Friday, September 18, 2009

Bila Jari Menari 18 September 09


Assalamualaikum

Januari 09 ~ Kedatangan tahun baru tidak memberi banyak impak kepada diri saya. Tiada sambutan yang berlebihan. Namun bulan ini saya akan bercuti panjang kerana cuti Tahun Baru Cina. Mama Ibad ketika itu sedang sarat mengandungkan Ibad yang dijangka melihat segala pancaroba alam maya ini pada hujung bulan Febuari. Kami ke Shah Alam untuk bercuti. Ketika disana, kami mendapat panggilan tentang kematian saudara di Pulau Pinang dan saya mengambil keputusan untuk pergi melawat. Kami bermalam disana dan pada pagi keesokan bermulalah satu sejarah dalam hidup saya. Air ketuban mama Ibad pecah, tiada rasa sakit terungkap tetapi mama ditahan wad dan Ibad akan dilahirkan di pulau mutiara. Mama Ibad kena menanti selama 3 hari di wad Hospital Seberang Jaya. Kesian melihat mama Ibad, saya telah membelikan buku 'puzzle' & novel 'Hijab Sang Pecinta'. Mama tidak boleh menerima novel itu. Terlalu berat katanya. Saya pula sebagai penggantinya. 30 Januari, tarikh yang tidak akan saya lupakan. Selama saya menanti mama Ibad melahirkan Ibad daripada jam 8.00pagi hingga 12.00 tengahari, selama itulah saya menyelami Hijab Sang Pecinta. Hati tertanya-tanya, bagaimana cerita pada novel terdahulu, Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu. Saya nekad akan mencari 2 novel itu.

Febuari 09 ~ Mama Ibad berpantang di Shah Alam dan saya pula kembali ke Pasir Gudang untuk berkerja. Bersama saya, novel Bagaikan Puteri tetapi Cinta Sang Ratu sudah habis dipasaran. Disamping itu saya juga mendapat informasi tentang novel-novel karya Ramlee Awang Murshid. Saya semakin tertarik.

Mac 09 ~ Saya mula membaca karya-karya Ramlee Awang Murshid yang lain. Inilah novel yang saya cari selama ini. Bukan niat untuk me
nindakkan novel yang lain, sesungguhnya saya letih dengan karya 'linangan air mata' yang banyak berada dipasaran.

April 09 ~ Mama & Ibad kembali ke Pasir Gundang dan bermulalah tugas sepenuhnya saya sebagai seorang ayah@abah@papa. Gembira dihati hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya masih meneruskan marahton novel Ramlee Awang Murshid.

Mei 09 ~ Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4. Hadiahnya tentulah Ibad Farhan. Dibulan ini jugalah saya mencari orang-orang lain yang mempunyai pendapat yang sama dalam membaca novel ini. Saya menjumpai laman web RAMFC dan saya terus menjadi ahli. Disini saya menambahkan lagi kenalan saya. Nama-nama seperti Elle, Kak Illa, Sue, Nain, Osh, Fiza, Kak Linda, Akim san, Ain, Abg Web dan Nizah (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan 'otai' dan pengunjung setia RAMFC ini.

June 09
~ Blog saya terhasil dan saya sudah mempunyai kesemua koleksi Ramlee Awang Murshid daripda Alaf 21. Kenapa saya menghasilkan blog? Saya tidak suka menulis. Agak lama saya memikirkan mengapa saya perlu ada blog? Saya tidak mahu mempunyai blog semata-mata mahu meniru rakan-rakan di RAMFC yang sudah mempunyai blog. Saya perlu memastikan blog itu berguna. Setelah puas memikirkan, maka lahirlah 'From Zonan A
ngle' yang membawa maksud, "segala apa yang jari saya tarikan adalah daripada sudut pandangan saya sendiri". Saya semakin gembira dan seronok bersama RAMFC, banyak idea dan pandangan yang bernas saya dapat bila bersama mereka.

Julai 09 ~ Berlaku pekara yang saya tidak gemari. Perhubungan saya dengan salah seorang ahli RAMFC menjadi retak 'dek' kerana berselisih pendapat. Saya tidak dapat membendung rasa tidak puas hati. Saya mengwar-warkan secara terang-terangan. Jari saya ringan sahaja menari tarian yang sumbang, namun begitu tiada kekesalan yang terlahir kerana saya yakin saya dipihak yang benar, namun keretakan sudah berlaku dan kelihatan retak hanya menanti belah.

Ogos 09 ~ Sejarah tercipta lagi. Daripada gelak ketawa dilaman web, kami di RAMFC bersua rupa. Kami bertemu buat pertama kalinya dan bermain Futsal. Gamat gempita apabila k
ami bertemu. Hubungan sesama kami semakin erat umpama 'aur dengan tebing'. Tiada kejanggalan antara kami. Kami adalah seperti kami dilaman web. Dipenghujung bulan Ogos pula Ramadan Al- Mubarak mengamit kami.

September 09 ~ Tamatlah sudah Ramadhan tibalah Syawal. Sengaja saya tari kan sketsa 3/4 perjalanan kehidupan saya di 2009. Saya cuba jejaki apa yang telah saya lakukan selama tahun ni.Kenapa? Kerana saya cuba mengisafi diri saya dengan apa yang telah saya lakukan kepada sesama saudara, sesama rakan & sesama manusia. Saya yakin kesilapan sama ada sedar atau tidak, pasti berlaku. Kepada rakan-rakan yang membaca entri kali ini, kepada rakan di RAMFC, saya sekeluarga Papa, Mama & Ibad Farhan menyusun 10 jari serta dengan rasa rendah diri memohon keampunan untuk segala salah silap, baik dari tutur kata, perbuatan dan tulisan. Dihalalkan jika ada termakan dan terminum. Semoga hubungan ini akan berterusan dan bertambah akrab hendaknya. Selamat Hari Raya AidilFitri.

Ucapan ini pula khas untuk RQ : Papa tidak kisah sama ada RQ kisah atau tidak..tetapi pada bulan yang mulia ini, papa rasa inilah masa yang terbaik untuk kita pulihkan 'keretakan' yang berlaku diantara kita, marilah kita jadikan apa yang berlaku itu sebagai sempadan dan menciptakan tauladan dengan menyambung kembali hubungan. Papa dengan rasa penuh keikhlasan (sambil menjeling kat Frodo yang sedang merawat luka dicakar) memohon kemaafan diatas segala yang berlaku dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~ MAAF ZAHIR & BATIN ~ ~ DARIPADA ~



PAPA IBAD, MAMA IBAD & IBAD FARHAN

20 comments:

  1. salam farid
    meh la kiter jernihkan apa yg telah terjd akibat slh fhm tu kan...
    berbaik2 la dikesempatan yg ada ni kan

    mohon maaf andai ada slh silap sepanjang perkenalan kiter di ramfc.

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. Muhahahhahahhah ~~

    ((Oiittt, mende jeling2 ~ tgh merana ni!!! ... seb baixx x apa2 ... huakakkakakakaka ... mabokk!))


    Uhukssss ~ pssstttt, papa (Sambil bisik2 n toleh kiri kanan), RQ baca kew blog kiter nih? huahuahua .. kita kan dah kene blacklist.


    mmmm, per nak buat papa .. bukan salah itek mengandongg, sah sah pahala kita seringan kapas mmg kdg2 bingai jugerrkk ... huahuahauhua ((sambil kenyit mata kat papa ibad))


    mmmm ... dengan suara berbisik ((ala2 dlm kelambu uoollls~kahkahkah)) ingin ku lafazkan kata kepadamu RQ ((muleh panggil yayang x nih? oo x leh? x perr .. ADER AKU PEDULIK?? XOXOXO))


    "RQ, saya minta maaf" ... HuG with ehem ...


    P/S: tumpang mintak mahap kat sinin buleh kew papa ooit? kew gua kene wat entry senirik? xoxoxoxoxo ~

    ReplyDelete
  3. frodo! =)

    SELAMAT HARI RAYA N MAAF ZAHIR BATIN JUGAK ye papa ibad!

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri buat papa sekeluarga..

    sempena bulan yg mulia nie kita ambil kesempatan bermaaf-maafan jek lah yer papa.buang yang keruh ambil yg jernih. mulakan buku yang baru lah yer.

    semoga papa sekeluarga sentiasa dilindungi olehNYA dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta...

    selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Semua

    Kak Illa ~ Itulah yang sebaiknya, saya fikir inilah masa yang terbaik dan sesuai. Kita tunggu jelah...

    Frodo ~ (Oitt ape kenyit2, see my lips, " I tulen Bang"). Inilah cara nak 'whitelist' kan kita balik (err..err.. white ke kite ni). Marilah kita melihat keberatan pempers Ibad..

    Tak pe la Nain, kat mane pun sama.. yg penting Ikhlas...Insya Allah semua akan jernih..

    Dato ~ Selamat gi Pasar & angkat barang2...
    Selamat Hari Raya jugak

    Razif ~ Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
  6. salam..
    dah baca dah komen papa n nain atas ni

    papa>>

    slmt hari raya okie n maaf zahir batin juga..

    seyesly, rq tak kesah dah pasal kesah lama tu..
    ade haku pedulik ???(bak kata nani kat blog razif)

    huahuahuahua...

    dah lama rq lupa korang pun n tetibe entry yg "duda" ttbe dtg melawat tu buat rq tergelak guling2..

    at least, nani buat rq 'tersenyum' semula...muahahhahhahhahaha

    erk??jgn slh anggap okie papa..
    muhkakkakakakkaka

    slmt hari raya
    maaf zahir batin

    p/s : rq tak suke benci org lama2, takut kang terjatuh cinta pulak

    (muuuuuaaaahhhhhahaahhahaahahhahahahaahahahah..)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum RQ

    Tq kerna singgah.. consider 0-0 la ye (bak kata org skrg bila mintak maaf time raya)

    'Nani'~ Rq dah reply, responed very good.. consider mission berjaya & case closed... Alhamdulilah... Credit utk lu bro.. lu berjaya wat dia 'tersenyum' means dia kesah la lu komen...

    Larikkkkkk... RQ jgn marah!!!!!

    ReplyDelete
  8. Assalmualikum Sue

    Semoga Sue sekeluarga pun begitu juga.. Jemputla datang ke rumah nanti..

    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  9. papa ~ hahahahahahaha "tersentap yg best woo" muhahahahhahah ... wink wink wink


    CHOPPPP ~ KAT BAWAH NI PAPA JANGAN BACA OKEH !!!


    Uhuksss ((dehemm bg baik kerongkonk sat))


    RQ ~ hikhikhikhik
    kita wat RQ tersenyummm kew?
    Senyum lerr lagik ... kita ske RQ senyum ...
    owh ingat pesan kita dulu ...
    Kalau amik pic, jgn lupa senyum and nampakk gigi
    xder lah cam kene paksa kawen .. hhohohoho
    mmmmm, x ske mencik org lama2 kew?
    naper? tatoot "jatuuh chenta"
    hikhihik ~ jomm saling benci me,benci balik
    bley?? huakakakakakaka


    Hug .. with "ehemmm"

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. uiksss???

    muhahhahahhahahah nani..gile kentang ko??ingat lagik kew psl snyum tu??kuikuikui~~ke ko yg 'jatoh chenta' ngn rq neh???


    muhahhhahahhahah..jap rq try refresh memory..

    "Aku bosan, aku benci, aku muak & sampai satu tahap aku nak kata kat kau how much i hate you and i really think this time you win!!! Sebagaimana aku x kisah and ambil pot pun ttg rasa yg org lain alami, kali ni aku tiba-tiba rasa bosan and benar2 terkesan dalam hati aku, things haven't been easy for me..."


    mukan ko yg benci rq terlebey kew ayat ats ni??huahuahua..bape byk entry ar ko refer indirectly pd rq, lps tu rq mls dah nk amik port pastu trus tk dtg dah...

    ahahahahhaha..
    sbb tu dlm entry rq tu rq cakap "ade aku kisah ko benci aku?wakkakakakkaka...

    tk sgka kanda 'tersentap' n gi pancutkan komen lpas teraba keyboard...muhkakkakakkakkaka

    kanda nk trus benci dinda pon tkpe..dinda tak kesah..dinda no hal~~kuikuikui~~~

    chenta tu bgaimana rasanya ek???muahhahahhahhhhahhhahhahaha

    ok le..slmt braya ye semua..gurau2 hrp dimaafi;)
    peace;D

    ReplyDelete
  12. xpeerr ~ memory i kuat. every sigle word yang pnh saya discuss kat karpet, ym, blog or mana2 perbualan pown saya akan ingat. no hall ... I never forget a face inikan pulak a word. i have too .. ((dah dilatih tuk itu)) ~ bukan salah itek mengandong ... tempat main lagikan kita kenang, tempat jatuh and hurt pown mmg tgl dlm otak. ;)


    Owhh .. you nak i remind balik kew "untuk kamu" .. no uh, x perlu wat bygone be bygone. dats it. hehehehe, teraba keyboard sbb u mentioned my name .. w/pun just 'nani', so bila lagi nak mulakan langkah berbaik2 kan? g pown razif warwarkan u ader keta baru kat kapet. really? so kitaorg terjah lerr nak tgk ler stry keta tuh.((kitaorg sal kete ni mmg hantu sket))


    uhuks ((batuk laks))


    selamat raya rq.


    i tak pnh pedulik aper2 pown. cuma i tau maksud "rasa bersalah" ...


    salam


    Hug

    ReplyDelete
  13. hug u too:)

    nnt balik kmpong, rq refer kitab tajul muluk smula n cari balik sal bulan mac tuh...
    muhahhahahhahahha

    dah bg tau ejul tadik n die gelak...muhahhahahhaha

    slmt hari raya, maaf zahir batin;)

    ReplyDelete
  14. mmmmm .... slmat hari raya

    u sempat baca kerr "entry" shah rukh yg haku delete tuh. kalau sempat, mintak mahap lerr, aku memain jerr. Mmmm

    ReplyDelete
  15. Ucapan raya khas untuk kekasih ku ibad, i will waiting for you even it will take a million years for us to be together....hahahahahaha...

    ReplyDelete
  16. rq trnmpk tajok entry ko tu kat blog ain keluangman, sbb rq mcm perasan ayat tu rq buat dulu2..so rq g singgah jap le..

    tak marah pown, spnjg entry tu rq senyum jer..
    teringat trus rq kisah ptg tu dek hanya krana kisah misai papa dimulakan..kahkahkah..

    jgn risau, rq bkn jnis ske bci org lama2 as i told u earlier..

    rq "sayang" semua kwn2 rq okie

    sekian.

    once again, paapa n nani..
    Sedangkan nabi ampunkan umat, inikan kita pula hanya manusia biasa

    yg baik dtg dr Allah, yg lemah n buruk tu segalanya dr kelemahan rq sndiri.

    ampun zahir batin;)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum

    Elle ~ Mama & Papa Ibad pengsan.... Ibad lak terus memberatkan pempers nyer...

    RQ & Nain ~ Papa rasa cam masuk kelas sejarah lak... pandai2 la korang pilih yg manr nak dijadikan sempadan & yang mane nak jd kan tauladan...

    ps: Nain pastikan kecederaan pulih sepenuh nyer

    ~ SELAMAT HARI RAYA ~

    ReplyDelete
  18. selamt hari raya To~~~~papa ibad,mama ibad..and yang penting my lovely ibad... jangan lupe kat umi yee.... umi ade anak canteq punye..name die siti yasmeen humairah... kak elle jgn potong line k!!! (~~~ Ade ati ni nak jodohkan ibad ngan yasmeen )) heeheheh


    nizah

    ReplyDelete
  19. salam zonan.. waduh2, hope not so late wish selamat ari raya aidilfitri maaf zahir batin. xpe, puasa sebulan, raya pun mau sebulan jugak la. gi x open house rumah abg ram 3/10 nanti? den xgi kot, koje siang that time. rupanya kelahiran ibad kt penang menemukan papa dgn novel ram.. baru den tau.. lalalala..

    ReplyDelete