Wednesday, December 15, 2010

Bila Jari Menari 14 Disember 2010


Assalamualaikum

Sebagai latihan untuk menjadi seorang penulis, maka saya dengan sedaya updaya pada hari memulakan sesi latihan saya seperti yang telah saya nyatakan pada entri sebelum ini. Namun begitu sukacita saya ingin memaklumkan kepada semua, bahawa esok malam saya akan berada Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada pasukan bolasepak Malaysia. 

Ketika mendengar berita ditelevisen tadi, sejumlah 22,000 tiket telah dijual, 4 tiket daripada itu adalah milik saya. Pasti ramai orang yang akan datang ke sana esok. Bolasepak merupakan sukan nombor 1 di Malaysia walaupun pasukan Malaysia tidak pernah pergi ke Piala Dunia. Para penyokong di Malaysia juga beranggapan sebegitu kerana apabila pasukan Malaysia dikalahkan atau gagal di dalam kejohanan bolasepak mereka  akan marah dan mengamuk seperti raksasa di dalam cerita Ultraman. Tetapi jika pasukan Malaysia menang, para penyokong akan memberikan pujian seolah-olah pemain Malaysia itu adalah Ultraman.

FAM pula seperti pasukan memusnah raksasa, kadang-kadang mereka bersama ultraman menentang raksasa , kadang-kadang mereka akan salahkan Ultraman sebab Ultraman tidak bermaya apabila menentang raksasa. Satu pekara yang sama yang akan berlaku daripada pertembungan Ultraman dan raksasa  bila di padang bolasepak nanti adalah percikan ‘api-api’ dan kemusnahan kawasan sekitar. Sama dalam cerita Ultraman kerajaan akan menanggung segala kerugian.

Saya cuma boleh berharap pasukan Malaysia akan menang sebab semua orang suka kepada kemenangan walaupun kadang-kala cara permainan mereka tidak menunjukkan mereka boleh menang. Saya juga tertanya-tanya bolehkah pasukan Malaysia bermain di Piala Dunia nanti, sebab saya mempunyai satu soalan yang mempunyai fail sebesar 16 gigabit dikepala otak saya ini dan sebab itu juga saya selalu menjadi lambat berfikir. Soalan itu adalah, bagaimana pasukan Malaysia mahu ke Piala Dunia jika di peringkat asia tenggara pun tidak terlawan, itu baru asia tenggara belum cerita peringkat negara asia seperti negara kelahiran Ultraman.

Pada pendapat saya jika mahu menang sesebuah kejohanan, sesebuah pasukan itu kena kuat untuk menumpaskan semua pasukan yang bertanding, jika kalah maksudnya tidak layak untuk menang, umpama kalau peringkat ujibakat Ultraman tidak boleh kalahkan rakasasa kecik, tidak usah berharaplah untuk menentang rakasasa di televisen, baik sertai pasukan pemusnah raksasa sahaja. 

Aduhai!!! Dah cerita bolasepak pula. Sepatutnya saya membuat ulasan novel yang saya telah baca sebagai latihan rajin menulis. Kembali ke alam realiti. Untuk pembukaan, saya coretkan ulasan untuk novel yang memberikan idea untuk saya rajin menulis. Inilah kali kedua saya membaca novel karya Bahruddin Bekri, Diari Mat Despatch (yang pertama cerita Adi Gempa yang macam komik Dewata Raya). 2 buah novel berlainaan ganre tetapi daripada penulis yang sama. Ini membuakan saya menanamkan tekad untuk mengumpul semua hasil karya beliau. PTS dan saudara Bahruddin…. Anda tunggu sahaja kedatangan saya di pesta buku nanti bersama pen yang penuh dakwat. Banyak sungguh buku yang bagus dari PTS untuk dibeli dan dibaca.

Cara saya mengulas sesebuah buku atau novel adalah dengan memberikan kesimpulan keseluruhan dan bukannya menceritakan isi kandungan sesebuah cerita itu. Pada pendapat saya kalau menceritakan isi kandung sesebuah cerita, itu sudah menjadi sinopsis, kalau dah sinopsi kan sudah berada dibelakang novel itu, kalau dah berada dibelakang novel itu ‘copy & paste’ sahajalah. Seperti dibawah ini.



“Mengisahkan Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan dengan kesukaran hidup sebagai matdespatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Selain mengisahkan kisah hidup Idlan, ada juga diselitkan tip-tip Bahasa Melayu Tinggi.”

Novel ini saya katagorikan sebagai novel syok sendiri yang menggunakan bahasa melayu tinggi yang membuatkan saya tersenyum sendiri ketika membaca dan juga memberikan ilmu tentang bahasa melayu tinggi dan bahasa melayu kontot. 

Tetapi kesungguhan watak ini untuk berlatih sesungguhnya memberikan inspirasi kepada saya untuk membuat latihan ‘rajin menulis’ (semoga terus rajin). Kepada mereka yang suka membaca novel ringan, novel ini teramatlah saya usulkan. 

Seterusnya tip bahasa melayu tinggi (BMT), kali pertama saya mendengar tentang BMT adalah daripada Tuan Web Sutera, beliau telah menerangkan contoh BMT seperti itu (tu), ini (ni) dan banyak lagi. Pada masa itu barulah saya sedar tentang kepentingann BMT. Namun saya lagi gerunkan lagi bahasa kontot campur ketot iaitu bahasa sms. Menyakitkan hati betul dapat terima bahasa yang macam tidak cukup huruf (kalau orang perempuan pakai seksi sebab tidak cukup kain tidak mengapalah, tidaklah rasa sakit hati sangat).

Jadi selain memberikan inspirasi kepada saya, saudara Bahruddin juga cuba mendidik pembaca dan diri saya tentang penggunaan BMT. Tahniah saudara Bahruddin, Puan Ainon dan PTS. Tip-tip itu akan saya kumpulkan dan saya masukkan di entri akan datang.

Sehingga jari saya menari lagi.

Dozo Yoroshiku


No comments:

Post a Comment