Assalamualaikum
Pengaruh Dan Dipengaruhi
Saya bukanlah seorang yang suka menulis sejak daripada bangku sekolah lagi. Namum begitu saya suka membaca. Saya tidak pasti mengapa, mungkin kerana penat menulis dengan tangan? Mungkin saya tidak mempunyai imiginasi dalam menulis? Mungkin sebab saya malas menulis?
Ketika belajar di universiti saya amat tidak selesa dengan subjek yang memerlukan saya untuk ‘mengoreng sehingga masak’ dan keadaan ini berterusan sehingga saya berkerja. Saya pada mulanya tidak gemar untuk menulis email dalam berurusan tetapi setelah sedar tentang kepentingannya saya hambatkan sahaja kemalasan saya itu.
Permulaan tahun 2009, merupakan satu revolusi dalam kehidupan saya, daripada suami kepada ayah, disamping itu minat membaca kembali mekar dalam hati saya. Hati saya telah jatuh cinta kepada karya Ramlee Awang Murshid seterusnya menjadi ahli keluarga RAMFC.
Bersama RAMFC juga telah membuka lembaran baru hidup saya dalam penulisan. Dengan adanya blog sendiri, maka saya perlulah membuang rasa malas dalam penulisan. Disamping itu bersama RAMFC saya juga berkenalan dengan beberapa orang yang mampu mempengaruhi saya dalam pengunaan bahasa malayu tinggi.
Menyorot kembali pada zama persekolahan saya dahulu, kami cuma ada bahasa melayu pasar tetapi pada zaman yang berteknologi ini, bahasa ‘SMS’ atau ‘Internet’ menjadi bahasa seharian. Saya perlu berusaha memahami untuk mengimbangi keadaan semasa. Melihat kepada keadaan ini, saya tidak hairan mengapa ada rakan-rakan di RAMFC menyaran kami menggunakan bahasa melayu tinggi dalam penulisan diblog.
Namum pekara yang memberi pengaruh terbesar & semangat untuk saya menulis ialah blog tulisan abg Faqur. Bukan saya sahaja yang terpengaruh, rakan ‘sekepala’ saya dialam cyber ini pun sudah terpengaruh. Barulah saya mengakui bertapa mata pena sebenarnya lebih tajam daripada mata pedang yang bisa membuatkan kami 'tersentak' dan 'tersentap' dengan ketajaman tulisan dan isi kandungan yang membuka minda.
Jujurnya ketika membaca tulisan rakan saya itu, saya lebih tertarik melihat
Walaupun
Dan akhirnya kami sedar bahawa kami sebenarnya telah berjaya dipengaruhi oleh abg Faqur. Terima Kasih.
Kecewa, Kecewa dan Kecewa
Kecewa 1
Petang sabtu lepas, saya tidak sabar-sabar untuk bermain bolasepak bersama rakan sekerja. Petang itu juga merupakan permainan terakhir kami sebelum munculnya bulan Ramadhan Al Mubarak. Sudah menjadi sikap semulajadi saya akan bermain bersungguh-sungguh untuk setiap aktiviti sukan yang saya sertai. Namun rasa kecewa melanda kerana rakan-rakan sepasukan tidak sependapat dengan saya. Mereka tidak bersungguh-sungguh. Kami kalah.Saya kecewa.
Kecewa 2
Penat selepas bermain bola pada petang itu, saya meluangkan masa & merehatkan diri dengan menonton televisyen. Rancangannya? Perlawanan separuh akhir Badminton Kejohanan Dunia. Pasangan Malaysia menentang Pasangan Korea Selatan. Menang set pertama tetapi tumpas 2 set seterusnya. Kecewa lagi. Kecewa hanya mereka gagal ke perlawanan akhir. Namum tahniah untuk mereka kerana berjuang bersungguh-sungguh, mereka sudah mencuba sebaik sudah. Teruskan perjuangan dimasa hadapan.
Kecewa 3
Selepas menonton badminton, saya gagahkan mata dengan menonton perlawanan bolasepak EPL. Sebenarnya saya hanya berminat dengan perlawanan yang melibatkan Aston Villa, namun perlawanan itu tidak disiarkan secara langsung, (kecewa sikit). Perlawanan diantara Manchescter City dan Blackburn saya cuba gagahkan diri dan mata saya namun gagal. Keesokan hari berkejaran masa melayari internet untuk melihat keputusan perlawanan. Aston Villa kalah. Kecewa saya berterusan
.
Dozo Yuroshiku
papa, marilah kita sesama perjuangkan BMT cam encik FAKUR. Per yg saya notice dia selalu stry sal mende yg jadik dalam dia nyer evryday life. tapi dia selalu kaitkan dengan pengajaran kat hjung. huhuhhuhuhu .... camner nak wat camtu..
ReplyDeleteFrodo <<< xder pengajaran langsung. xoxoxoxoxo.
Assalamualikum Nain
ReplyDeleteHuhuhu... Papa pun notice benda tu.... gah cari fomula abg fakur... bukan sebab nak glamer cam dia cuma nak jadikan entri kita berkesan kepada orang lain...
Faktor pengalaman ke?
Sama-sama la kita berusaha..