RAMFC DE' FUTSAL: Part 2
Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan, entri kali ini adalah sambungan RAMFC DE' FUTSAL yang telah berlangsung pada Sabtu lepas dengan suasana yang ringkas tetapi meriah. Kami sekeluarga telah memulakan perjalanan daripada Pasir Gudang pada jam 9.00 malam. Singgah sebentar mengisi perut di Burger King di tol Skudai sebelum meneruskan perjalanan pada jam 10.00 malam.
Sesampai di Sedenak (kalau tidak silap Papa) perjalanan menjadi perlahan kerana kesesakan lalulintas dan keadaan itu berterusan selama 1 jam. Puncanya ada lori yang terbalik dibahu jalan. Kami melepasi kesesakan itu tepat jam 12.00 dan kali ini Papa tahu bahawa kami tidak mungkin akan sampai ke Shah Alam dalam tempoh masa 4 jam. Kudrat Papa tidak sama seperti dahulu yang mampu menahan mata daripada terlelap. Telahan Papa betul dan kawasan R&R Machap menjadi saksi pertama Papa melelapkan mata, walaupun tidak nyenyak tidurnya, itu lebih baik daripada terlelap ketika memandu kereta.
Rutin berhenti & berehat diteruskan disetiap R&R (Pagoh, Ayer Keroh & Dengkil) dan alhamdulilah syukur akhirnya kami sampai jua di Shah Alam pada jam 7.00 pagi. Kedatangan kami disambut oleh keluarga mertua yang sememangnya sudah lama menanti kami. (Sebenarnya mereka lebih menantikan anak buah pertama mereka, Ibad Farhan). Maka riuh lah rumah mertua Papa dengan gelak ketawa dan tangisan Ibad. Papa pula? Selepas menurunkan segala barang-barang, Papa solat dan tidur (untuk mendapat tenaga bermain futsal pada tengahari kelak)
Papa terjaga pada jam 11.00 pagi selepas mendapat panggilan daripada Mama Ibad (masa ini Mama & Ibad berada di gerai mertua). Papa terus mandi & bersiap untuk mengambil mereka di gerai. Papa jugak mengambil kesempatan bersarapan digerai yang berhampiran sebelum membawa Mama dan Ibad balik bersiap untuk ke futsal. Kami menantikan waktu solat Zuhur sebelum menuju ke Petaling Jaya.
Kami tiba lewat daripada masa yang ditetapkan, namun begitu masih ada lagi yang hadir selepas kami. Alhamdulilah bersua rupa juga dengan ahli-ahli RAMFC yang selama ini cuma berkenalan diinternet sahaja. Abg Web, Abg Long, Kak Illa, Elle, Sue, Kak Arms, Fiza & Nua (sekadar menyebut beberapa nama sahaja) dan Nain (yang hanya mewakilkan roh sahaja)
Papa telah diamanahkan untuk menjadi penyelaras permainan futsal pada petang itu. Perjalanan permainan futsal berjalan dengan meriah. Tiada kemalangan yang melampau berlaku, kesemua bermain dengan kemampuan masing-masing, kesemua bergelak ketawa sambil beriadah & kesemua mereka pulang dengan kepuasan.
Cerita penuh mengenai aksi mereka akan berada dientri akan datang. Namun sebelum jari ini berhenti menari, Papa sekeluraga mengucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Elle kerana mendapatkan novel Pei Pan berserta tanda tangan abg Ramlee serta menjadi penganjur futsal kali ini, kepada penaja-penaja makanan dan minuman yang enak dan sedap pada petang itu kepada semua ahli jawatankuasa & penasihat aktiviti ini, kepada ahli-ahli yang sanggup datang walaupun sibuk dengan tuntutan duniawi dan kepada kesemua yang hadir pada hari sabtu lepas kerana sudi menerima kami dalam keluarga RAMFC ini, kami betul-betul gembira. Maafkan segala keterlanjuran dalam perbuatan & bahasa ketika berfutsal & beramah mesra dikedai mamak.
Sehingga Jari Menari Lagi
Dozo Yuroshiku

ehem..ehem...
ReplyDeletetatau nak kate ape..
ape yg pasti rase rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
x join aritu,...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
salam papa..
ReplyDeletetak kenal maka tak cinta. terima kasih kerana terima kami seadanya. selamat datang dalam keluarga RAMFC. kami sudah di RAMFC kan. sudah pasti keluarga papa juga telah di RAMFC kan. moga pertalian persaudaraan ini tidak terhenti setakat ini sahaja. anggaplah kami sebahagian dari keluarga papa juga. moga papa sekeluarga sentiasa didalam lindunganNYA
Oh inilah pengadil paling seksi, ganas, prihatin dan ada unsur Kebajikan Masyarakat.
ReplyDeleteCuma agak musykil, bagaimana pengadil boleh bertukar ranggau menjadi pemain.
kite pun sedih gak xleh join.nak wat camner tempat kite kuaratin..
ReplyDeleteAssalamualikum Semua
ReplyDeleteAin & Razif ~ Kita jumpa di aktiviti yang lain, Insya Allah
Sue ~ Insya Allah Sue
Abg Long ~ Saya memang prihatin & ada unsur Kebajikan Masyarakat... Tapi seksi & ganas tu...?
Ranggau terjadi kerana tuntutan nafsu yang melampau...
Terima Kasih kerana singgah Abg Long