Kali ini jari saya bagai tidak sabar-sabar mahu menari. Mahu menceritakan tentang 2 buah novel yang baru habis saya baca dan pekembangan bola sepak EPL. Tidak lupa juga tentang lain-lain perkembangan yang saya ingat pada minggu lepas.
Saya kembali membawa diri ini dalam marathon membaca novel. Jika tahun lepas saya marathon novel karya abg Ramlee, kali ini saya cuba menghabiskan novel-novel yang telah saya beli ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Secara kebetulan, 2 buah novel yang saya baca kali ini seolah-olah berkaitan. Novel yang pertama, Pergembaraan Hang Jebat - Pencarian Merentas Zaman keluaran PTS hasil nukilan Moh Dat Molok & Ashadi Zain. Novel yang kedua pula, saya baru menghabiskan novel Cinta Sufi keluaran Alaf 21, nukilan abg Ramlee Awang Murshid.
Dia dikenali sebagai penderhaka. Satu titik hitam yang memadamkan sebuah lapangan putih yang pernah diloreknya. Namun sejarah yang terpendam tidak akan terpadam. Ia diungkit kembali menjadi kisah, senandung yang menguatkan jiwa dan minda bangsa.
Sang Persata Nala sudah berfirasat akan pengakhiran hayat muridnya. Lantas diseru dan diamanahkan muridnya itu atas sebuah pencarian sebagai persediaan. Yang nyatanya ia bukan pencarian mudah. Apatah lagi jika perjalanannya tidak terbatas waktu...
Ini adalah kisahnya.
Ini adalah Pengembaraan Hang Jebat!
Komen saya :
Menarik sungguh konsep idea penulis ini. Menggunakan kisah silam dan keadaan terkini dalam novel ini. Untuk mereka yang kurang mahir ilmu sejarah (seperti saya) amat sesuai membaca novel ini. Seperti yang tertera disinopsis novel ini (rasanya semua orang tahu kesudahan nasib Hang Jebat), Hang Jebat telah merentas masa ke zaman akan datang dan kembali ke zaman terdahulu atas perintah tok gurunya setelah mengetahui akan kesudahan nasib Hang Jebat nanti.
Abaikan masalah bahasa zaman orang dulu-dulu, pada saya itu tidak penting. Yang penting, maksud yang mahu disampaikan disebalik cerita sebegini. Hang Jebat bersama rakan halimunannya (yang membantu dalam masalah bahasa serta boleh menjelma dalam pelbagai bentuk) memulakan pengembaraan mereka ke negeri Kelantan. Mereka terjebak didalam pejuangan Tok Janggut didalam menentang penjajah. Menarik sungguh olahan penulis dalam mengwujudkan watak Hang Jebat pada ketika ini. Tanpa mengubah sejarah, kewujudan Hang Jebat begitu dirasai.
Saya sungguh tidak menyangka, penulis akan membawa Hang Jebat terlibat didalam Perang Salib yang pertama. Sesungguhnya saya memang 'buta sejarah' ini dapat mengetahui tentang keadaan Perang Salib ini, walaupun tidak mengetahui secara menyeluruh sekurang-kurangnya apa yang ada didalam novel ini dapat juga saya tahu apa yang terjadi ketika perang salib yang pertama itu.
Saya sungguh mengharapkan novel ini akan mempunyai sambungannya. Tahniah kepada penulis dan tahniah kepada PTS. Teruskan usaha anda.
------------------------------------------------------------------------------------------------
PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka.
Ingin mencari lelaki bertanduk dua.
Ingin mencari lelaki bertanduk dua.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
Komen saya :
Pada ketika ramai rakan-rakan RAMFC sudah menghabiskan novel ini, minggu lepas baru la saya berkesempatan menghabiskan novel ini. Selepas dihidangkan dengan trilogi, abg Ramlee kembali dengan Cinta Sufi. Novel yang dilancarkan di PWTC ketika Pesta Buku. Masih lagi menarik tetapi tidak mencapai keseronokan trilogi sebelum ini. Kali ini rasa cinta sesama insan lebih banyak diutarakan (cinta 3 segi lagi) sampai pada saya terfikir, Laksamana Sunan ini seorang kaki perempuan pula (belum dikira daripada kalangan pembaca perempuan, sambil menjeling kepada Kak Illa ~ sembah sang ratu). Secara keseluruhan, Laksamana Sunan masih menjalan tugas penghapus kejahatan (musuh masih sama) menetang musuh tambahan iaitu Portugis.
Dia kali ini berganding bahu bersama Hang Tuah bersama-sama beberapa panglima dan hulubalang yang lain berusaha mempertahan Hulu Melaka daripada serangan Portugis dan Taghut. Entah bagaimana apabila nama Hang Jebat disebut didalam novel ini, terus saya kaitkan dengan novel yang sebelumnya saya baca. Kebetulan sungguh kerana Sunan & Hang Jebat merentas masa. Bahasa Malayu diguna sepenuhnya didalam novel ini walaupun sesama bangsa portugis. Sedikit aneh, kerana jika kita amati novel abg Ramlee sebelum ini akan ada bahasa asing untuk disesuaikan dengan jalan cerita. Adakah pada 1511 sudah ada pengunaan 'batu nautika'?
Kewujudan watak kecil yang diberi peranan besar kali ini melahirkan rasa janggal pada saya. Mungkin masih melekat dibenak saya watak-watak seperti Dani & Haryani yang tidak muncul pada kali ini mungkin juga menjadi faktor kepada kejanggalan itu. Tiada lagi bahasa indah didalam mushraf Laksamana Sunan seolah-olah sudah menghilangkan indentiti Laksama Sunan. Ini pendapat saya, tepuklah dada tanyalah selera.
Saya juga ingin berkongsi pendapat ini ketika berbincang bersama abg Web tempoh hari. Pada ketika itu kami dipesta buku dan belum lagi membaca Cinta Sufi, kami berpendapat ada baiknya sambungan Laksamana Sunan diceritakan secara kebelakang. Abg Ramlee boleh menceritakan tentang zaman remaja Saifuddin sehingga dia diambil oleh Wali Sufi. Bagaimana keadaan Saifuddin ketika bersama Wali Sufi? Mungkin juga cerita tentang kerajaan di utara semasa pemerintahan Maharani dan asal asul Taghut. Ini hanyalah sekadar pandangan untuk perhatian abg Ramlee.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah untuk pasukan Spurs kerana berjaya untuk ke Liga Juara Juara pada musim akan datang (tepat juga telahan saya). Walaupun begitu, saya sebenarnya memberi harapan juga kepada pasukan Aston Villa pada hari sabtu lepas namum semuanya berkecai pada malam itu. Corak permainan yang pantas ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Tahniah Man City anda memang layak untuk menang. Untuk Aston Villa cuba lagi musim depan dan pasukan yang berjaya memecahkan dominasi 'Big 4', Spurs semoga berjaya di Liga Juara- Juara.
Ucapan selamat berjaya kepada pasukan badminton negara yang akan bertarung sebagai tuan rumah Piala Thomas & Uber. Pendapat saya mengenai peluang pasukan negara? Peluang untuk Piala Thomas 60% dan Piala Uber 30%.
Kekuatan setanding diantara pasukan Denmark, Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Manakala pasukan China berada 1 atau 2 tahap diatas kesemua pasukan itu. Kita hanya mengaharapkan kepada Dato Lee Chong Wei sahaja, Hafiz Hashim & Choong Han tidak berapa stabil begitu juga dengan kedua-dua pasangan beregu kita.
Namun begitu, saya begitu berharap barisan ini mampu menidakkan ramalan awal saya ini.
Dozo Yuroshiku.
alah.. belum sempat baca papa ibad dah komen.. dah jadi malas plak nak baca.. padahal baru je masuk bab 1..
ReplyDeleteanyway.. thanks ek.. tlg carikan..
Asalamualaikum Kak Ina
ReplyDeleteTerima Kasih sudi singgah..
Ala saya cite x sampai 5% pun...
Selamat membaca..
uhuk3... terbatuk akak ni
ReplyDeleteamboi wat jelingan maut kat akak ye
biarlah nak kata apa pun, asalkan sunan tetap di hati ku cewah hahaha
salam papa
ReplyDeletewah dah kuar komen Cinta Sufi...yup ikhlasnya Cinta Sufi sedikit menghampakan... pertamanya byk watak baru yg dicipta dan yang buat kecewa sedikit..ending cerita tergantung..mungkin ada sambungan kut..tapi biarlah kalau ada sambungan ,itu akan jadi yg terakhir..cerita jadi meleret2lah bila dah byk sangat sambungan...Harap sangat Abg RAm dapat kembali kepada cerita yang lebih mencabar minda seperti RAhsia Perindu..
hahha..sunan mana yg dihati nie kak Illa?
Assalamualaikum
ReplyDeleteKak Illa ~ Best nyer dpt kunjungan Sang Ratu.. siap tinggal jejak lg... Sunan ek... mukan Abg Ispector Shahab ke?
Sue ~ Betul la Sue.. Pendapat kita jarang berbeza... TQ sbb singgah bila nak keluar n3 baru?
p/s :terasa cam dulu-dulukan..huhuhuhuhu
err..err. Kak Illa ade berape sunan ek?
weeeeeeeeee
ReplyDelete>>___<<
aiyaaaaa, x baca cinta sufi lagi.
bagaikan puteri masih terbaik kot
wooohaaa!! haryani yer tuan2 dan puan2
bukan ratna sang ratu. keh3x
dah ready tul world cup papa? weeeee ~~
piala thomas, rasa nenda tun hasmah datang x?
hahahahha ~~
salam papa ibad.. ada possibility tak utk mendapatkan buku anugerah pertama utk saya... hehehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteBest.. best Sunan aka Nain pun singgah... sama cam dulu-dulu... World cup ade cite nyer nanti.. Tun Hasmah dah dtg dah ari tu... Lu nak gok dia melompat ke bro... Kang menduda la tun kita tu...
Hi Mimie.. Salam perkenalan.. Anugerah pertama yg papa dapat itu ada 2 naskah je.. Tetapi klu papa ade jumpe.. Nanti papa roger2 Mimie..
huhuhuhuh mimie nyer hilang di lcct.... geram sangat.. lau g lcct mesti tingat... kalai papa ibad jumpa roger mimie ekhh..
ReplyDeletenk tnye..novel hang tuah tu ade sambungan tak?
ReplyDelete