Assalamualaikum
Lama sudah jari tidak menari di sini. Banyak pekara yang berlaku, tetapi dek kerana kemalasan saya hendak menulis menjadikan semua yang berlaku tanpa berlalu ditiup angin. Namun begitu saya akan mencuba mengingati segala pekara yang berlaku untuk ditarikan disini.
Yang pertamanya, saya terlibat buat kali keduanya dengan melancaran novel terbaru Abg Ramlee Awang Murshid yan bertajuk Rayyan Fantasi. Kali ini kami berkerjasama dengan MPH Alamanda & Grup Buku Krangkraf. Saya kali ini sebagai coodinator acara dan pengacara majlis. Alhamdulilah majlis berlangsung dengan jayanya.
Selain itu saya juga kerap bersama-sama Tuan Web Sutera (Si Tua) berkunjung ke gerai jualan PTS di Gombak. Kami berkongsi minat yang sama. Kami betul-betul tertarik dengan buku-buku di PTS. Di PTS saya telah menyambar 2 bahagian terakhir novel Impiana karya Saudara Ain Maisara.
Untuk novel Impiana ini, saya telah meletak Saudara Ain Maisara ditangga kedua selepas Abg Ramlee Awang Murshid sebagai penulis novel genre thriller di Malaysia ini. Saya hanya mampu meberikan 5 calon penulis genre thriller pilihan saya disini (novel yang telah saya baca sahaja, jika ada penulis yang lain sila tinggal jejak di ruangan komen)
1. Abg Ramlee Awang Murshid - Boleh kata semua novel beliau
2. Saudara Ain Maisara - Novel 1, 2, 3 & 4
3. Nasron Sira Rahim - Enigma & Nama Atas Kertas
4. Eyman Hykal- Meniti Maut
5. Serunai Fakir- Mentera Hitam.
Selain itu, PTS juga memberikan potongan harga sebanyak 25% untuk jualan setiap Sabtu pada hujung bulan. Seronokan. Petemuan itu juga saya ditegur secara diplomasi oleh Tuan Web agar menulis segala pendapat saya di dalam blog. Namun jawapan berdiplomasi juga diberikan.... Kemalasan melanda.
Sebenarnya banyak novel yang sudah saya baca yang boleh saya ulasakan disini, namun malas menjadi halangan. Teringat saya kepada pasangan suami isteri ketika berkunjung ke PTS. Sang isteri berhasrat menjadi penulis novel genre thriller, maka beliau kesana mencari novel-novel thriller untuk dijadikan rujukan. Mereka juga merupakan peminat kepada Abg Ramlee, maka secara tidak langsung kami bertukar minat disana.
Timbul pula idea untuk jadi penulis. Bagaimana nak menulis, kalau di blog pun dah jadi pemalas. Dalam perjalanan pulang, kesemua yang berlaku itu saya fikirkan, bagaimana nak menulis kalau kemalasan melanda diri, cerita apa yang hendak ditulis, bolehkah saya menulis dengan baik. Banyak benda yang saya fikirkan masa itu. Namun yang pasti dengan kuasa Allah idea tentang jalan cerita ada pada keesokan harinya.
Sekarang saya perlu mengatasai masalah kemalasan saya. Dengan pentunjuk daripada Allah juga saya bertemu dengan novel karya Bahruddin Bekri - Diari Mat Despatch. Saya membelinya di MPH Alamanda hari yang sama pelancaran Novel Rayyan Fantasi. Menariknya novel ini. Kenapa menarik? Diari ini merupakan salah satu cara watak didalam novel ini berlatih menulis kerana beliau mahu mendapatkan kerja sebagai editor sambilan.
Dan bagaimana novel ini boleh membantu? Saya hanya perlu meniru novel ini, tetapi tidak perlulah saya membuat diari, mungkin saya boleh merajinkan jari jemari saya dengan menulis ulasan-ulasan novel yang telah saya baca di blog yang bersawang ini. Amacam idea ini? Biar saya cuba dahulu ya.
Sehingga jumpa lagi
Dozo Yuroshiku
No comments:
Post a Comment