Saturday, May 28, 2011

Bila Jari Menari 27 April 2011 ~ Percaya Rezeki Allah ~


Masa : Dekat-dekat hujung bulan (err..err.. Masa poket kempislah)
Tempat : Restoran berwifi

Nan hanyalah manusia biasa. Awal bulan mendapat gaji dan hujung bulan kehabisan gaji (sebenarnya di tengah bulan pun dah habis). Maka untuk mengatasi masalah itu, dia mencuba segala peluang untuk menambahkan pendapatan dia. Namum begitu dia tidak berminat untuk mencuba perniagaan MLM, dia sedikit pun tidak terpengaruh dengan slogan mendapat wang secara mudah kerana dia berpendapat tiada jalan yang mudah untuk mendapatkan wang.

Dia sangat-sangat percaya kepada rezeki Allah. Mengapa ek? (Nan orang Johor sebab itu ada ek) Sebab dia pernah mengalami beberapa peristiwa yang dia sendiri tidak sangka yang menunjukan kebesaran Allah. Inilah cerita peristiwa yang berlaku.. (Perlu diingatkan ini bukan kisah seram)

Kisah 1

Pada masa itu (hujung bulanlah) wang ditangan berbaki RM 20 sahaja. Nan sebenarnya menantikan wang tuntutan perjalanan tetapi disebab masalah itu dan ini maka tuntutan tidak dapat diterima pada masa yang dijangkaan.

Sedang dia berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang belanja untuk hari-hari mendatang,dia mendapat satu sms

"Tuan, minta no akaun, mahu bank in duit untung berniaga" (sebenarnya ayat tulis lagi pendek, cuma bimbang pembaca tidak faham pula dan saya pula sedang berlatih BMT)

"Alhamdulilah, Allah maha besar" bisik Nan di dalam hati lantas terus membuat sujud syukur.

RM 170 di masukkan kedalam akaun Nan. Maka selesailah masalah kewangan Nan.

Kisah 2

Pun masih di hujung bulan, untuk ke tempat kerja Nan suka menggunakan kad `touch & go`.Keadaan kali tidak mengusarkan Nan kerana dia akan mendapat gajinya pada esok hari. Wang dipoket hanya RM 15 sahaja. Dia perlu membayar RM 10 untuk kad tersebut.

"Bang, Abang dapat rebet RM 46.70 lah, jadi tidak perlu `top up`" terperanjat Nan kerana 2 sebab, pertama kerana mendapat rebet dan yang kedua kerana dipanggil abang.

Untuk memastikan dia tidak bermimpi, dia bertanya kembali kepada `adik` yang tidak berapa muda untuk dipanggil adik (tapi mukanya memang sedap dipandang).

"Penggunaan kad abang melebihi 80 kali sebulan" jelas adik yang Nan rasa lebih berumur daripadanya. Lantas tanpa berlengah lagi dia tersenyum lebar kerana dia tahu pagi itu dia akan bersarapan nasi lemak ayam goreng bersama telur mata kerbau.

2 kisah cukup menyedarkan Nan tentang kebesaran Allah.

Selepas dia menempuh satu detik yang banyak memberi kesan yang besar kepada kehidupannya, dia banyak mendekatkan diri kepada Allah untuk mendapatkan segala ketenangan di dalam kehidupannya yang mendatang.

Nan juga tertarik dengan pendekatan terbuka syarikat penerbitan PTS dan Tuan Baharuddin Bekri. Diari Mat Despatch adalah bacaan santai yang amat digemari oleh Nan. Pada pesta buku kanak-kanak, terbit pula bahagian kedua, Mat Despatch - Lelaki Baik. Juga menarik tetapi pelajaran mengenai BMT agak `keras` berbanding buku yang pertama. Buku ketiga menyusul pada pesta buku yang lepas, Mat Despatch - Hati Emak. Selain itu terdapat beberapa buah buku lain yang bermula dengan `Diari` seperti Diari Mat Kilang dan Diari Pengawas. Nan berasa kagum di sini. Kagum dengan `kebenaran` untuk melahirkan produk `Diari` daripada penulis yang berbeza. Mereka yakin pada rezeki Allah. Sekurang-kurangnya itu pendapat Nan.  

Sejak kecil, dia sudah terdedah dengan pelbagai punca untuk mencari rezeki. Daripada menggulung permaidani di masjid selepas solat jummat, membuat teh terik, menjual cendrahati kepada pelancong hingga ke perniagaan online, semua sudah Nan lakukan. Semua yang dilakukan mempunyai cabaran dan halangan yang tertentu kerana daripada semua itu dia juga kini faham mengapa bangsa lain di Malaysia boleh berjaya di dalam perniagaan tetapi tidak bangsanya. Sifat takut menghadapi saingan sesama bangsa, berprasangka, hasad dengki, berkira, merasa diri besar dan pandai tetapi sebenarnya bodoh sombong dan tidak mengunakan kaedah yang betul dalam perniagaan.

Segala halangan dan pengajaran yang telah dia pelajari itu akan dijadikan bekalan dalam menghadapi hari mendatang kerana dia  PERCAYA KEPADA REZEKI ALLAH.




Dozo Yuroshiku.

2 comments:

  1. Allah enggak bisa pernah menzalimi rezeki hambaNya.. Cuma hambaNya yang tega untuk menzalimi rezeki mereka

    -Ridja

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersetuju dengan Pak Ridja

    Semoga bapak terus diberikan ketabahan.

    Takziah lagi daripada saya..

    ReplyDelete