Thursday, November 4, 2010

Bila Jari Menari 4 November 2010

Assalamualaikum

Jari jemari saya menari lagi. Seperti yang telah saya janjikan pada diri sendiri pada entry yang lepas maka saya gagahkan diri saya untuk untuk menarikan segala pendapat saya yang kerdil ini disini.

Taniah pasukan Red Warrior. Anda memang hebat. Tahniah juga kepada pasukan Hoben Jang Hoben kerana berjuang bermatian-matian pada perlawanan itu. Anda berdua berjaya melengkapi hari ceria saya pada sabtu itu.

Daripada pagi hinggalah ke petang saya bersama Ibad Farhan bersama-sama menghabiskan masa dengan penuh bermakna. Pagi, memborong di Alaf 21 & tengahari membawa ke petang kami di PTS. Abg Web juga menemani kami ketika di PTS dan apabila telah berjumpa sudah tentu banyak pekara yang kami bincang dan bahaskan daripada buku sampailah ke cerita bolasepak.

Bercakap tentang bolasepak, pasukan kebangsaan kita akan berangkat ke Guangzou untuk pertandingan sukan Asia. Mereka pergi dengan bariasan yang tempang. Maafkan saya jika sebelum ini, boleh dikatakan saya tidak mengenali pemain-pemain skuad kebangsaan kerana tidaj mengikuti perkembangan bola sepak di Malaysia. Namun sejak bermulanya Piala Malaysia 2010 saya sudah mengenali serba sedikit skuad yang dikendalikan oleh K. Rajagopal.

Jika tidak silap saya, kebanyakan pemain ini adalah datang daripada skuad kendalian beliau ketika bersama Harimau Muda yang mendominasikan Liga M 2 musim yang lepas. Atas sebab itu saya mempunyai rasa percaya yang tinggi kepada K. Rajagopal untuk memulihkan skuad kebangsaan walaupun majoritinya pemain muda. Dia telah buktikan dengan pingat emas di Sukan Sea. Syabas.

Membaca kepada senarai kecederaan, memang Uncle Rajagopal akan pening kepala. Semua pemain utama itu saya kenali dan tahu kemampuan mereka untuk membantu pasukan kebangsaan. "Camno ni?" Tidak mengapa Uncle Rajagopal, jika anda gagal, saya faham keadaan anda tetapi saya juga pasti anda & anak-anak buah tidak akan menyerah dengan mudah. Berjuanglah dan jika tumpas... Tumpaslah dengan bermaruah.

Tahniah juga untuk para pemenang anugerah bola sepak Malaysia 2010. Anda memang layak dan itu tanda kerja keras anda selama ini berbaloi. Tunggu sebentar!!!!!! Perdana Menteri kita akan diberikan anugerah oleh AFC diatas sumbangannya kepada bola sepak asia. Wow!!! Terkebil-kebil dan terpinga-pinga dibuatnya. Adakah beliau terlibat dengan pembangunan bola sepak di Korea & di Jepun? Tidak pula saya dengar berita itu. Adakah kedudukan pasukan kebangsaan meningkat ke lingkungan 50 pasukan terbaik dunia dan asia sejak beliau menjawat jawatan tertinggi di Malaysia itu? Tidak juga. Pasukan kita masih dikedudukan yang 3 digit. Jadi apakah sumbangan beliau? Anda fikir-fikirkan dan dapatkan jawapan sendiri.

Dengan menyaksikan perlawanan secara langsung dipeti television (terima kasih RTM dan Nadi Arena) dapat juga saya melihat kelibat-kelibat bekas pemain kebangasaan dan pemain muda yang masih menunjukan keghairahan mereka kepada bola sepak. Saya masih teringat lagi ketika masih disekolah rendah, mentaliti yang sedia ada diserapkan diotak. Kebanggan untuk mewakili sekolah, kemudian daerah, negeri dan negara. Bertapa gembira diri ini jika dapat mencapai setiap tingkat jika dipilih. Masih adakah lagi mentaliti seperti itu sekarang? Apa yang cuba saya sampaikan ialah dengan limpahan barisan pemain yang berbakat ini, mengapa tidak FAM membuat 2 pasukan kebangsaan. 

Bagi mereka yang bermain di liga eropah, selain bermain di liga domestik mereka jugak mahu bermain di peringkat eropah yang mutunya lebih tinggi daripada liga domestik dan akhir sekali berusaha bermain diperingkat lebih tinggi dengan mewakili negara masing-masing. Saya perhatikan Uncle Rajagopal lebih sinonim dengan pemain muda yang rata bawah 23 tahun. Betul itu hak jurulatih, tetapi saya percaya pemain-pemain senior sudah tentu berharap untuk mewakili pasukan negara. Dengan adanya 2 pasukan negara, maka akan timbul persaingan sesama mereka dan ini secara tidak langsung akan memberikan manafaat kepada bola sepak negara.Pemain seperti Indra Putera, Hairuddin Omar, Shukur, Idris Karim dan ramai lagi boleh dijadikan teman perlawanan persahabatan.

Jadual pertandingan pula haruslah diselaraskan dengan jadual perlawanan antarabangsa. Saya masih tidak faham kenapa FAM tidak menyusun perlawanan dengan baik. Baru 2 permainan dah bercuti panjang kerana ada perlawanan antarbangsa. Tidak seronok langsung. Momentem pasukan akan hilang. Apabila jadual pertandingan dilakukan dengan baik, maka skuad kebangasaan dapat menjalani latihan dengan baik.

Tadi jadual sekarang pertandingan pula.Sekarang kita menpunyai 3 atau 4 pertandingan utama di Malaysia. Liga 2 pusingan, Piala FA dan Piala Malaysia. Saya tidak ada masalah tentang Piala FA atau Piala Malaysia. Saya cuma mahu memberi pendapat saya mengenai Liga Super atau Liga M. Ketika saya masih berhingus, hanya pasukan negeri sahaja bertanding dalam liga. Hanya 1 liga sahaja. Lapan pasukan terbaik akan bertanding kalah mati untuk Piala Malaysia. Senangkan. Namum masa berubah. Boleh dikatakan hampir setiap musim baru ada sahaja peraturan yang berubah.Saya tidak tahu apa puncanya. Sampai ada peraturan jika perlawanan seri sepakan penalti akan diadakan.

Saya berpendapat, liga utama (Liga Super) kita perlukan 20 pasukan. Liga kedua (kita namakan liga ini Liga FAM) juga 20 pasukan yang disertai oleh pasukan kelab yang menjuarai liga negeri. Untuk pasukan tercorot pula kita gunakan konsep yang sama digunakan di England. 3 pasukan tercorot diturunkan ke liga FAM. 3 pasukan tercorot liga FAM pula pulang ke liga negeri masing. Manakala juara baru liga negeri akan bermain 'play off' sesama mereka merebut 3 tempat ke liga FAM. Sekadar cadangan untuk menyemarakkan lagi bola sepak Malaysia.

Panjang sungguh melodi lagu kali ini jari jemari saya pun sudah penat menari. Kita sambung tarian ini dilain kali.

Dozo Yoroshiku.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Razif

    Insya allah akan ada entry yang lain..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Bos, saya suka entri ini. Mantap! Teruskan mengkritik bola sepak kita.

    ReplyDelete