Tuesday, July 14, 2009

Bila Jari Menari 14 July 09



Assalamualaikum

Jariku menari lagi... Tapi perasaan & akal aku tidak selari kali ni. Perasaan aku mahu menulis tp akal semacam malap pulak. So aku menulis sekadar mengikut apa yang terlahir drpd akal ku ni sahaja. Jadi aku cuba mengingati ape yang berlaku pada minggu lepas. Banyak isu yang berlaku, PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 (yang pasti nya aku tidak bersetuju), kematian Raja Pop Micheal Jackson, perpindahan pemain bola sepak dunia & jugak perkembangan NBA. (Aku jugak gah baca last novel abg Ramlee, Mikhail)

Pendapat aku mengenai PPSMI telah aku luah kan di blog Kak Linda Amri dan yang nyata pendapat kami amat berbeza dan kami tetap dengan pandangan kami. Berita kematian MJ masih hangat menghiasi dada-dada akhbar malah ade syarikat-syarikat percetakan yang mengambil untung atas angin dengan membuat cerita (aku percaya cerita-cerita tu semua daripada internet) tentang MJ.

Tapi aku lebih berminat diruangan sukan, terutama pasal perpindahan pemain bolasepak (Transfer Window). Semua peminat bola sepak tegar dah tau bertapa kaya nyer kelab Real Madrid. Tetapi ape yang palaing saya nantikan pada bulan Ogos ni ialah Owen & Man Utd. Kenape? Owen merupakan penyerang berkelas A & aku percaya dia membuat keputusan yang tepat apabila menyertai pasukan the Red Devil ni.

Lagi satu berita tentang pasukan Newcastle yang mungkin akan diambil alih oleh syarikat daripada Malaysia. Tetapi boleh ke? Malaysia Boleh !!!!

Tak sabar rasa nyer nak tunggu bulan Ogos ni, macam penuh je jadual aku ni. EPL bermula, NBA bermula, nak balik ke Shah Alam (insya allah dpt jumpe team RAMFC) & paling penting kita akan sekali lagi menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Sehingga Jari Ku Menari lagi...

Dozo Yurokshiku

2 comments:

  1. Jariku menari untuk memberi komen...

    PPSMI? Ya, kita nyata berbeza pendapat tetapi itulah yang baiknya, kita dapat melihat pro dan kontra sesuatu perkara. Jika difikirkan, Allah Maha Kuasa - menjadikan manusia itu berbeza tetapi masih mampu untuk bersahabat, ya kan?

    MJ? Aku pun haru biru bercelaru kepala otak kerana tidak tahu mana satu berita yang betul. Banyak sangat corat coret pasal MJ, kesian dia. Dah dikebumikan ke MJ?

    Bola? Hehe... aku minat sikit2 dan mengetahui perkembangan bola melalui suami yang memang meminati bola - sanggup berjaga malam dan bangun seawal 2.00 pagi utk tengok perlawanan bola. Apa pun, aku tumpang seronok tengok pemain bola yang kacak2... ehem ehem...

    Sehingga jariku menari lagi untuk memberikan komen...

    Jumpa lagi ya Farid! Salam... :-)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Linda

    TQ bg komen..Klu nak tau pasal bola.. insya allah Papa Ibad leh carikan info.

    ReplyDelete