Monday, August 24, 2009

Bila Jari Menari 24 August 09

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bertemu Ramadhan kita lagi. Salam Ramandhan untuk semua rakan-rakan yang dikasihi. Semalam sempurnalah 2 hari kita menjalani ibadat puasa, semoga kita akan tabah mengharungi sisa-sisa Ramadhan yang mendatang, Insya Allah.

Semalam juga saya berjaya menghabiskan baca novel Pei Pan dan ini bererti saya sudah menghabiskan 'marathon' novel Ramlee Awang Murshid yang saya mulakan sejak awal tahun ini. Terima kasih kepada Cik Elle (RAMFC) yang telah membelikan novel Pei Pan ini bersama bonus, tanda tangan penulis.

Pei Pan bererti pengkhianatan. Sebuah novel yang boleh membuatkan saya tidak mahu berhenti menbaca walau sejenak. Padat dengan konspirasi, erti persahabatan & tauladan. Maka tiada keraguan mengapa novel ini memenangi hadiah sako ke 2 pada 2002.

Kisah berkisar tentang Dato Karim seorang ahli perniagaan yang berjaya, telah didapati bersalah kerana membunuh isteri dan teman lelakinya. Disini bermulanya kejatuhan 'empayar' perniagaan Dato Karim yang sebenarnya didalangi oleh sahabat baiknya sendiri.

Dato Karim dipenjarakan dan disebalik nasib malang yang menimpanya, penjara itu berjaya membawa dirinya kembali ke pangkal jalan. Penulis berjaya menyampaikan mesej bahawa setiap manusia didunia ini berhak diberikan peluang kedua. Kita sering disajikan bahawa 'kejahatan' bekas banduan akan sentiasa mengekori mereka setelah kembali kepada masyarakat.

Penulis juga berjaya menarik minat saya kepada sesuatu yang sering saya fikirkan selama ini. Sebab yang sama mengapa saya masih membaca komik-komik aksi daripada Hong Kong dan Jepun. Apa dia? Biar sejahat mana watak dalam komik itu, pasti ada kebaikan yang dilakukan. Ini penulis buktikan dalam watak Fauzi (rakan sebilik Dato Karim dipenjara). Adakah mereka patut dilabelkan 'jahat' sedangkan dihati mereka sentiasa mengingati keluarga mereka.

Walaupun Pei Pan berkenan pengkhianatan, yang jelas menjuruskan penulis untuk menyampaikan mesej kepada kita agar berhati-hati dalam mepercayai kawan, penulis juga menonjolkan semangat setia kawan yang tinggi. Ini dibuktikan oleh Mail (juga rakan sebilik Dato Karim dipenjara) yang membelasah orang yang cuba mengugut Dato Karim, satu situasi amat mengharukan pada pandangan saya, sedangkan 'rakan' baik yang lama dikenalinya terus menjatuhkannya dalam diam.

Banyak tauladan yang dapat diberikan kepada pembaca melalui novel Pei Pan ini tetapi tauladan itu bergantung kepada pembaca budiman untuk mencarinya sendiri kerana setiap pembaca mempunyai gaya pembaca dan pemikiran yang berbeza dan begitu juga saya yang membaca sudut pemikiran saya sendiri.

Namun begitu, saya terlihat sedikit 'kelemahan' (maaf jika saya silap) dalam novel ini. Saya tertanya-tanya mengapa pihak polis tidak membuat siasatan susulan mengenai tempat Dato Karim ditanam? Saya tidak pasti bagaimana tahap kemajuan polis foransik pada masa itu (ketika kejadian) namun saya pasti ada DNA pada putung rokok yang dihisap antara 4 orang penjahat.




Secara keseluruhannya saya sungguh berpuas hati dengan nukilan Ramlee Awang Mursid ini. Jalan cerita novel ini mengingatkan saya pada Tombirou, Ranggau dan Rahsia Perindu. Penulis bijak menutup jejak supaya pembaca tertanya-tanya.



Sehingga Jari Menari Lagi...

Dozo Yurokshiku

9 comments:

  1. perghhhh, bahasa melayu semakin tinggi lah papa ... 5 bintang!!!!

    ((belum pnh baca peipan lagik))

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    X de la Nain... biasa2 je

    ReplyDelete
  3. "...Sebab yang sama mengapa saya masih membaca komik-komik aksi daripada Hong Kong dan Jepun..."

    haha.. suka benar saya kepada ayat di atas! (Nain, sila guna bahasa baku di sini ya) hehehehe!

    warghhh.. betul, betul, best! citer nih ialah hasil karya RAM yg pertama Ali baca!

    mmg best bang! mmg salute lah citer nih! plg best ialah part2 & plot2 dlm citer nih persis filem Hollywood! Kalo Ali nk tiru pujian kpd karya ni (yg biasanya ditulis di cover2 DVD): TWO THUMBS UP!!!

    <<..In the sunlight of your smile
    In the summer of our life
    In the magic of love
    Storms above scattered away

    Lovers dreaming in the night
    Reaching for Paradise
    But as the dark shadows fade
    Love slips away

    On an empty stretch of beach
    In the pattern of the waves
    Drawing pictures with my hand
    In the sand, I see your face

    Skipping pebbles on the sea
    Wishing for Paradise
    Sand castles crumble below
    The restless tides ebb and flow

    Listening to a shell
    Hoping for your voice
    Beautiful Maria of my soul
    of my soul
    of my soul

    Though we'll always be apart
    Locked forever in a dream
    If I ever love again
    Event then, nothing will change

    And the taste of you remains
    Clinging to Paradise
    But as the distance from you grows
    All that my heart ever knows
    Hunger for your kiss
    Longing for your touch
    Beautiful Maria
    of my soul

    Filling all my nights
    Haunting all my days
    Beautiful Maria of my soul..>>

    P/S: sebot Rahsia Perindu terus teringat lagu nih! T_T (jiwang2..)

    hehe, sori Nain sbb x baku dah pas perenggan pertama kat atas nih..

    ReplyDelete
  4. papa ibad aku tgh cari no fon ko ni..

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan dan Sahur :)

    Pei Pan... dakutan bleum baca lagi...huhhuhu...

    ReplyDelete
  6. papa, aku dpt detect persamaan ko ng kak elle.. ramaNdhan.. uwaa, baik gi repair cepat.. bolos saja dinding itu..

    ReplyDelete
  7. dalam byk2 novel papa ram, just 1 je yg aku berjaya teka dengan betul endingnya, iaitu ungu karmila.. yg lain2 tu, hampeh.. tekaan tersasar sama skali.. btw, novel2 papa ram memg 5stars..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum semua...

    Ali ~ Papa masa tulis tu ingat kat ko je..

    Razif ~ Mintak no fon kat Kak Illa or Elle

    Akim ~ Nanti papa repair, tekaan papa pulak... yg salah je Rahsia Perindu & Ungu Karmila..

    ReplyDelete
  9. salam,

    kalau nak jual novel pei pan tu boleh contact saya. nak baca novel tu. cari tak jumpa.

    no telefon: 016-6969664 Eddy

    ReplyDelete