Friday, December 30, 2011

Bila Jari Menari 30 Disember 2011 ~ Penamat Tahun ~



Sari Ayu adalah kenalan lama Nan. Nama itu adalah samaran sahaja. Sari kerana kenalannya pernah memperagakan pakaian Sari ketika di Tadika dan Ayu pula kerana kenalannya suka membayangkan dirinya sebagai Ayu (watak di dalam novel popular Lagenda Budak Setan). Maka Nan memanggilnya Sari Ayu err..err.. nama macam produk kesihatan wanitakan? atau macam nama kuih pun ada juga.

Mereka sering bertukar pendapat mengenai apa sahaja. Yang terkini mengenai filem Ombak Rindu. Dia bertanyakan pendapat Nan mengenai Ombak Rindu selepas Sari Ayu menyatakan pendapatnya yang panjang berjela. Antara pendapat yang dapat Nan ingat (Nan kadang-kadang mempunyai ingat yang dibuat-buat lemah), dia tidak menangis, dia tidak suka adegan kemban-kemban dan atas katil, jalan cerita tidak sama dengan novel dan pelakon yang kurang penghayatan.

Apa pula komen Nan? Boleh ke nak memberikan komen jika tidak menonton? (Jangan kata menonton, membaca novel pun tidak). Sebenarnya Nan telah menyuarakan pendapat beliau ketika duduk di kedai makan bersama Abg Silk dan Lan Master dan pendapat yang sama juga Nan berikan, berdasarkan daripada pembacaan di akhbar, Nan dapat menyimpulkan bertapa murahnya harga air mata rakyat Malaysia hari ini. Dengan bernodalkan RM 10 atau RM 15, dengan mudah air mata itu mengalir.

Namun begitu apakah pengajaran yang dapat mereka dapat setelah menonton filem itu? Ya kita akan dapat dengar jangan pukul perempuan, hargai cinta perempuan dan lain-lain alasan yang mendayu-dayu. Sebab itulah Nan tidak menonton filem Ombak Rindu. Pengajaran yang tidak membina minda. Filem yang terus menerus menghanyutkan bangsa kita di kancah emosi dan perasaan.

Akhbar di Malaysia hampir setiap hari membongkar tentang isu-isu tentang kehidupan di Malaysia dan pada pendapat Nan itu sudah cukup untuk di jadikan pengajaran kepada kita semua. Sampai bila kita nak dimomokkan cerita emosi dan perasaan. Sebelum ini kita dimomokkan dengan cerita-cerita ganas pergaduhan yang memungkinkan anak-anak muda kita terpengaruh dengan kongsi gelap dan kita juga diwarnai dengan hantu-hantu sehinggga anak kita sendiri ketakutan siang dan malam. Jawapannya selagi pemikiran kita tidak berubah selagi itulah akan ada filem-filem sebegini.

Nan menambah, dia percaya rakyat negara ini ramai yang suka membaca itu terbukti di pesta buku dan Nan percaya rakyat di negara ramai yang sudah suka menulis sebab ada twitter, FB dan blog. Secara tidak langsung sudah menjadikan rakyat negara ini bangsa yang suka menulis dan membaca, tetapi adakah rakyat kita sudah menjadi bangsa pemikir? Bolehkah mereka menjadi bangsa pemikir jika bahan bacaan mereka banyak berkisarkan tentang emosi dan perasaan. Boleh mereka menjadi bangsa pemikir jika penulisan hanya berkisar kepada kisah artis di Malaysia ini.

Nan sedang menantikan filem PECAH di panggung. Kenapa? Sebab Nan sudah membaca novel PECAH, sebuah novel kemanusiaan yang berkemungkinan berlaku dikalangan masyarakat kita. Bukan berkaitan emosi dan perasaan tetapi berkenaan satu perancangan yang mengambil masa amat panjang untuk dilaksanakan dan penuh ketelitian. Ini yang Nan sifatkan novel pemikir. Novel yang membuat pembaca mengatifkan otak mereka untuk berfikir dan pada masa sama membaca.

Nan suka melihat rakyat Malaysia membaca di mana-mana dan dia tidak kisah apa jenis bacaan yang dibaca oleh rakyat Malaysia namum jauh disudut hati biarlah bahan bacaan yang dibaca itu mampu mencambah pemikiran pembaca dan bukan melalaikan para pembaca.

Selain PECAH dan novel keluaran FIXI (walaupun jalan cerita dan bahasa ada sedikit melampau), Nan suka membaca novel karya Ramlee Awang Murshid dan novel keluaran PTS (Nan baru sahaja menghabiskan bacaan Diari Mat Despatch - Patah Hati). Pendek kata asalkan novel itu tidak berorantasikan emosi dan perasaan sesama manusia Nan pasti membacanya.

Nan juga sekarang menyimpan tekad untuk mendapatkan semua novel karya Pak Latif, kisah mengenai sejarah islam yang boleh kita jadikan iktibar dan boleh dijadikan pemangkin untuk menjadi bangsa pemikir. Tidak lupa juga karya Tuan Abdullah Hussain, IMAM. Anda pasti tidak menyesal membacanya.

Lama sungguh jari menari kali ini. Ini merupakan percubaan Nan menulis topik yang jauh daripada sukan. Adakah tulisan Nan menjadi semakin serius? Entahlah.. Biar masa menentukan.

Nan ada azam tahun baru? Nan tidak pernah mempunyai azam pada tahun baru, namun dia sentiasa berazam. Dia membiarkan perkara yang diingini akan berlaku sendiri. Dia berpendapat azam hanyalah sepatah perkataan, yang paling penting adalah perlaksanaan, tanpa perlakasanaan azam hanyalah sepatah perkataan dan angan-angan.


Dozo Yurokshiku


8 comments:

  1. Ayu sungguh sang Sari Ayu... yang pernah bersari dan mengimpikan jelmaan Ayu didalam diri. Berbaju kebaya sendat tak jadi.. menyendatkan diri dengan jersi Harimau Malaya.. Gobok pula yang menjadi mangsa...

    Ombak Rindu sudah tak berOmbak lagi.. dan hilang segala Rindu di laman You Tube.. tak perlu lagi merabakkan kantung yang sedia kempis..

    Yuran Fiksyen 302 terpaksa ditulis di buku 555.. tak sabar menanti fixi hasil khayalan dan tahajud anak Almarhum Pak Ja'ah..

    Nak megi goreng dan telur mata kerbau lagi.. ganti mee gorang mamak tangkak yang pernah dicari oleh pemilik laman tong sampah...

    p/s : jom makan rojak bawah pokok lak...

    ReplyDelete
  2. benar tu. kebanyakan kita (tak semua) lebih selesa berada atau berfikir di dalam kotak.

    errr... ibad tentu dah besar kan?

    ReplyDelete
  3. Alahamdulilah..

    Ibad dah semakin ligat dan bijak..
    Dia berada di Final Piala Malaysia yang lepas..

    ReplyDelete
  4. Abg Silk

    Komen anda pendek tapi mendalam...
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. sedihnya kadang2 seni diperalat untuk memangkin hedonisme, tapi siapa peduli?

    ReplyDelete
  6. Saya terbaca buku mengenai Yahudi di rak buku teman wancana semalam..

    Karl Marx menjawab apabila ditanya apakah penganti agama langit

    Dia menjawab : Palingkan mereka kepada pentas teater...

    Fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete