Sunday, October 4, 2009

Bila Jari Menari 4 October 09


Assalamualaikum

Sejak seawal 5 tahun lagi saya telah didedahkan dengan Marhaban. Pada masa itu (80an) keadaan budaya Marhaban seolah-olah telah menjadi aktiviti 'wajib' selepas Ramadhan. Mungkin juga teknologi pada masa dulu tidak secanggih sekarang yang boleh membuat kanak-kanak seusia saya sentiasa menantikan waktu malam berbanding dengan keadaan sekarang yang mana mereka lebih gemar masa dihabiskan dihadapan television. Selain itu juadah yang menarik yang disajikan oleh tuan rumah juga menjadi salah satu sebab ia menjadi tarikan kepada kami.

Pada masa itu saya hanyalah mengikuti arwah abah saya dan bersama rakan sebaya tanpa segan silu menyumbang suara disetiap rumah ke rumah. Percayalah uhkuwah yang terjalin masih bermain peta minda saya. Semangat Marhaban semakin menebal bila memasuki alam persekolahan. Pelbagai nada irama saya pelajari sehingga ia menjadi sebati dalam diri saya.

Tetapi aktiviti menjadi terhenti apabila saya melanjutkan pelajaran dan kemudian berkerja. Saya tidak pasti dimana silapnya, samaada tiada 'tekong' atau 'kepala' untuk memulakan atau jiran-jiran saya dihambat kesibukan duniawi atau terlalu asyik dengan kecanggihan teknologi yang penuh dengan hiburan.

Pada 2005 setelah berkahwin, saya menetap di Pasir Gudang. Masih terbayang diminda bagaimana kami yang baru menempuh alam baru, mahu mencontohi ibu bapa kami dalam membina kehidupan bersama jiran-jiran yang tidak kami kenali sama sekali. 2 hari sebelum Ramadhan kami mendiami istana kecil itu sehingga sekarang. Perasaan ingin kenal-mengenali menjadi membuak-buak dalam diri namum sayangnya perasaan malu sungguh menebal dalam diri. Cuma senyuman yang ditinggalkan setiap kali tersua muka.

Alhamduliah sesungguhnya Allah maha mengetahui, ketukan pintu pada satu malam dibulan Syawal mengubah segalanya. Jiran 1 lorong rupanya. Mereka merancang untuk Marhaban dan merancang untuk memasak juadah secara bergotong royong. Tanpa banyak berfikir saya bersetuju. Malam sebelum Marhaban kami bersama 'merewang' dirumah jiran kami itu dan disinilah bermulanya ikatan uhkuwah sesama jiran terbentuk.

4 tahun sudah berlalu, kini Marhaban kembali lagi. Namun keadaan yang berlaku tidak sama lagi. Ikatan uhkuwah masih ada, namum saya dapat juga saya menghidu 'keretakan yang menanti belah'. Perbincangan tentang kutipan wang, menu hidangan hingga ke lokasi jamuan menjadi debat kami. Saya menjadi orang tengah untuk menghentikan hujah-hujah yang tidak mungkin ada penghujungnya. Keputusannya tiada lagi gotong royong untuk memasak kerana kesibukan kerja, walaupun hati saya kuat mengharapkan kami bole bergotong royong lagi, tetapi apakan daya suara senior lebih kuat berdengung daripada niat saya. Semua menu akan 'ditander'kan. Menunya, nasi impit, sambal kacang, serunding ayam goreng akan dimasakan oleh kenalan saya. Mee Hoon Soto dan kuih muih akan dimasak oleh salah seorang jiran saya.

Pepatah 'Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari' benar-benar terjadi kepada diri saya pada sabtu yang lepas. Bermula dengan sahutan diluar rumah pada jam 9.00 pagi, panggilan jiran yang bersetuju untuk memasak mee hoon soto. Salah faham berlaku. Kami mengharapkan segala juadah akan siap sedia pada malam nanti namun pada fikiran jiran saya itu pula, mee hoon sup itu akan dimasak secara bergotong royong. Rumah 'kepala' marhaban pula sedang bersiap untuk rumah terbuka, manakala saya tidak tergamak pula sewenang-wenangnya pula menunjuk rumah jiran lain untuk digunakan untuk 'merewang'.

"Kacau ni" detik hati saya. Saya perlu keluar membeli barangan rumah, menjumput emak saya ke rumah saya dan menghadiri 1 jemputan yang sepatutnya saya hadir pada waktu petang.

"Beginilah bang, masak dirumah saya jelah, tapi selepas jam 10 lah. Saya nak keluar dulu." Maka jiran saya itu pun beredar menantikan panggilan saya nanti.

Maka saya pun terpaksa mengejutkan isteri & anak saya yang sudah terlena selepas subuh tadi tentang rancangan terbaru ini. Kami pun bersiap untuk membeli barang keperluan rumah dan hanya kembali ke rumah pada jam 11.30. Ketika membeli belah, saya sempat menghubungi jran-jiran lain yang kelapangan untuk membantu dirumah saya dan saya juga meminta adik saya untuk menghantar emak saya ke rumah saya.

Dengan mengambil iktibar cuaca 2 hari yang lepas, saya terus menaikan khemah dihalaman rumah dan acara masakan dimulakan. Kami kaum bapa sibuk mereneh ayam selama 5 jam manakala kaum ibu pula sibuk dengan bahagian sampingan mee hoon soto serta makanan ringgan untuk kanak-kanak.

Meriah juga la suasana dirumah saya pada masa itu. Kemeriahan itu kemudian disertai oleh hujan lebat. Maka berkampunglah kami dalam kesejukan. Penantian 5 jam berakhir, sekarang masa untuk menghalusi isi-isi ayam pula. Sementara itu, katering untuk lontong sudah siap sedia untuk diambil. Saya pula asyik berfikir bagaimana saya mahu membuat aturan meletakan makanan dalam keadaan hujan.

Setelah puas berfikir, maka dapat jua segala juadah diaturkan dengan baik. Pada masa ini, jiran-jiran saya yang lain sudah mula menunjukkan muka bersama idea-idea bernas tentang tempat yang terbaik untuk juadah marhaban pada malam ini. Ada yang minta dibawa kerumah ini, ada yang kata dirumah si polan. Rasa baran laju sahaja muncul dalam diri saya yang sedang kepenatan bercampur aduk dengan pening dikepala lantas saya telah bersuara dengan nada yang agak tinggi kepada jiran-jiran senior saya itu tentang tujuan kami semua pada hari itu.

"Buat yang mana senang la bang, kan senang kalau khemah tu kat depan ini je.. Orang nak angkat makanan pun senang, yang penting tetamu kita dapat makan, niat marhaban sampai"

Akhirnya tempat juadah pun ditetapkan dihadapan rumah saya sahaja untuk memudahkan segala akitiviti meletak juadah dan marhaban dapat dijalankan dengan jayanya. Jiran-jiran berlainan agama juga datang memeriahkan lagi majlis marhaban kami.

Alhamdulilah kerana ramai yang bergotong royong datang ke istana kecil saya, Alahamdulilah istana kecil saya digunakan (walaupun secara tiba-tiba) dan Alhamdulilah kerana budaya gotong royong masih boleh dijayakan walaupun zaman semakin berubah.

Saya yakin selepas ini akan ada suara-suara sumbang tentang apa yang berlaku semalam. Namun begitu saya masih berpegang kepada prinsip, 'kita tidak boleh memenuhi kemahuan semua orang'. Majlis pada malam itu menunjukan uhkhuwah masih terjalin antara jiran saya, kami berjaya meletakkan ego kami ditempat lain untuk majlis itu.

Harapan saya? Harapan saya supaya mereka tidak mengambil balik ego yang telah mereka letakkan sementara itu semula dan saya masih mengharapan kami dapat bergandingan lagi untuk Marhaban di tahun dapan. Insya Allah.

Sehingga Jari Manari Lagi....

5 comments:

  1. whoaaaa ~

    wat happen?

    complicated jugerk stry nyer ...


    Syukur semua berjalan baix ~


    Camner leh ada salah paham ni? "beliau" tak tulis ker per yg dia kene buat? huhuhuhu .. e'eh gadoo nak carik tempat marhaban lagi? huhuhu


    xper2 dah stle!


    p/s: papa ibad sangat penyabar ~ pengalaman mendewasakan & mematangkan kita?? yaa ...

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum Nain

    Camna nak tulis? Klu meeting depan rumah, datang lak seorang2... Klu papa tak mintak kertas & pen dgn tuan rumah masa meeting semua main ingat je..

    Meeting yang pertama setiap kali ade jiran yg dtg papa akan mention pasal cadangan, setiap kali bg cadangan mesti ada penambahan..

    'Beliau' boleh dikatakan jiran senior tetapi kurang bergaul dengan jiran lain, tetapi utk kali ini dia sanggup bersama & dia juga hebat dalam membuat soto maka kami menjemput 'beliau' untuk memasak soto dengan modal 'RMXXX'. Kami sangka tinggal mkn sahaja... 'Beliau' sangka masak beramai-ramai...

    X pe la.. pengalaman mmg mendewasa & mematangkan diri kita... Jika ada yang menghadapi situasi sebegini... bersabar la...

    ReplyDelete
  3. moral of the story : kekadang.. xde istilah berat sama di pikul.. ringan sama di jinjing.. memula ckp berapi.. idea mencurah.. tiba timenya.. hampeh.. buat sendiri kekadang lebih selesa.. camtu gak la pattern shin masa join marhaban... dama lebih 40 bijik umah ( amik masa 3 ari ).. hanya umah shin sorang jer umah bujang.. yg lain semua dah bapak bapak... malu jugak memula.. tp shin sgt suka marhaban marhaban ni.. bukan selalu kan!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Shin

    Salam Kenal.. err..err org 'Merah Biru' ke?

    Terima Kasih kerana singgah... Begini la klu ideologi tidak sama.. kepentingan pribadi menjadi keutamaan.. Namun marhaban mmg best... nak..nak klu umah tu ade anak dara.. hihihihihi (sambil menjeling kat frodo....)

    ReplyDelete
  5. "biarlah misteri itu menjadi lebih rumit" <--Ryu Amakusa, DDS #1..

    datomarsani jawab: Ada 3 tips! dan penyelesaiannya hanya 1! <--hehehe, ayat Q!

    ReplyDelete