Tuesday, December 21, 2010

Bila Jari Menari 21 Disember 2010

Assalamualaikum

Saya berasa amat bertuah kerana berada di kalangan 40,000 orang yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu lepas yang menyaksikan Ultraman menumpaskan raksasa daripada Vietnam.

Seperti yang telah saya coretkan pada entri yang sebelum ini, permainan pasukan bolasepak Malaysia tidak menunjukkan gaya untuk menang tetapi itulah bolasepak, keputusan adalah segalanya. Tahniah Pasukan Malaysia.

Perlawanan akhir pada Ahad ini umpama perlawanan akhir Piala Dunia. Saya masih ragu-ragu lagi tentang kesan jika pasukan Ultraman kita tumbang. Bolehkah hakikat ini diterima oleh kita semua? Adakah rakyat, pasukan pemusnah raksasa (FAM) dan wartawan akan dapat menerima kekalahan itu?

Saya tidak ada masalah kerana pasukan kita belum pernah pun memenangi Piala Dunia dan Piala AFF. Jadi tidak perlulah nak menangis atau mengamuk ketika kekalahan menjelma. Terima sahajalah hakikat pasukan kita belum cukup bagus.

Tetapi saya tetap akan datang ke sana untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi untuk pasukan negara kita. Ayuh kita bersama-sama mengalami detik-detik yang tidak mungkin kita dapat rasai ketika menonton wayang.

Seterusnya berikut adalah sedutan BMT yang terdapat di novel Diari Mat Despatch (setelah mendapat izin tuan punya badan) semoga dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu dalam BMT.

Sebagai rujukkan saya senaraikan semula tip-tip yang ada di dalam novel ini :

1.   Penggunaan perkataan singkat
Dalam  BMT perkataan ringkas tidak dibenarkan seperti ni = ini, tu = itu, je = sahaja
Contoh ayat : “ Saya makan nasi je, korang makan apa pulak?”
Ayat BMT : “ Saya makan nasi sahaja, kamu makan apa pula?”

2.   Penggunaan kata basahan 
Kata basahan bermaksud kata percakapan harian yang salah maksud penggunaannya

Contoh ayat : “ Siapa bagi awak hadiah?”
Penggunaan perkataan ‘bagi’ dalam ayat itu tidak tepat. Perkataan yang tepat adalah ‘beri’

Contoh ayat : “ Saya ingat dia tinggal dekat Manjung”
Penggunaan perkataan ‘ingat’ dan ‘dekat’ salah dalam konteks ayat
Ayat yang betul :”Saya 'fikir' dia 'tinggal' di Manjung”

3.   Nama timang-timangan
Nama timang-timangan adalah nama panggilan kepada seseorang bagi menggantikan nama penuhnya

Contoh : Rahim = Ahim, Rosdi = Didi, Raju = Raj
Dalam BMT, nama timang-timangan tidak dibolehkan. Ia perlu ditulis dengan nama penuh.

Contoh ayat : “Nama ayah saya Aim
Ayat ini salah daripada segi BMT dan agak kurang ajar (agak lawak juga bila mendengarnya) penulis blog ini.
Ayat betulnya adalah : “Nama ayah saya Karim”. Ia evergreen dan lebih sopan. (Ayat daripada En. Bahruddin)

4.   Kesalahan yang sering dilakukan dan seterusnya merosakkan BMT
Penggunaan perkataan ‘kerana’ bagi maksud ‘alasan’ dan ‘rasional’
Manakala ‘sebab’ pula digunakan bagi maksud ‘faktor penyebab’ dan ‘punca’.

5.   Penggunaan perkataan ‘dari’ dan ‘daripada’
‘Dari’ digunakan apabila merujuk pada ‘tempat’, ‘benda’, dan ‘masa’
'Daripada' pula digunakan apabila merujuk pada makna ‘asal-usul’ dan ‘perbandingan’

6.   Penggunaan perkataan ‘sampai’ dan ‘sehingga’
‘Sampai’ digunakan apabila merujuk kepada maksud ‘antara dua titik’.
Contoh ayat : “Dari Rompin sampai ke Seremban”

‘Sehingga’ pula digunakan apabila ia merujuk kepada maksud ‘tiba pada suatu keadaan’
Contoh ayat : “Makan sehingga kenyang”

7.   Penggunaan perkataan ‘atau’ dan ‘ataupun’
‘Atau’ digunakan bagi merujuk dua perkataan yang serupa maksudnya
Contoh ayat : Wanita atau perempuan

‘Ataupun’ merujuk kepada dua perkataan lain maknanya
Contoh ayat : Lelaki ataupun perempuan

Ayat Saudara Baharuddin : “Semoga aku ingat. Sekiranya aku lupa ataupun buat-buat lupa, memang aku nahas”

8.   Penggunaan perkataan ‘kepada’
Kepada digunakan apabila ia merujuk maksud ‘gerak antara dua titik’. Iaitu dari satu tempat ke tempat yang lain.

Contoh ayat : “Aku cinta kepadamu” dan “Ingatanku kepadamu”

9.   Penggunaan perkataan ‘apabila’
‘Apabila’ hanya digunakan sebagai ‘sendi waktu’
Contoh ayat : Apabila banjir, mereka berenang”

Sehingga jari menari lagi

Dozo Yurosiku

4 comments:

  1. salam zonan.
    saya tertarik tentang BMT tu. pada pendapat saya kita tak bolehlah berkira sangat tentang kesilapan kecil sebegitu. saya ada sentuh mengenai perkara tsb dalam entri bertajuk Dosa Kecil Dosa Besar.

    ReplyDelete
  2. Salam bro zonan
    1. Kite tetap akan sokong pasukan ultraman,abaikan pasukan pemusnah ultraman.
    2.BMT sangat menarik. Saya amat meminatinya.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam

    Abg Fakur : Saya bersetuju dengan Abg Fakur, namun tidak salah kita menganggap ini sebagai ilmu yang perlu disebarkan kepada rakan lain.

    Razif : Itulah semangat yang diperlukan, menyokong ketika kalah dan menang. Sama-samalah kita mendalami BMT.

    Terima Kasih sudi singgah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Tuan Zonan Villa. Saya suka entri berkenaan BMT ini. Saya turut belajar :-)

    ReplyDelete