Wednesday, July 8, 2009

Senyum Pagi 8 July 09

Assalamulaikum

Tertinggal Sesuatu.

Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu dibidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok. Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut.

Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi.

Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup di planet lain.

Ketiga, seorang penggila rokok, dia dipilih kerana terlalu kuat ketagih menhhisap rokok, dia hisap empat kotak 20 batang rokok sehari. Dia berjanji sekembalinya nanti selepas empat tahun, dia akan menghasilkan satu rokok yang akan memberi kepuasan kepada semua penghisap rokok.

Maka sampailah hari yang dinantikan, hari pelancaran dan penghantaran mereka bertiga keangkasa lepas. Maka beribu-ribu orang menghadiri upacara penghantaran tersebut di tapak pelancaran kapal angkasa itu.

Doktor perempuan tadi pergi sambil membawa beratus ratus tabung uji untuk dibuat penyelidikan di angkasa. Si Prof pula membawa beratus-ratus buku dan peralatan untuk tujuan penyelidikannya, manakala si penggila rokok membawa 24 almari yang penuh dengan rokok yang mengandungi 30 jenama rokok berlainan jenis yang terdapat diserata dunia, kesemuanya ditaja oleh syarikat-syarikat rokok dunia. Sangat seronok dia, maklumlah rokok free, sapa tak mahu oi. Mereka pun disorakkan bagai raja semasa pemergiannya. Selang beberapa jam ruang angkasa dipenuhi asap tebal dan bunyi bising tanda pemergian mereka membawa misi besar negara mereka dan rakyat untuk masa depan.

Masa berlalu, orang ramai semakin hari semakin lupa tentang mereka dan akhirnya sampailah masa yang berlalu selama empat tahun. Negara dikejutkan dengan kepulangan mereka pada tarikh tertentu. Maka berduyun-duyunlah manusia berkumpul menantikan kepulangan mereka sebagai wira negara. TV1 hinggalah TV30 berkumpul untuk menemuramah mereka. Tiba-tiba angkasa lepas bergema, kelihatan dari jauh sebuah kapal angkasa menghampiri bumi, sedikit demi sedikit kapal itu kelihatan membesar, menandakan ia semakin hampir. Apabila ia mendarat semakin riuh orang ramai bertepuk tangan. Bila kapal itu berhenti, semakin tidak sabar melihat wajah hero mereka.

Pintu kapal terbuka, doktor perempuan turun mendahului yang lain, terbeliak semua mata yang ada, dia turun bersama 10 kanak-kanak yang kelihatan begitu gembira. Bila kakinya menjejaki lantai lapangan terbang tersebut, wartawan menyerbunya dan bertalu-talu soalan diajukan. Dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut.

Kedua, muncul Prof. Cakerawala, dia juga diserbu dan diajukan beribu soalan oleh wartawan, tapi dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut.

Selepas selesai keduanya, semua wartawan dan orang ramai, terutamanya penghisap rokok, tertumpu pada orang ketiga, si Penggila Rokok. Tunggu punya tunggu akhirnya keluarlah Penggila Rokok tersebut, maka bergemuruhlah orang ramai bertepuk, wartawan tanpa berlengah lagi menyerbu ketangga kapal angkasa untuk menemurahnya. Tetapi sesuatu yang agak pelik telah berlaku, si Penggila Rokok bergegas turun, tanpa menghiraukan wartawan yang menyerbunya, dia menolak mereka ke tepi, dengan wajah yang sangat marah, dia bukannya menuruni tangga pesawat tersebut, tapi terjun kebawah sambil menjerit "

Pinjamkan aku lighterrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Aku terlupa bawak lighter, aku nak hisap rokok, empat tahun aku tak hisap rokoooooooooook Bodooooooooooh!!!!!!"... ...... ... ... ... ..

Dozo Yuroshiku

Tuesday, July 7, 2009

Senyum Pagi 7 July 09


Assalamulaikum..

PUISI Suami Isteri

SINAR

Isteriku,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
Andai kau memang mentari,
Sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan....
Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...



AKAN TETAPIIIIIIII. .


Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau LILIN ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Please lah....!!!
Jangan la nak berangan!!




p/s 1: X de kena mengena ngan entry lepas
p/s 2: X tau nak letak kategori ape (berape sx pun x tau)
p/s 3: X tau penulis asal puisi indah ini...

Dozo Yuroshiku

Friday, July 3, 2009

Untuk Renungan Bersama 3 July 2009


Assalamualaikum


Syaitan pun terkejut.....

Tazkirah buat semua....


Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!" Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin," Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam...... Kemudian ketika dating waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,


"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut!” jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada p intah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", Telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!” kata setan sambil beredar pergi.

Dozo Yurokshiku

Thursday, July 2, 2009

Senyum Pagi 2 July 09

Assalamulaikum...

Entri hari ini still pasal suami isteri... so enjoy it...

KETAT


Sepasang suami isteri telah berkahwin hampir 18 tahun. Kehidupan mereka agak mewah hasil daripada kejayaan si suami dalam perniagaan dan boleh dikatakan hampir sempurna kalau tidak kerana mereka masih lagi gagal untuk mendapatkan sebarang zuriat. Walaupun dah berusaha bermacam-macam cara tradisional seperti yang dianjurkan oleh ibu bapa dan sanak saudara terdekat, mereka masih lagi menemui jalan buntu.

Setelah dinasihatkan oleh seorang rakan rapat mereka, kedua-duanya bersetuju untuk menemui seorang pakar perbidanan dan sakit puan di sebuah pusat perubatan terkemuka di ibu negara.Tiba di klinik pakar tersebut mereka menjalani beberapa ujian mudah dan doktor pakar tersebut kemudiannya menegaskan bahawa mereka terpaksa melakukan 'sperm count' terhadap air mani si suami.

Maka oleh kerana ketika itu hari telah pun lewat, si suami pun dibekalkan sebiji botol untuk dia mengisikan air maninya ke dalam botol tersebut dan menghantarkannya ke klinik tersebut keesokan harinya.

Keesokan harinya pasangan tersebut muncul kembali di klinik tersebut dan berjumpa dengan doktor pakar. Si suami lantas menghulurkan botol yang telah di bekalkan semalam kepada doktor tersebut. Doktor tersebut tercengang melihat botol itu yang masih kosong lantas bertanya "Apa sudah jadi ni?" Sambil si isteri tertunduk rapat, si suami menjawab " Tak boleh la doktor. Dah macam-macam cara kami buat, tapi tak boleh juga."

Si suami menyambung lagi, "Mula-mula saya guna tangan kanan, tak boleh. Kemudian guna tangan kiri, pun masih tak boleh. Saya minta isteri saya tolong, pun tak boleh juga... Mulanya dia guna tangan kanan,lepas tu tangan kiri pula........ sampai dah lenguh tangan, isteri saya pakai mulut pula. Itu pun tak boleh juga."

Si suami memandang isterinya sambil menyambung lagi ceritanya "Kemudian isteri saya panggilkan dua orang gaji kami yang masih muda dan kuat tu untuk turut membantu, tapi inilah........tak berhasil juga..." keluh si suami.Doktor yang asyik mendengar itu amat
terkejut dengan cerita yang didengarnya itu sambil berfikir-fikir dalam kepalanya "Pasangan ni dah gila agaknya. Oleh kerana terlalu inginkan zuriat mereka sanggup meminta orang gaji mereka membantu. Apakah pula penyakitnya sehinggakan si suami gagal untuk memberikan sampel air maninya tu".

Setelah berfikir sebentar doktor pun berkata kepada pasangan itu. "Beginilah encik, kemungkinan kita terpaksa melakukan pembedahan".Si suami terus menjawab "Apa yang nak disusahkan doktor, bagi saja saya botol yang lain. Penutup botol ni ketat sangat!!"

Huahahahahahah

Dozo Yuroshiku

Wednesday, July 1, 2009

Senyum Pagi 1 July 09


Assalamulaikum...

Guys hari ni another 18s
x story la....

Antara TNB dan Lilin

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 6 bulan baru menyewa sebuah rumah dipinggir bandar. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat 3 bulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah En. Zulkarnain ke (bukan name sebenar lagi)ker?"
"iya, saya ni isterinya, ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah 3 bulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni 3 bulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat 3 bulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Zulkarnain ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet? Orang lain semua yg berkeluarga tak pernah lewat 3 bulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang ke rumah si Zulkarnain ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik, Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Zulkarnain naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Zulakrnain mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA

Dozo Yuroshiku