Friday, August 7, 2009

Bila Jari Menari 7 August 09


RAMFC DE' FUTSAL : Part 1

Assalamualaikum

Papa mahu menyatakan bahawa hati Papa tidak sabar-sabar menanti hari esok. Kenapa? Sebab esok ade RAMFC De' Futsal di Futsal De' Samba, jam 2 petang. Papa mahu mengubati kekecewaan dihati kerana Mama Ibad tidak dapat bercuti pada 6 Ogos & 7 Ogos seperti yang kami rancangkan. Disebabkan itu Papa terpaksa menarik balik borang cuti dan kembali berkerja pada hari ini (sebenarnya Papa tidak ade mood untuk berkerja pada hari ini). Insya Allah kami akan bertolak daripada Johor Bahru selepas solat maghrib nanti.

Elok juga kalau Papa cerita serba sedikit tentang penganjuran RAMFC DE' FUTSAL ni. Sebenarnya ini aktiviti Papa yang pertama bersama RAMFC dan idea ini datang secara tiba-tiba daripada salah seorang ahli RAMFC juga, Cik GC. Beliau dikhabarkan kerap bermain futsal telah menberikan idea yang bernas ini di Hamparan Hijau untuk perhatian Cik Elle. Papa pula sejak daripada bulan Julai bercadang hendak ke Shah Alam untuk melawat keluarga mertua & ingin berkenalan dengan ahli-ahli RAMFC kawasan KL.

Dan kuasa Allah menentukan segalanya, daripada rancangan pertemuan kecil, idea daripada Cik GC, kesungguhan Cik Elle mengaturkan parmainan futsal ini & jumlah penyertaan yang begitu menggalakan daripada ahli-ahli yang lain, maka insya allah kami RAMFC akan berkumpul sesama kami untuk mengeratkan lagi uhkuwah RAMFC sambil beriadah.

Papa mewakili AJK Futsal kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli RAMFC yang akan hadir pada hari esok. Bergembira & berseronoklah, bukan senang kita hendak berkumpul begini. Kepada yang baru (macam Papa ini) marilah kita berkenalan 'otai-otai' di RAMFC. Bahagian kedua nanti, insya allah Papa akan ceritakan & masukkan aksi menarik para perserta dalm acara RAMFC DE' FUTSAL.

Sekian

Sehingga Jari Menari Lagi...

Dozo Yurokshiku..

ps1: Nain hanya mewakilkan 'roh' sahaja....
ps2: Osh jadik MC.....

1 comment:

  1. huhuhu..kite xdapat gi sedey oo..tempat kite kene kuarantin seminggu..nak gi sarawak pon cancel..dok diumah je lah kite..msti seronok kan korg..xdapt gak jumpa ibad..xpela len kali kite cuba join,insyallah..

    ReplyDelete