Saturday, May 22, 2010

Bila Jari Manari 10 April 2010


Assalamualaikum


Untuk pertama kali jari saya menari untuk tahun 2010. Lama sungguh meninggalkan rumah saya ini. Tidak kemana pun, rasa malas menyelubuhi diri saya. Apa nak jadi dengan diri saya? Teruk juga saya 'disembur' oleh Abg Web ketika kami bertemu pada pesta buku tempoh hari. Entahlah. Biarkan kisah saya disitu sahaja, kini saya kembali (Insya Allah).


Apa yang nak diceritakan ye? Rakan-rakan di RAMFC sudah pun membuat laporan tentang akitiviti RAMFC di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), perlu ke lagi saya menulisnya? Elok juga saya ceritakan serba sedikit ataupun cerita versi saya pula.


4 Minggu Sebelum Pelancaran Novel
Saya menghubungi Kak Saadiah daripada Alaf 21 berkenan kedudukan RAMFC dan acara untuk Abg Ramlee pada pesta buku nanti pada masa itu tiada kepastian tentang kedudukan RAMFC dan acara untuk Abg Ramlee.Cuma infomasi daripada laman web RAMFC menyatakan novel baru Abg Ramlee, Cinta Sufi akan dipasarkan pada pesta buku nanti.


3 Minggu Sebelum Pelancaran Novel
Mendapat lampu hijau daripada Alaf 21 untuk bersama mereka dan Abg Ramlee pada pesta buku nanti. Pelbagai syarat yang kami perlu patuhi, namum itu bukanlah masalah besar bagi kami untuk mematuhi syarat-syarat itu.


2 Minggu Sebelum Pelancaran Novel
Saya berkesempatan ke Shah Alam dan berjaya bertemu Kak Sadiaah bersama Abg Long (President Kelab Alaf 21). Perbincangan menjurus kepada peranan RAMFC pada pesta buku dan tiba-tiba tersembul pula daripada mulut saya ini "Tidak ada pelancaran untuk novel Cinta Sufi ke kak?". "RAMFC nak buat pelancaran novel Cinta Sufi ?". Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal, saya terus bersetuju. Maka sejak hari itu terbukalah kembali rancangan Pelancaran 9 Nyawa didalam diari saya.


Persiapan Sebelum Pelancaran Novel
Sebenarnya saya lebih suka dipanggil dengan jawatan Koordinator Majlis daripada Ketua Pengarah untuk majlis pelancaran ini kerana segala perancangan & maklumat yang saya terima daripada Alaf 21 akan saya sampai kepada ahli-ahli lain melalui email dan panggilan telefon. Elle menjadi penyelaras ahli-ahli RAMFC yang bersama-sama pada pesta buku nanti. Dengan Attoks sudi menjadi pengacara, Kak Illa, Fizul & Fiza berjaya membuang rasa gemuruhan mereka untuk membaca fragmen novel, Sue dan Kak Eina yang berkerja keras untuk melariskan penjual cenderahati dan jugak kepada ahli-ahli lain yang tidak disebutkan namanya disini, terima kasih saya ucapan. Tidak lupa juga Alaf 21 yang banyak memberikan pertolongan dan juga peluang kepada RAMFC pada pesta buku kali ini.


Sehari Sebelum Pelancaran Novel (Sabtu)
Kereta saya rosak, tidak boleh dihidupkan. Saya terpaksa membiarkan rakan-rakan RAMFC menjalankan aktiviti RAMFC tanpa saya. Mood saya pun entah kemana. Kereta saya 'bernyawa' kembali pada jam 3.00 petang. Saya mengambil keputusan untuk tidak ke PWTC pada hari itu. Malamnya pula, saya berjumpa Abg Web dan tanpa sedar kami telah berborak hampir 3 jam untuk pelbagai topik. Terasa kerdil diri ini apabila bertemu dengan orang yang banyak ilmu didada. Kesedihan bertimpa pula selepas itu selepas mendapat tahu Aston Villa dibelasah 1-7 oleh Chelsea. Kejam kan?


Hari Pelancaran Novel(Ahad)
Berbekalkan semangat yang membara (dek kerana kekecewaan pada hari sabtu), seawal pagi saya telah menjejaki PWTC untuk pesta buku. Bersama team RAMFC kami membina 'cawangan' kami sendiri di pintu keluar dewan setelah mendapat kerjasama daripada Alaf 21. Alhamdulilah ada juga tempat untuk kami berkumpul dan merencana Pelancaran Novel 9 Nyawa & Cinta Sufi. Sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat Abg Ramlee amat mengembirakan hati saya. Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulilah.


Selepas Pelancaran Novel
Alhamdulilah kali kami diraikan oleh Abg Ramlee sendiri melalui satu jamuan yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila dan saya juga tidak melepaskan peluang untuk mendapat tanda tangan beliau untuk kesemua koleksi novel saya. Terima kasih Abg Ramlee.Kemudian? Masa membeli belah buku. Saya bersama-sama rakan RAMFC lain kembali ke PWTC untuk membeli belah. Saya tidak membeli buku keluaran karangkraf kerana saya bakal mendapat harga 'istimewa' apabila berkunjung ke Alaf 21. Sasaran saya dan rakan-rakan adalah 'cawangan' PTS. Nama PTS kebelakangan ini amat gah, saya sendiri sebelum pesta buku sudah memiliki beberapa novel keluaran PTS seperti Kudeta Intro & Kudeta Terakhir serta novel terjemahan nukilan John Grisom dan kali ini saya tidak melepaskan peluang membeli novel terjemahan juga, novel Sherlock Holmes menjadi pilihan. Terdapat 4 siri kesemuanya dan beberapa lagi novel yang menarik hati saya.









Ulasan
Novel

Saya masih ingat lag
i pada saatnya saya mula berminat untuk membaca. Saya gemar membaca novel kanak-kanak yang ditulis oleh Enid Blyton (terjemahan didalam bahasa melayu). Saya bukan sahaja sekadar membaca malah saya begitu tertarik dengan jalan cerita yang kebanyakannya bercorak penyiasatan. 5 sekawan, 7 penyiasat dan banyak lagi banyak mempengaruhi pemikiran saya sehingga kini. Selain itu saya juga gemar membaca komic daripda jepun seperti DDS & Penyiasat Remaja (berada didalam senarai buku yang memuja Iblis) tetapi dipesta buku kali ini saya terjumpa senaskah novel alih bahasa bercorak misteri daripada penulis Jepun, Jiro Akagawa. Anda kenal? Saya baru pertama kali mendengar & tahu mengenainya pada hari itu. Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi penulis novel.


Pembunuhan di Universiti Hagoroma menjadi novel yang pertama saya baca diantara novel-novel yang saya borong daripada pesta buku. Saya bersyukur sangat Abg Web tidak termakan pujukan saya yang beria-ia mahu membeli novel ini, kalau tidak nasib novel ini seperti komen Abg Web terhadap novel Dr. Tuah. Kepada Abg Web, tidak perlu baca novel ini, novel ini akan membuatkan saudara menganugerahkan ‘perogol bersiri bahasa melayu’ kepada novel ini. Novel ini menggunakan bahasa melayu percakapan seharian kita dengan erti kata lain bahasa remaja sekarang. Ganjil rasanya apabila saya membaca novel yang mempunyai persekitaran negara Jepun tetapi menggunakan slanga orang Malaysia. Keseluruhan cerita ini tidaklah mengecewakan. Kepada peminat novel dan komik penyiasatan pasti biasa dangan ‘pembunuhan bilik sulit’ Cuma saya rasa perkataan ini sudah menjadi indentiti untuk penulis-penulis daripada negera matahari terbit. Namum begitu saya begitu kagum dan memberikan penghomatan kepada penulis Jepun ini kerana sentisa mempunyai idea baru dalam melaksanakan sesuatu misteri.

Mengenai jalan cerita pula, ia mengisahkan seorang pegawai polis Jepun yang tidak mempunyai jiwa untuk menjadi polis. Dia ditugaskan untuk menyiasat 1 kes pembunuhan disebuah universiti. Disinilah bermulalah pengalaman beliau menghadapi segala rintangan untuk menyelesaikan misteri ini dengan bantuan seekor kucing triwarna (apa itu? Kucing 3 warnakah?) Setiap watak saling berkait namum pada peringakat awal mungkin saya masih terpaksa menyelak kembali muka surat awalan hanya kerana nak memastikan pengenalan mengenai watak dimuka surat awalan kerana nama watak seakan-akan sama sahaja.

















Setakat hari ini, saya masihbelum membaca lagi membaca Cinta Sufi, tidak lari gunung dikejar. Melihat kepada komen-komen mereka yang sudah membacanya, rata-rata berpuas hati.


Irama tarian sudahpun sampai ke penghujung, mohon maaf jika kesumbangan dalam tarian jemari saya kali ini. Sehingga jari menari lagi

Dozo Yuroshiku



















3 comments:

  1. Salam.. jelesnya tengok gambar2 tu.. lagi jeles bila tengok buku Cinta Sufi... bilalah????

    ReplyDelete
  2. wohaaaa ... wa x baca lagi!!
    sioot semmat giler gamba2

    hahahhaha

    >>___<<


    tahniah papa tuk pngnjuran.
    tabik!!!

    ReplyDelete
  3. Zonan, puji sikit-sikit sahajalah :-). Namun, masa berlibur bersamamu sahabat, amat aku hargainya.

    ReplyDelete