Thursday, June 25, 2009

Santai Sebentar 25 June 09


Assalamulaikum


Entry kali
ni khas untuk Fyena (Papa Ibad x kenal but she famous among otai RAMFC, dengar khabar dia akan belajar di Johor.. So consider ni tips utk dia la) for others.. hope enjoy it...



10 Things You Should Know About A True Blue Johorean



1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-

Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?

Dan macam-macam ekk lagi.

Saya teringat semasa saya sekolah dulu, saya dan member sebelah saya boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it will mean Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai- chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Saya kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Saya kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).

Saya teringat Kakak tegur saya bila saya cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Saya tergelak. Saya cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan l ain -l ain .

4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, saya belum pernah jumpa orang Johor ya ng serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu, but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang saya jumpa dan kenallah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.
5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :

Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.
Nain... ko ade manyak endut ekk?

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Candy, Bebotok....

Dah lama saya tak tengok atau makan gula tarik, sagun or candy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? Saya tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN.

Nama dia bebotok mengikut cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak setiap hari. Bila cucu tu bawak makanan l ain , Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .

Kedudukan Johor dekat dengan Singapura sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula ka win dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkah win an. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

Dulu orang suka menonton TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkin ilah. Iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.

(But itu dulu, sekarang rasanya semua rancangan sudah semasa.)

Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore !

Apa lagi EKK?

Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah macam-macam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan k ain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

Sumber : Org Johor

Dozo Yuroshiku..

3 comments:

  1. NAK TIDO ATAS LECA ~~ PAPA IBAD TOLONG BUATKAN SATU TUK BETA ... NAK BERADU ATAS LECA. STELLA & ZULKARNAIN MMG SKE TIDO ATAS LECA NI .... HUAAAAAAA

    ReplyDelete
  2. entri ini mengembalikan nostalgiaku semasa di johor dahulu. di sanalah aku bertemu dengan suami tersayang dan pastinya kenangan bersama-sama rakan sekuliah tidak akan terpadam daripada kotak hitam fikiranku.

    ~~ingat nak ke johor hujung tahun ni~~~ :-)

    ReplyDelete
  3. Nain, Leca tu dah lama ready dah...

    Kak Linda, dtg nanti bg tau la..

    ReplyDelete