Assalamualaikum
Kali ini jari saya akan menari tentang salah satu pengalaman dalam hidup saya. Apabila seronok membaca coretan Abg Faqur tentang pengalaman dirinya, tertanya-tanya saya kepada diri sendiri, apa pengalaman yang boleh saya kongsikan. Bukan niat mahu meniru coretan nukilan Abg Faqur yang mempunyai gaya penulisan yang menarik tetapi saya sekadar untuk berkongsi sahaja. Mungkin ada pembaca yang pernah mengalami keadaan yang sama mungkin juga tidak.
Kejadian ini berlaku awal 2005, saya belum berkahwin lagi, masih tinggal dengan keluarga saya dan baru sahaja berkerja di Pasir Gudang setelah 4 tahun merantau di Shah Alam. Sedang saya asyik berkerja, lebih kurang jam 4 ptg, saya mendapat panggilan memberitahu tentang kematian bapa saudara di Segamat. Setelah mendapat tahu bahawa arwah akan dikebumikan pada esok hari, maka saya mengambil keputusan untuk menghabiskan waktu kerja saya pada hari itu dan bercuti pada esok hari. Saya memberitahu berita kepada keluarga saya dan rancangan untuk melawat keluarga arwah.
Saya sampai kerumah lebih kurang jam 8 malam. Emak, arwah abah & adik perempuan sudah menanti saya untuk ke Segamat. Perjalanan ke Segamat memakan masa lebih kurang 3 jam. Saya memulakan perjalanan dengan Iswara saya pada jam 10 malam kerana saya mengambil masa untuk berehat sebentar kerana letih. Perjalanan daripada Johor Bahru ke Segamat melalui highway amat menyenangkan. Untuk ke Segamat kami perlulah keluar di Tol Yong Peng selatan dan disinilah pengalaman yang mahu saya kongsikan berlaku.
Ketika menghampiri pondok tol, saya mendapati pancaran lampu kereta saya kelihatan malap, lampu di'dashboard' pun malap. 'Alamak apa hal pula ini' hati saya berdetik. Sesudah membayar harga perjalanan dipondok tol, saya mengambil keputusan untuk berhenti dikawasan rehat berhampiran pondok tol.
Jam pada masa itu menunjukkan 12.00 tengah malam. Saya cuba menghidupkan kembali kereta saya tetapi tidak berhasil. Cuba dan terus mencuba tetapi masih gagal. Kemudian kami didatangi oleh 2 orang pemuda yang menunggang motosikal dan baik hati bertanyakan keadaan kami. Disebabkan kami tidak mempunyai peralatan yang lengkap, maka mereka menawarkan diri untuk mengambil peralatan untuk membantu kami.
Ketika menunggu 2 orang pemuda itu, sebuah trak polis datang untuk berhenti rehat, melihat kepada keadaan kami, pemandu trak itu datang bertanya khabar. Dia kemudian mengarah saya untuk menolak kereta saya dan dibantu oleh rakan-rakannya. Enjin kereta berjaya dihidupkan. Dia kemudian membuka bonet depan kereta saya dan mencabut wayar negetif di bahagian bateri, enjin kembali mati.
"Alternator problem ni dik" kata abg polis tu. Pada masa yang sama 2 pemuda tadi sudah kembali dan bersama abg polis tadi melihat keadaan kereta saya itu.
"Ini tidak boleh jalan jauh bang. Abg nak kemana?" kata salah seorang pemuda.
"Kami nak ke Kemelah ini' jawab saya. "
"Awak kena tukar 'Alternator dulu ini dik" kata abg polis tu pula.
"Mana cari bengkel pagi-pagi ni. Adik, awak tahu mana bengkel kereta disini?" tanya saya kepada pemuda itu.
"Ada bang, tak jauh dari sini, abg ikut saya, saya tunjukkan" pemuda itu menjawab
"Hah!!! ada ke?" saya dah mula syak terhadap pemuda itu.
"Ada bang, bengkel itu saya yang punya" balas pemuda itu.
Disebabkan tiada pilihan lain, maka saya mengambil keputusan untuk pergi ke bengkel pemuda itu. Setelah menolak kereta untuk kali kedua dan mengucapkan terima kasih kepada abg-abg polis itu, kami ke bengkel pemuda itu. Memang tak jauh pun. Kerja-kerja pemasangan mengambil masa dalam 45 minit. Setelah selesai segala pemasangan dan membuat pembayaran kami meneruskan perjalanan ke Kemelah.
Namum disepanjang perjalanan itu saya asyik memikirkan tentang kejadian yang berlaku sebentar tadi. Sesungguhnya saya rehda tentang kebesaran Allah.
Perkerjaan saya berkisar kepada perhubungan sesama manusia. Dalam proses memudahkan pekerjaan saya, saya banyak 'membantu' (kalau boleh dipanggil bantu lah) pengedar-pengedar saya apabila mengalami kesulitan ketika menghantar barangan mereka. Nawaitu saya pada masa itu hanyalah agar barangan itu segera berada di stor saya supaya boleh dijual kepada pelanggan saya. Tidak sedikit pun saya mengharapkan balasan.
Adakah ini balasan yang Allah berikan dengan apa yang saya telah buat? Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran. Namun apa yang berlaku pada saya ini, menunjukkan bertapa besarnya kuasa Allah dan bertapa kita perlu berbuat baik sesama manusia.
Sehingga Jari Menari Lagi
Dozo Yoroshiku.

whoaaaaaa .....
ReplyDeleteJangan risau papa, sekalipon mat rempit nampak papa waktu tu, mmg mika tolong punya ((mat rempit lalok yg bwawasan jer lah)). ;)
Mungkin rezeki "pemuda" itu mlm tersebut, selain tolong papa ibad ... dapat jugak ongkos tuk bulan tu dgn baiki kereta yg "sakit" ittew. xoxoxo
Mmmmmm ~ ader mirip abang fakur ... mantapp!!! tp bahasa kita mungkin tidak semunge bahasa dia. xperr take time ... hohohoho
Assalamualaikum Nain
ReplyDeleteKita budak baru belajar, Abg Faqur dah lama menulis..
Kita belajar perlahan-lahan. X de mirip tulisan Nain ke?
Papa campurkan fomula Abg Faqur & Nain sekali ni.. saja je x masukkan name Nain (majuk sbb nain x bgtau Nain masuk kelab ape)
Tq for komen.
Salam Papa..
ReplyDeletebetullah tu papa..ada guru saya mengatakan bahawa,apabila kita membantu seseorang,kita akan dibantu oleh org lain sebagaimana kite membantu org itu td.maknanya sbg contoh,apabila papa tolong sy,xsemestinya sy akan bantu papa,mgkin nain yg akan bantu,dan satu hari sy pulak akan bantu nain..wallahualam..jd,selamat membantu...Lalalala..((sori tgh lalok nih))
Jika kita melakukan sesuatu kebaikan terhadap orang lain, janganlah pula kita mengharapkan sebarang balasan daripada mereka. Lakukanlah segala kebaikan itu dengan ikhlas.
ReplyDeleteKehidupan ini sentiasa berputar. Masa akan silih berganti. Dan segala kebaikan yang kita pernah lakukan mungkin pula dibalas oleh orang lain, tidak semestinya oleh orang yang pernah kita bantu.
Merenung lebih mendalam lagi, jika ada kesenangan yang kita terima pada hari ini, mungkin itu semua merupakan ganjaran Allah berpunca daripada segala kebaikan yang pernah kita lakukan di masa lalu.
Ganjaran itu pula tidak semestinya berbentuk material. Ia mungkin dihadirkan di dalam aspek lain yang mungkin tidak kita sedari seperti dipermudahkan dalam setiap urusan, kejayaan di bidang kerjaya,kesihatan yang sempurna,atau pun kebahagiaan rumahtangga.
Seronok membaca catatan anda Zonan. Syabas.
fakur