Thursday, June 25, 2009

Senyum Pagi 25 June 09


PAPA SEX TU APE!!!!!


Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada Papanya,

'Papa....Papa....sex tu apa, Papa..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidi
kan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan
jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan
pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. (Tak pasti la pulak si bapa ade bercerita tentang tutup tingkap ataupun pasal si ayah & si ibu membunuh syaitan)


Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan Papa tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Papa ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..





NAME : ............ ........... ........... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............. ......... ......... ....

SEX :........... .......... .......... ......


P/S: Mintak2 la Ibad x tanya soalan ni nanti


Dozo Yuroshiku

3 comments:

  1. hahahahaha... sejak semalam kak tergelak dgn entri ko nih farid. bagus bagus bagus, muka kena senyum sokmo supaya awet muda dan tdk stress

    sabo je lah!

    ReplyDelete
  2. (Tak pasti la pulak si bapa ade bercerita tentang tutup tingkap ataupun pasal si ayah & si ibu membunuh syaitan)<------esepelin ni..
    aku blur seyes xphm...

    ReplyDelete
  3. adoiiiiiiii...seyes gelak nak pecah mulut rq baca nih...muahhahahahhaah..

    sex???

    si bapa pun blur mcm rq kew????
    muahahaahahahahhah

    ReplyDelete