Friday, September 18, 2009

Bila Jari Menari 18 September 09


Assalamualaikum

Januari 09 ~ Kedatangan tahun baru tidak memberi banyak impak kepada diri saya. Tiada sambutan yang berlebihan. Namun bulan ini saya akan bercuti panjang kerana cuti Tahun Baru Cina. Mama Ibad ketika itu sedang sarat mengandungkan Ibad yang dijangka melihat segala pancaroba alam maya ini pada hujung bulan Febuari. Kami ke Shah Alam untuk bercuti. Ketika disana, kami mendapat panggilan tentang kematian saudara di Pulau Pinang dan saya mengambil keputusan untuk pergi melawat. Kami bermalam disana dan pada pagi keesokan bermulalah satu sejarah dalam hidup saya. Air ketuban mama Ibad pecah, tiada rasa sakit terungkap tetapi mama ditahan wad dan Ibad akan dilahirkan di pulau mutiara. Mama Ibad kena menanti selama 3 hari di wad Hospital Seberang Jaya. Kesian melihat mama Ibad, saya telah membelikan buku 'puzzle' & novel 'Hijab Sang Pecinta'. Mama tidak boleh menerima novel itu. Terlalu berat katanya. Saya pula sebagai penggantinya. 30 Januari, tarikh yang tidak akan saya lupakan. Selama saya menanti mama Ibad melahirkan Ibad daripada jam 8.00pagi hingga 12.00 tengahari, selama itulah saya menyelami Hijab Sang Pecinta. Hati tertanya-tanya, bagaimana cerita pada novel terdahulu, Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu. Saya nekad akan mencari 2 novel itu.

Febuari 09 ~ Mama Ibad berpantang di Shah Alam dan saya pula kembali ke Pasir Gudang untuk berkerja. Bersama saya, novel Bagaikan Puteri tetapi Cinta Sang Ratu sudah habis dipasaran. Disamping itu saya juga mendapat informasi tentang novel-novel karya Ramlee Awang Murshid. Saya semakin tertarik.

Mac 09 ~ Saya mula membaca karya-karya Ramlee Awang Murshid yang lain. Inilah novel yang saya cari selama ini. Bukan niat untuk me
nindakkan novel yang lain, sesungguhnya saya letih dengan karya 'linangan air mata' yang banyak berada dipasaran.

April 09 ~ Mama & Ibad kembali ke Pasir Gundang dan bermulalah tugas sepenuhnya saya sebagai seorang ayah@abah@papa. Gembira dihati hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya masih meneruskan marahton novel Ramlee Awang Murshid.

Mei 09 ~ Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4. Hadiahnya tentulah Ibad Farhan. Dibulan ini jugalah saya mencari orang-orang lain yang mempunyai pendapat yang sama dalam membaca novel ini. Saya menjumpai laman web RAMFC dan saya terus menjadi ahli. Disini saya menambahkan lagi kenalan saya. Nama-nama seperti Elle, Kak Illa, Sue, Nain, Osh, Fiza, Kak Linda, Akim san, Ain, Abg Web dan Nizah (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan 'otai' dan pengunjung setia RAMFC ini.

June 09
~ Blog saya terhasil dan saya sudah mempunyai kesemua koleksi Ramlee Awang Murshid daripda Alaf 21. Kenapa saya menghasilkan blog? Saya tidak suka menulis. Agak lama saya memikirkan mengapa saya perlu ada blog? Saya tidak mahu mempunyai blog semata-mata mahu meniru rakan-rakan di RAMFC yang sudah mempunyai blog. Saya perlu memastikan blog itu berguna. Setelah puas memikirkan, maka lahirlah 'From Zonan A
ngle' yang membawa maksud, "segala apa yang jari saya tarikan adalah daripada sudut pandangan saya sendiri". Saya semakin gembira dan seronok bersama RAMFC, banyak idea dan pandangan yang bernas saya dapat bila bersama mereka.

Julai 09 ~ Berlaku pekara yang saya tidak gemari. Perhubungan saya dengan salah seorang ahli RAMFC menjadi retak 'dek' kerana berselisih pendapat. Saya tidak dapat membendung rasa tidak puas hati. Saya mengwar-warkan secara terang-terangan. Jari saya ringan sahaja menari tarian yang sumbang, namun begitu tiada kekesalan yang terlahir kerana saya yakin saya dipihak yang benar, namun keretakan sudah berlaku dan kelihatan retak hanya menanti belah.

Ogos 09 ~ Sejarah tercipta lagi. Daripada gelak ketawa dilaman web, kami di RAMFC bersua rupa. Kami bertemu buat pertama kalinya dan bermain Futsal. Gamat gempita apabila k
ami bertemu. Hubungan sesama kami semakin erat umpama 'aur dengan tebing'. Tiada kejanggalan antara kami. Kami adalah seperti kami dilaman web. Dipenghujung bulan Ogos pula Ramadan Al- Mubarak mengamit kami.

September 09 ~ Tamatlah sudah Ramadhan tibalah Syawal. Sengaja saya tari kan sketsa 3/4 perjalanan kehidupan saya di 2009. Saya cuba jejaki apa yang telah saya lakukan selama tahun ni.Kenapa? Kerana saya cuba mengisafi diri saya dengan apa yang telah saya lakukan kepada sesama saudara, sesama rakan & sesama manusia. Saya yakin kesilapan sama ada sedar atau tidak, pasti berlaku. Kepada rakan-rakan yang membaca entri kali ini, kepada rakan di RAMFC, saya sekeluarga Papa, Mama & Ibad Farhan menyusun 10 jari serta dengan rasa rendah diri memohon keampunan untuk segala salah silap, baik dari tutur kata, perbuatan dan tulisan. Dihalalkan jika ada termakan dan terminum. Semoga hubungan ini akan berterusan dan bertambah akrab hendaknya. Selamat Hari Raya AidilFitri.

Ucapan ini pula khas untuk RQ : Papa tidak kisah sama ada RQ kisah atau tidak..tetapi pada bulan yang mulia ini, papa rasa inilah masa yang terbaik untuk kita pulihkan 'keretakan' yang berlaku diantara kita, marilah kita jadikan apa yang berlaku itu sebagai sempadan dan menciptakan tauladan dengan menyambung kembali hubungan. Papa dengan rasa penuh keikhlasan (sambil menjeling kat Frodo yang sedang merawat luka dicakar) memohon kemaafan diatas segala yang berlaku dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~ MAAF ZAHIR & BATIN ~ ~ DARIPADA ~



PAPA IBAD, MAMA IBAD & IBAD FARHAN

Thursday, September 10, 2009

Bila Jari Menari 10 September 09


Assalamualaikum

Kali ini jari saya akan
menari tentang salah satu pengalaman dalam hidup saya. Apabila seronok membaca coretan Abg Faqur tentang pengalaman dirinya, tertanya-tanya saya kepada diri sendiri, apa pengalaman yang boleh saya kongsikan. Bukan niat mahu meniru coretan nukilan Abg Faqur yang mempunyai gaya penulisan yang menarik tetapi saya sekadar untuk berkongsi sahaja. Mungkin ada pembaca yang pernah mengalami keadaan yang sama mungkin juga tidak.

Kejadian ini berlaku awal 2005, saya belum berkahwin lagi, masih tinggal dengan keluarga saya dan baru sahaja berkerja di Pasir Gudang setelah 4 tahun merantau di Shah Alam. Sedang saya asyik berkerja, lebih kurang jam 4 ptg, saya mendapat panggilan memberitahu tentang kematian bapa saudara di Segamat. Setelah mendapat tahu bahawa arwah akan dikebumikan pada esok hari, maka saya mengambil keputusan untuk menghabiskan waktu kerja saya pada hari itu dan bercuti pada esok hari. Saya memberitahu berita kepada keluarga saya dan rancangan untuk melawat keluarga arwah.

Saya sampai kerumah lebih kurang jam 8 malam. Emak, arwah abah & adik perempuan sudah menanti saya untuk ke Segamat. Perjalanan ke Segamat memakan masa lebih kurang 3 jam. Saya memulakan perjalanan dengan Iswara saya pada jam 10 malam kerana saya mengambil masa untuk berehat sebentar kerana letih. Perjalanan daripada Johor Bahru ke Segamat melalui highway amat menyenangkan. Untuk ke Segamat kami perlulah keluar di Tol Yong Peng selatan dan disinilah pengalaman yang mahu saya kongsikan berlaku.

Ketika menghampiri pondok tol, saya mendapati pancaran lampu kereta saya kelihatan malap, lampu di'dashboard' pun malap. 'Alamak apa hal pula ini' hati saya berdetik. Sesudah membayar harga perjalanan dipondok tol, saya mengambil keputusan untuk berhenti dikawasan rehat berhampiran pondok tol.

Jam pada masa itu m
enunjukkan 12.00 tengah malam. Saya cuba menghidupkan kembali kereta saya tetapi tidak berhasil. Cuba dan terus mencuba tetapi masih gagal. Kemudian kami didatangi oleh 2 orang pemuda yang menunggang motosikal dan baik hati bertanyakan keadaan kami. Disebabkan kami tidak mempunyai peralatan yang lengkap, maka mereka menawarkan diri untuk mengambil peralatan untuk membantu kami.

Ketika menunggu 2 orang pemuda itu, sebuah trak polis datang untuk berhenti rehat, melihat kepada keadaan kami, pemandu trak itu datang bertanya khabar. Dia kemudian mengarah saya untuk menolak kereta saya dan dibantu oleh rakan-rakannya. Enjin kereta berjaya dihidupkan. Dia kemudian membuka bonet depan kereta saya dan mencabut wayar negetif di bahagian bateri, enjin kembali mati.

"Alternator problem ni dik" kata abg polis tu. Pada masa yang sama 2 pemuda tadi sudah kembali dan bersama abg polis tadi melihat keadaan kereta saya itu.
"Ini tidak boleh jalan jauh bang. Abg nak kemana?" kata salah seorang pemuda.
"Kami nak ke Kemelah ini' jawab saya. "
"Awak kena tukar 'Alternator dulu ini dik" kata abg polis tu
pula.
"Mana cari bengkel pagi-pagi ni. Ad
ik, awak tahu mana bengkel kereta disini?" tanya saya kepada pemuda itu.
"Ada bang, tak jauh dari sini, abg ikut saya, saya
tunjukkan" pemuda itu menjawab
"Hah!!! ada ke?" saya dah mula syak terhadap pemuda itu.
"Ada bang, bengkel itu saya yang punya" balas pemuda itu.


Disebabkan tiada pilihan lain, maka saya mengambil keputusan untuk pergi ke bengkel pemuda itu. Setelah menolak kereta untuk kali kedua dan mengucapkan terima kasih kepada abg-abg polis itu, kami ke bengkel pemuda itu. Memang tak jauh pun. Kerja-kerja pemasangan mengambil masa dalam 45 minit. Setelah selesai segala pemasangan dan membuat pembayaran kami meneruskan perjalanan ke Kemelah.

Namum disepanjang perjalanan itu saya asyik memikirkan tentang kejadian yang berlaku sebentar tadi. Sesungguhnya saya rehda tentang kebesaran Allah.

Perkerjaan saya berkisar kepada perhubungan sesama manusia. Dalam proses memudahkan pekerjaan saya, saya banyak 'membantu' (kalau boleh dipanggil bantu lah) pengedar-pengedar saya apabila mengalami kesulitan ketika menghantar barangan mereka. Nawaitu saya pada masa itu hanyalah agar barangan itu segera berada di stor saya supaya boleh dijual kepada pelanggan saya. Tidak sedikit pun saya mengharap
kan balasan.

Adakah ini balasan yang Allah berikan dengan apa yang saya telah buat? Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran. Namun apa yang berlaku pada saya ini, menunjukkan bertapa besarnya kuasa Allah dan bertapa kita perlu berbuat baik sesama manusia.

Sehingga Jari Menari Lagi


Dozo Yoroshiku.

Tuesday, September 8, 2009

Bila Jari Menari 8 September 09

Assalamualaikum

2 Budak Botak

Kali jari jemari ku gatal mahu menari tentang aktiviti aku bersama Ibad Farhan pada hujung minggu lepas. Aku bukannya suka mahu bercerita tentang hal ehwal diri aku & keluarga, tetapi kali ini terkecuali, sambil meminjam ayat kegemaran Frodo "aku blogger syok sendiri" dan "ade aku kisah kau nak tulis ". Anggap sajalah entri kali ini entri syok sendiri.

Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk aku coretkan, sekadar luahan dan beberapa kepingan aksi aku bersama Ibad Farhan yang nak aku kongsikan. Sabtu yang lepas aku & keluarga keluar membeli bahan untuk memasak di Tesco. Seperti biasa Mama Ibad lah yang paling sibuk. Aku & Ibad macam biasa mengekori sambil mencuci mata. Dalam kebosanan itu, tangan aku gatal nak mengambil gambar Ibad, hasilnya nanti boleh dilihat disepanjang entri ini nanti. Sabtu itu kami berbuka dengan menu Yong Tau Fu dan pisang goreng (pisang tanduk tu). Aku cuma makan pisang gorang sahaja kerana selepas itu aku mengeluarkan peluh bermain futsal.

Esoknya pula kami berbuka puasa dirumah Tok Peah (emak aku lah) best berbuka malam itu, lauk udang sambal & daging masak kunyit. Ibad pula lepas orang berbuka dia boleh 'layan' tidur pula. Ingat nak balik selepas dia bangun tapi lepas jam 9.00 tidak bangun-bangun juga, nak tak nak kena jugalah angkat si kecik itu untuk pulang. Di bawah ini, tatapan hujung minggu kami. Sehingga jari menari lagi... Dozo Yuroshiku..

Ibad Farhan Dalam Troli

2 Budak Botak (Kalau seorang itu boleh dipanggil budak lah)

Aksi 2 Budak Botak


Seorang Budak Botak Nak Masuk Tidur, Seorang Lagi Tunggu Dia Tidur

Thursday, September 3, 2009

Senyum Pagi 3 September 09

Assalamualikum

Sudah lama kiranya senyum pagi tidak tersenyum, tetapi pagi ini kembali lagi.

Subject: Minyak Dan Org Arab

Bermulalah satu cerita di station minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit dan bahasa bangla banyak yg dia tahu. Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan.

Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah adik beradik mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah kepada hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyak dah abis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu cuma tau bahasa omputih sikit dan bahasa arab tentulah terror kan...

Hasan cuba memberitahu kepada org arab tu sambil menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham. Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu..memang bodo sikit org arab ini.

Hasan pun tak tau nak buat camner..dia pun pegi kat Majid utk menerangkan situasi dier sekarang. Mereka bercakap dalam bahasa bangla, dan ditranslatekan begini

Hasan: Majid, tolong aku majid, org arab tu tak tau minyak kat sini dah abis

Majid: Ala...ko cakap jer ler..minyak dah abis.

Hasan: Aku dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku pulak, tak tau cakap omputih..Yes , No, Alright aku tau ler.. dan... I love u

Majid: Aku pun tak tau jugak cakap omputih...

Hasan: Ala..ko tolong ler aku..

Majid: Ok tak per...aku tau sikit-sikit cakap arab

Lalu pergila..Majid dekat org Arab tu dan berkata;

"Fuel!, Sodoqallahulazim", dan baruler..org arab tu paham dan dier pun blah...ler...
Dozo Yuroshiku





Ps: Gambar Ibad yang sudah di 'GI' kan. Memenuhi hajat uncle Hasanain...