Friday, May 21, 2010

Bila Jari Menari 21 Mei 2010

Assalamualaikum

Ruang untuk jari menari berwajah baru. Bagaimana? Tidak kisahlah bagaimana pun bentuknya asalkan ada ruang untuk jari saya ini menari.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Nain aka Frodo aka Biskut yang memberikan tunjuk ajar selama 30 minit melalui internet. Alhamdulilah inilah hasilnya. Boleh tahan kan? (Masuk bakul angkat sendiri!!!!!!). Tapi mahu membuatnya berjam-jam namun begitu satu proses pengajaran & pengalaman yang amat berguna.

Ampun dan maaf kepada pengasas RAMFC Elle, nanti Papa siapkan senarai terkini RAMFC minggu ini. Beginilah jika penyakit kemalasan datang melanda, tetapi insya allah kata mesti dikota.

Selanjur berkata tentang RAMFC, saya masih lagi sempat berkunjung ke teratak rakan-rakan RAMFC. Kak Illa aka Sang Ratu dengan kesibukan, Akim & Osh mungkin sedang sibuk dengan persiapan hari bahagia mereka (dengan pasangan masing-masing ye!!) Sue yang sedang sibuk dengan projek cendawannya dan Abg Web dengan ulasan-ulasan bernas tentang buku. Saya merindui saat bersama mereka dipermadani hijau. Mungkinkah masa itu akan berulang lagi?

Sebenarnya memang tiada idea untuk menulis tetapi rasa nak menulis, jadi saya biarkan jari jemari saya ini bermain ruangan tarian yang serba baru. Nak bercerita tentang novel ke? Ada. Saya baru menghabiskan sebuah buku pada minggu yang lepas, tetapi bukan untuk hari ini. Insya allah untuk entri yang seterus akan saya tarikan mengenai novel itu.

Pada masa yang sama saya bina satu ruang lagi untuk jari jemari menari. Kali ini ruang itu saya gelarkan 'Arena'. Arena ini akan menjadi ruang tarian jari jemari saya berbicara tentang sukan. Insya Allah. Jika ada kelapangan singgahlah disini http://zonananglearena.blogspot.com/.

Tarian jari jemari saya berhenti disini dahulu. Cadangnya mahu 'menukang' si arena pula. Sehingga bertemu lagi.

Dozo Yuroshiku 

4 comments:

  1. cayalah papa ...
    hitamm itu menawan!!!
    n mata kat atas tu wat wa x leh tido malam ..
    wakakkakak


    >>___<<

    ReplyDelete
  2. Tahniah lah papa ibad.. rumah baru dan siap walaupun dengan hanya 30 min je sessi pembelajarannya.. jangan jadi rumah siap pahat berbunyi sudah..
    Hitam itu menawan.. mata diatas juga menawan.. jangan sampai ada yang tertawan sudahlah papa ibad.. hehehe..
    akak teringin juga nak menukang.. tapi tak pandai nak pegang penukul dan paku.. nanti minta papa ibad ajar akak pulak..

    ReplyDelete
  3. cewah rumah baru tu
    errr jelesnya tgk header tu...akak pun tingin nak tukar header tp sifu x de lah
    ((mgkn org takut dpt protege cam akak ni ngeh3))

    tq coz farid sudi mendedikasikan nama akak kat sini hehehehe suka i tau

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sang Ratu...

    X yah nak jeles kak oii...
    Ambik gambor mata sendiri then letak situ...

    Terima Kasih kerana singgah.

    ReplyDelete