya Amaruddin
“ Sahabat ku sekalian.. setelah
sekian lama kita tidak berjumpa aku merasa amat rindu kepada kalian. Aku tahu
kalian kerap mendampingiku ketika aku sedang menulis dan aku juga dapat
merasakan kerinduan kalian kepada ku”
Laksamana Sunan dan Zonan adalah
pendamping aku yang paling rapat sekarang. Aku bukan sahaja dapat merasai
mereka, malah aku dapat bercakap dan berbincang bersama mereka.
“Ya benar, kami berdamping dengan tuan
kerana kami rindukan tuan. Kami selalu sahaja menantikan panggilan tuan untuk
kembali berkerjasama, namun tuan jelas melebihkan kasih tuan kepada Laksamana
Sunan berbanding kami. Tetapi janganlah tuan risau tentang kesetiaan kami
kepada tuan. Kami sentiasa setia kepada tuan.” Ujur Ryu Watanabe panjang lebar.
“Maafkan aku wahai sahabat sekalian,
bukan niatku mengabaikan kalian atau melebihkan kasih ku kepada Sunan, ini
semua berlaku disebabkan keadaan yang tidak mampu ku kawal. Namun izinkan aku
untuk memperbetulkan keadaan ini”
Selain ingin melepas rindu ku kepada
kamu semua, aku juga memerlukan sebahagian khidmat mu untuk naskah ku yang
seterusnya.
“Sebutkan sahaja apa tugasnya, kami
sudah bersedia untuk tuan” tegas Hilman
“ Terima kasih Hilman, namun untuk kali
ini kamu tidak akan terlibat. Kamu, Rusdi, Rayyan dan Luqman tidak akan berada
untuk naskah kali ini. Hilman dan Rusdi aku tidak pernah melupakan kamu berdua.
Kamu berdua adalah watak terawal ketika aku baru mahu menulis. Rayyan dan
Luqman kamu berdua nantikan panggilan daripada ku nanti.”
“Ayuh kemari berdakapan dengan ku,
selepas ini Zonan akan menghantar kamu pulang ke alam mu” tambah Ramlee
Usai berdakapan, dengan ungkapan Fatwaa
Pujangga, ke empat-empat tubuh itu lesap daripada alam minda.
“Ryu Watanabe, Mikhail dan Ejim, sudikah
kamu kembali beraksi” Tanya Ramlee
“Apa hanya kami bertiga sahaja?” Tanya
Ejim pula
“Kamu semua akan disertai oleh Laksamana
Sunan dan......” jawapan Ramlee terhenti...
“Siapa lagi tuan?” Tanya Ryu Watanabe
pula
“Seorang yang agak sukar untuk dikawal,
Carlos” sambil mengeluh...
“Tapi aku yakin Zonan boleh mengatasi
masalah ini” tambah Ramlee lagi
“Tuan bagaimana tuan menpunyai idea
sebegini?” Tanya Mihkail pula
Ramlee
Awang Murshid tersenyum..
***********************************************************************
6
bulan sebelum itu di Bangi. 2.00 pagi
“Aku sekarang agak buntu untuk
menulis untuk buku akan datang” Ujur Ramlee kepada tetamunya.
“Keadaan ketika menulis pun rasa
lain macam la.. macam ada yang memerhati.”
“Bagaimana kalau kau gabungkan
kembali watak sebelum ini dalam satu buku?” cadang Web Sutera, tetamu Ramlee.
“Umm... Menarik juga idea tu...
Nanti aku pertimbangkan...”
“ Dan kau tuliskan juga kisah Sunan
ketika muda.. kenapa dia boleh sampai ke Acheh” tambah Web Sutera lagi
Ramlee
Awang Murshid mengorak senyuman yang paling manis pagi itu.
***************************************************************************
Kembali
ke Alam Minda
“Jika kamu sudah bersedia, Ryu,
Mikhail dan Ejim, kamu akan Sunan bawa ketempat bermulanya Magis”
“Sunan jaga mereka, cari Carlos
nanti, Ejim pulang dengan selamat, aku perlukan kamu nanti di alam realiti”
Ejim
mengerut dahi tidak faham. Sunan telah mengucapakan ucapan keramat Fatwaa
Fujangga. Lantas mereka ghaib menuju magis.
“Zonan, cari Carlos hantar dia ke alam
Magis secepat mungkin” Arah Ramlee.
“Baik tuan” Zonan terus menghilang.
***************************************************************************
6
bulan selepas itu di Shah Alam. Pelancaran Magis
“Ini merupakan karya yang saya
tujukan kepada semua pembaca yang telah menyokong saya daripada dahulu sehingga
sekarang”
“Kembalinya watak-watak lama di
dalam Magis juga member peringatan secara tidak langsung kepada diri saya
supaya sentiasa ingat zaman kesusahan saya dahulu”
“Seterusnya, selain saya akan terus
berkarya, saya juga akan membawa Tombiro ke layar perak, Insya Allah. Kepada
semua pembaca karya saya, nantikan kemunculan Tombiro nanti.”
Terima
Kasih
Tamat.
Zonan Villa
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
ReplyDeleteJika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
salam jauh sahabat
ReplyDeletesuda berhenti kah alun tarian
atau waktu kian terhambat
mungkin suda tiba akhiran
Ridja
Waalaikumsalam Sahabat Jauh
DeleteAlhamdulilah Bertemu kembali..
Masa kian terhambat bapak Ridja
Namun akan kembali di mula sedikit masa lagi..
Untuk pengetahuan bapak, karya cerpen saya sudah terhasil dibukukan..
bersama 50 org penulis yang lain.
Mohon kita terus berhubung.. Saya ada mengirimkan email kepada bapak 2 bulan yang lepas..
suda bertapuk dihujung meja
Deleteemail yang ada suda tiada
tidak berhuni mahupon bersuara
pena kini suda bersara
arena persuratan kian hilang bicara
maaf saudara yang jauh
Ridja
mohon kepada bapak agar kita boleh berhubung..
Deletezonanvilla@yahoo.com
banyak tunjuk ajar drpd bapak yg ingin saya pelajari..
Syukur kepada Allah ditemukan kembali disini...
innShaAllah
DeleteRidja
Alun tarian kian berbaka
ReplyDeleteLantai mula berdekah sumbing
Lenakah tuan di pupuk alpa....
Salah kah kata umbang ambing?
Ridja