Monday, August 3, 2009

Bila Jari Menari 3 August 09


Assalamulaikum

Jariku kali ini terpaksa menari lagi. Aku lengahkan masa kerja pagi ini semata-mata untuk menyuarakan rasa kecewa dihatiku. Sekali lagi perasaan aku kecewa dihujung minggu tetapi kali ini bukan sebab peribadi tetapi kerana apa yang berlaku ditanah tumpah darahku. Kecewa bukan kepalang. Kecewa melihat anak bangsa aku yang bertindak tanpa berfikir, kecewa orang yang tidak bersalah menjadi mangsa & kecewa kerana Malaysia yang hampir 60 tahun merdeka tetapi rakyatnya bertindak seperti Malaysia tidak pernah merdeka.

Mengapa mesti begini? Maafkan aku, aku tidak ada masa nak membelek-belek buku akta ISA ni, maafkan aku sebab aku tidak mengendahkan ISA ini, maafkan aku kerana kecetekan pengetahuan aku tentang ISA ni dan maafkan aku kerana aku tidak kisah sama ada ISA dimansuhkan atau tidak, TETAPI kesemua itu tidak menghalang aku daripada melontarkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku Sabtu lalu.

Aku tidak mahu meluahkan tentang kerugian yang dialami oleh peniaga MELAYU di Jalan Tengku Abd Rahman itu (seingat aku ada Pasar Malam disitu pada hari itu, mungkin hasrat 100,000 akan tercapai dengan mengambil kira pengunjung ke pasar malam sekali). Aku mahu tahu rasionalnya Demostrasi Jalan ini. Mengapa harus dilakukan? Apa yang cuba dibuktikan kepada rakyat Malaysia yang lain? Kenapa dibuat ditempat terbuka? Ini kah contoh yang mereka hendak tunjukan kepada rakyat Malaysia yang lain? Arrggh... Ini ke bijak pandai yang mahu memimpin negara pada masa hadapan?

Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dikaji penggunaannya. Kenape tidak boleh bersabar? Penggunaan ISA ini sudah lama dilakukan, tetapi kenapa sekarang baru nak berdemo bagai? Ada agenda lain ke? Kepada mereka yang bersungguh-sungguh dalam demostrasi jalanan tu ingatlah kita semua rakyat Malaysia telah melaksanakan tugas kami dan telah memilih siapa memerintah kerajaan Malaysia ini. Jika anda semua mahukan semua akta dipinda gunalah dengan cara lebih terhormat dan bukan begini cara nya saudara-saudara ku.

Dimana akal fikiran & budi bicara dalam diri kita? Kenapa bersifat seperti anak yang merengek apabila tidak mendapat gula-gula (akal aku masih waras mahu memperumpamakan saudaraku ini dengan manusia lain) yang akan membentak-bentak, kemudian menangis meraung dan kemudian mengamuk tanpa mengambil kisah keadaan sekeliling. Saudaraku anda sesungguhnya bertuah kerana kerajaan juga masih waras kerana hanya menggunakan air & bom pemedih mata. Bolehkah saudaraku bayangkan jika kejadian di China tidak lama dahulu berlaku pada hari Sabtu yang lepas ataupun itu yang saudaraku mahukan?

Janganlah kembalikan kesalahan itu kepada pihak polis, mereka tidak bertindak jika tiada demostasi jalanan ini. Adakah saudaraku masih mahu menyalahkan mereka jugak? Adakah saudaraku yang bijak pandai berfikir mengapakah demostarsi jalan diadakan ditempat terbuka? Kenapa tidak dilakukan di Selangor yang menjadi tanah jajahan mereka? Pada pendapat aku yang cetek pengalaman ini, polis Selangor tidak akan ada masalah untuk mengeluarkan permit untuk semua itu, kalau pun tidak dapat permit pun, saudaraku tetap akan berpesta dijalanan bukan?

Pesanku kepada saudaraku sekalian, hentikan Demostrasi Jalanan ini. Pemimpin yang anda sokong itu orang yang bijak pandai. Beritahu mereka saluran yang betul untuk mereka suarakan apa-apa saja akta yang mahu mereka pinda. Tolong jangan biarkan rakyat yang lain menjadi mangsa kerana takasuban melaksanakan agenda mereka. Aku menolak SEKERAS-KERAS cara redikal yang berlaku pada Sabtu lalu. Ambil iktibar daripada daripada negara-negara jiran kita apabila berlakunya keadaan seperti ini. Kita dilanda masalah ekonomi global dan didalam proses pemulihan, tetapi jika keadaan sebegini mampukah kita memulihkan keadaan ekonomi kita. Pernah pemimpim saudaraku ini berfikir tentang ni?

Rentak tari jemariku berakhir selepas melodi dihati dan diakal terhenti. Kepada pembaca, maaf jika ada terlanjur kata.

Wasalamualikum

Dozo Yoroziku

ps: Takziah buat keluarga Mediang Sir Bobby Robson. Aku tidak pernah melihat beliau beraksi sebagai pemain, tetapi amat mengkagumi ketika beliau menjadi pengurus Newcastle.

4 comments:

  1. FRODO JUGA MENOLAK SEKERAS-KERASNYA DEMONSTRASI JALANAN INI!! SEDAR SIKIT, THE VOTERS HAVE SPOKEN! RESPECT ARRR (W/PUN AKU X KUAR NGUNDI PRU12 ... HUAHUAHAUHAUA ~ LARIXXXX).

    TAPI BILA DAH JADI CAMNI, AKU TAU AKU NAK UNDI SAPER PRU13 NANTI ~ TU POWN KALAU AKU KUAR NGUNDI NANTI ... XOXOXOXO (SO, BAGI TELADAN KEPIMPINAN YG BAIX SKIT, KALAU RUPA CAMNI LAH ... BAIK LAGI AKU COZ LEH PIMPIN KUCING2 AKU KAT UMAH) XOXOXOXO

    lastly, ingat skit ... bukan korank jew yg hidup kat Malaysia ni. Kami yang lain2 pown ader HAK. Bila dah jadik camni, korank nampak sangat dah nafikan hak kami pulak. kami nak hidup tenteram n damai. Boleyyy jalan demo!!!


    (Yang kene asap semer korank jugak ... kan dah sakitt. "Bos2 Besar" pulak tengah steady jer ~ kalau meka kene gak asap, perghhhh aku tabikkk arrr. xoxoxoxoxo tp, mana muka2 meka ni? x nampak pown kene asap. muhahahahhaha ... oopssss... sory papa ibad, "nakal" skit komen Frodo kali ni.... tapi entry ni mmg stand out! x emo berapi, just satu rintihan rasa rakyat Malaysia yg BIJAK)

    ----------------------------------------------

    P/S: uhuks, uikkkk papa ... ble kuar jer entry bila jari menari dangdut ... guna BMT woooooo .. xoxoxoxo. A+++++++

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nain

    Nasib le umah ko x bagi jari org menari dangdut... klu x papa kopi pasta je n3 ni kat umah ko...

    BMT ke? Masih baru bertatih je tu.. Alhamdulilah (segala puji bg Allah)

    Jom dangdut.. Memori Daun Pisang... lalalala (mintak2 mama ibad x nampak le..

    ReplyDelete
  3. erkkk.... xtau nak cakap aper.... ????? knp xtau nak ckp aper???? sbb Ikut Suka Aku la?? boleh.. hehehehehe



    Walau bagaimanapun demonstrasi jalanan adalah cara yg kurang bijak, malah sama sekali tidak berhemah bagi meluahkan rasa tidak puas hati serta bantahan pada sebarang dasar-dasar kerajaan..

    adakah ini bangsa melayu yang dididik dgn kesopanan dan budi bicara yg baik??? adakah ini bangsa yg sama mengangkat islam sebagai cara hidup??? Malangnya tindakan sebegini lansung tidak mengambarkan ciri-ciri asuhan nenek moyang & nilai-nilai dalam agama..

    buat yg melaung-laung slogan perjuangan , yg mnjerit-jerit luah perasaan. fikirkanlah.. fikirkanlah saudara ku.. siapa yg beroleh untung sabut timbul.. dan lemas dek ruginya batu tengelam.. lihatlah & renungkanlah natijah dr apa yang telah terjadi. andakah yg yg beruntung itu?? atau anda beroleh nasib seperti si batu???


    p/s: Papa Ibad.. mintak mahap la beta merepek... sbnrnya beta murka gak dgn apa yg berlaku.. seyes..

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum Osh...

    Papa mengizinkan nyer di teratak papa ni...

    (err.. err..jgn merepek kat tunang ko sudah la)

    ReplyDelete