Wednesday, May 18, 2011

Bila Jari Menari 18 May 2011 ~ Buku.. Baca.. Beli ~

Tarikh : 30 April 2011
Tempat : PWTC
Masa : 10.00 pagi sampai dah dekat Maghrib

Kali ini Nan pergi ke pesta buku bersama 2 orang rakannya yang sudah berumur. Nan bukan tidak mempunyai rakan yang sebaya atau lebih muda. Ada. Cuma mereka jelasnya tidak mempunyai kecenderungan minat yang sama dengan Nan. Mereka masih mengertawakannya membaca buku setiap kali masa rehat ketika bermain badminton. Maka dengan itu Abg Silk dan Abg Uno menjadi `mangsa` untuk bersama-sama menikmati keharuman buku-buku dan peluh ketiak pengujung yang datang ke pesta buku.

"Sudah nama pun pesta, mestilah meriah" gumam Nan selepas melihat begitu ramai pengunjung.

Melihat kepada kedatangan pengunjung, Nan merasa kagum, laksana menonton perlawanan akhir bolasepak Piala AFF, Malaysia menentang Indonesia. Sesak. Perasaan Nan bercampur baur, gembira dengan sambutan rakyat di negaranya sendiri tetapi pada masa yang sama tidak selesa kerana perlu menjadi ikan sardin di dalam tin.

Abg Silk menunjukkan buku karya rakannya, Hizamnuddin Awang `Membuat Duit Dengan Katering` dan kebetulan penulis ada di sana maka mereka diberikan buku percuma dengan syarat perlulah membuat komen mengenai buku itu. Nan memerima pemberian buku itu sambil mengharapkan penulis itu terlupakan dirinya kerana dia hanya suka membaca tetapi amat pemalas dalam penulisan.

Namun begitu harapan tinggal harapan. Semalam Abg Silk meminta Nan membuat komen tentang buku itu.

"Buku itu menjadi buku popular bulan lepas, kalau kita membuat komen mungkin boleh dapat buku percuma yang lain" tambah Abg Silk.

"Dasar muka subsidi " Nan hanya berani meluahkan di dalam hati kerana dia juga suka buku percuma.

Lantas tanpa berlengah masa dia terus menulis komen sebegini

"Pengalaman adalah sesuatu pekara yang tidak boleh dijual beli. Untuk mereka yang hidup daripada pengalaman akan mendapat 1000 ganda kepuasan apabila melihat hasil titik peluh yang dihasilkan menjadi emas, dan mereka yang tidak lokek pengalaman adalah mereka yang mulia sifatnya maka buku sebegini amat sesuai menjadi perantara menzahirkan segala pahit maung bergelumang di dalam sesuatu pekara."

"Berani menanggung risiko, keazaman untuk berjaya, cara perlaksaanan yang berkesan adalah intipati kepada mereka yang mahu menceburi bidang katering. Jelas buku ini dapat memberi panduan serba sedikit tentang bidang saji menyaji ini"

"Namun para pembaca harus sedar tiada yang mudah dalam segala bidang sekalipun. Maka anggaplah buku ini sebagai panduan maka kemudian harus disertakan usaha yang bersungguh-sungguh"

"Saya teringat sebuah novel yang sudah terlupa tajuknya, memetik ayat di dalam novel itu, `Pekara yang paling susah di dunia ini adalah.......... Untuk memulakan sesuatu`........ maka fikirkanlah"

Komen Nan berakhir dengan ayat ini " Bagaimana atau sebanyak mana buku ini membantu anda akan menjadi pengusaha katering akan jadi tidak bermakna jika Chef anda tidak pandai memasak "

Di pesta buku itu juga Nan dapat berjumpa dengan penulis kegemarannya, Ramlee Awang Murshid.

" Ada pelancaran novel baru rupanya, Sutera Bidadari" gumam Nan lagi.

Melihat kepada sambutan peminat, Nan gembira kerana melihat pola perubahan pembaca masa kini. Tumpuan pembaca bukan sahaja novel cinta air mata tetapi kepada ganre thriller dan fantasi yang pada masa yang sama menguji minda pembaca.  

Untuk melarikan diri daripada dikelilingi oleh novel cinta air mata atau novel `tangkap leleh`, dia berkunjung ke tapak buku PTS. Padat. Sendat. Nak bergerak pun susah. Nan berjaya mendapatkan karya Baharuddin Bakri - seorang penulis yang menulis dengan santai tetapi dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Puan Ainon pula membantu para penulis baru dengan Buku Panduan Teknik Surah Yusuf.

Konflik Malaysia dan Indonesia tidak menjadi alasan kepada Nan untuk membeli karya penulis daripada negara jiran itu. Dia memborong kesemua karya Andrea Hirata dan sambungan novel Negeri 5 Menara karya A. Fuadi - Ranah 3 Warna. Dia juga membeli beberapa buah buku di One Nusantara dan Pekan Ilmu juga tidak ketinggalan terjemanhan Al Quran.

Sesuatu yang menarik perhatian Nan ketika membelek-belek terjemahan Al Quran dia terdengar dialog ini

"Pengisian dan isi kandungan tasiran ini bagus tetapi harganya mahal"

Nan dengan spontan melihat tangan hamba Allah itu, penuh dengan buku-buku. Terdetik di hatinya, mengapakah buku-buku yang berkaitan dengan agama perlu berkira sedangkan buku yang tidak berkaitan `selamba badak` terus membeli.

Terbang jugalah RM 300. Biarpun begitu Nan merasa puas kerana mempunyai stok bacaan mungkin sehingga pesta buku akan datang.

Dozo Yurosihku

Friday, April 29, 2011

Bila Jari Menari 29 April 2011 ~ Cerita Sukan Malaysia~

Assalamualaikum

29 April 2011, Pejabat XXXXX di XXXXXX
8.00 pagi(Mula Berkerja 8.30 pagi)

Nan seorang peminat sukan walaupun dia tidaklah bagus dalam sukan. Dia akan membaca koran bermula dari bahagian belakang. Ada juga orang lain yang suka membaca koran daripada belakang tetapi mereka bukan peminat sukan mereka peminat ANGKA.

Dia lebih suka membaca `gosip` dan `politik` sukan daripada gosip artis Malaysia yang macam sampah yang tidak di buang selama seminggu dan politik Malaysia yang dah tidak ubah macam cerita porno keluaran Vivid.

Namun sekarang ini dia merasakan sukan di Malaysia sudah macam sampah. Melihat golongan bodoh sombong berlagak angkuh.. seolah-olah tahu serba serbi juga melihat golongan tua bangka yang degil macam kerbau.

Nan suka bermain badminton ketika muda. Sekarang kudrat tidak sehebat dulu. Melihat kepada keadaan badminton Malaysia dia menggelengkan kepala. Betapa susah nak lahirkan juara dunia. Bila dah keluar mak bidan di lupakan.

"Orang di BAM tidak tahu nak belajar daripada China ke?" guman Nan

Dia mengenali Li Yong Bong (Yong Bo tidak kenal pun si Nan ni) ketika pemain beregu China itu bertempur bersama Razif- Jalani. Hampir sedekad dia menjadi ketua jurulatih China dan dalam tempoh itu pelbagai pemain telah dibidankan dan sekarang yang paling hebat Super Dan.

Di Malaysia pula, nak tunggu 20 tahun baru keluar Pemain No 1 Dunia. Semua orang perasaan tak? Kita boleh mengeluarkan juara dunia sehebat China. Resepi sudah pun ada.

Tetapi kenapa yang bijak pandai di BAM tidak mahu menggunakan resepi itu? Di tempat kerja Nan di panggil SOP - Standard Operation Procedure. Begitulah nak membuat juara dunia. Gunakan kembali kaedah yang Dato Misbun buat pada Chong Wei. Bukan suruh mak bidan buat anak baru. Belajarlah meniru untuk kebaikan. Contohi persatuan sukan paling lawak di Malaysia pada tahun lepas, Persatuan Sepak Takraw.

Tidak mengapalah kerana mereka masih rasa ada maruah yang tinggi dengan melantik PENASIHAT daripada Thailand. Tetapi mereka sedar itu salah satu cara untuk meningkatkan mutu permainan sepak takraw Malaysia walaupun presiden mereka selalu cakap tidak serupa bikin.

"Wahai pasukan sepaktakraw... Aku yakin korang akan berjaya nanti" Nan melontarkan keyakinan. Bila dah berjaya pasti semua orang suka, semua orang puji biasalah lumrah kehidupan di Malaysia.

" Encik tengok!!! Itu besar punya batu ada atas itu kepala" Kata Nan kepada diri sendiri.

Dialog itu untuk KOAM. Dah diberitahu tidak boleh pergi, nak pergi juga.. Degil!!! Sekarang siapa jilat ludah sendiri? Olahraga negara sudah lama merosot tiada kemajuan. Mustahil sebab gangguan latihan terus jadi merosot? Kemudian terus nak ke Sabah. Aduhai tolonglah jangan nak berpolitik dalam sukan. Letih mendengar cerita bosan daripada KOAM.

Wahai persatuan sukan di Malaysia, jadilah orang yang berfikir sebelum bertindak. Jika tidak... memang tidak sampai bila sukan Malaysia tidak kemana.

Nan mencampak koran di bawah meja kerana dia mahu mula berkerja.

Dozo Yuroshiku.

Thursday, April 28, 2011

Bila Jari Menari 28 April 2011 ~ Cerita Pendek~

Assalamualaikum

Ahad 2.00 petang, Kuala Lumpur

Nan baru sahaja selesai menghadiri kursus pengurusan jenazah anjuran syarikat kawannya. Dia bergegas pula ke Johor Bahru untuk menghadiri mesyuarat bulanan di syarikat dia berkerja pada keesokan harinya.

Mesyuarat diadakan pada tengah-tengah bulan. Maka kantung poketnya pun semakin kempis. Di dalam kantung dompetnya hanya ada RM 50 sahaja. Jarum meter minyak menunjukan bahawa dia tidak akan dapat sampai ke Johor Bahru dengan kuantiti yang ada sekarang.

Maka dengan berat hati dia mengorbankan RM 30. Baki RM 20. Tekak kering pula.. Beli air. Tinggal RM 15. Nasib baik duit tol dah masuk dalam kad touch and go. Dia meneruskan perjalanan.

Dia akan singgah kerumah sepupunya untuk berbincang tentang projek baru yang akan di lakukan. Pada masa yang sama dia mempunyai  perancangan untuk menemui kenalannya Sari. Namun RM yang menjadi persoalan. Malulah perempuan bayar duit makanan.

Setelah sampai ke rumah sepupunya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa Sari.

"Kita jumpa selepas solat mahgrib, di gerai......" balasan Sari melalui pesanan ringkas.

Nan menunaikan solat maghrib di masjid kampung itu dan berdoa kepada Allah di berikan rezeki. Ketika masuk di keretanya, dia melihat koleksi syiling. Rezeki. Dia dapat mengumpul RM 10. Sekarang ada RM 25. Cukup ke makan 2 org RM 25? dan malu juga nak bayar pakai syiling.

Mamak surat khabar menjadi mangsa. Terima kasih mamak.

Dia teringat baki akaun 2 bank yang di milikinya. Kalau yang itu masuk ke sini dapatlah RM 10. Dah ada RM 35. Lega.

Jom jumpa Sari.

Sari tidak mahu makan. Minum limau suam sahaja. Lega. Nan juga minum sahaja kerana dia sememangnya kenyang setelah melantak mee goreng di rumah sepupunya. Rezeki.

Mereka bersembang dengan aman. Berpisah. Namun Nan bersyukur dan percaya pada rezeki Allah.

Dozo Yurozshiku

Friday, March 25, 2011

Bila Jari Menari 25 Mac 2011

Assalamualaikum


Jari saya menari dengan menggunakan laptop Panasonic Toughbook CF-W2 (ada sedikit riak tu). 2nd hand je bro.. Sebelum ini saya menggunakan laptop berjenama Acer, namun jodoh tidak berpanjangan. Bercakap mengenai laptop ada cerita menarik yang berlaku kepada saya sejak 2-3 minggu ini. Sekejap ek (slang orang johor tu) saya tengah mengatur jalan ceritanya.

Begini lapatop Acer saya itu sudah bermasalah daripada tahun lepas lagi, kepada pengguna jenama Acer akan tahu masalah utamanya iaitu screen akan 'blank'. Saya pernah cuba menghantar ke servis center, anggaran nak utuk dibaiki RM 750 dan yang paling rasa menyirap (bukan minum sirap ye) darah, bila di beritahu ini adalah biasa. Lantas saya mengikut logik akal, daripada baiki baik beli sahaja yang baru. Jadi saya telah menggunakan hard disk laptop sebagai external hard disk untuk kegunaan seharian.

Pada bulan 2 yang lepas, seorang kenalan saya yang pernah belajar di Jepun meminta saya membelikan laptop Panasonic 2nd hand di kawasan Shah Alam. Hanya jauhari mengenal manikam, kemudian barulah saya tahu mengapa jepun-jepun di pejabat saya di Pasir Gudang suka sangat dengan laptop Panasonic ini. Sesungguhnya laptop ini tahan lasak dan ringan. Saya menjadi tertarik dan menyimpan tekad untuk mendapatkannya.

Nak di jadikan cerita, awal bulan ini saya bermukim selama 2 minggu di Pasir Gudang untuk menyertai projek baru syarikat saya. Bercerita tentang projek baru ini (saya memang suka buat cerita dalam cerita.. kadang-kadang lebih daripada 3 cerita). Anda tahu tentang LED (Light Emmiting Diode)? Mesti ingat masa belajar kemahiran hidup. Tahukah anda LED boleh mengantikan cahaya matahari di dalam proses fotosintesi? Di Jepun kajian telah menunjukkan jawapan ya. Maka kami telah di arahkan untuk merekabentuk lampu LED ini untuk kegunaan mereka di Jepun. Alhamdulilah dah berjaya pun. Saya percaya LED akan menjadi satu trend pada masa akan datang kerana penggunaannya memberikan impak yang baik kepada pengguna terutama di dalam penjimatan tenaga. Insya allah dalam masa 2 bulan ini kami akan membuat projek yang sama tetapi design dan quantiti yang berbeza. (Minggu depan ke Pasir Gudang lagi untuk wat prototype design terbaru)

Anda tahu apa yang saya cuba sampaikan mengenai LED ini? Ini pendapat saya sahaja, kita sebenarnya di Malaysia ketinggalan agak jauh (5-8 tahun kebelakang mungkin) dengan negara seperti Amerika dan Jepun. LED adalah satu contoh. Pengalaman kejahilan saya sendiri membuktikannya. 4 atau 3 tahun yang lepas, saya menonton CSI, ada satu babak pasukan CSI mencari 'Blackberry'. "Apa tu Blackberry?" Sekarang barulah saya tahu bertapa bergunanya Blackberry itu. Mereka juga menggunakan internet melalui fonsel, saya terfikir bagaimana mereka mendapatkan internet. Sekarang barulah semua terjawab. Lambatkan kita dapat teknologi itu, ini termasuklah DNA. Kes di Malaysia dah bertahun-tahun mengenai DNA tetapi masih nak minta DNA lagi. Aduhai

Berbalik kepada cerita saya tadi, ketika pulang ke Shah Alam, (sambil mengira claim sudah tentunya!!!) saya terfikir mahu mempunyai lapatop yang boleh di gunakan untuk membuat kerja. Sukalah saya ingatkan di sini, pada pandangan saya, selain LED, laptop, notebook, netbook, ipad dan lain-lain adalah barangan masa depan, akan menjadi barangan 'mainan' anak-anak kita. Sebelum mereka bertanya pelbagai soalan tentang barangan ini persiapkan diri anda serba sedikit dengan ilmu IT.

Adoi!!!! melalut lagi, saya sambung balik cerita, saya bertanya pendapat rakan saya dan pendapatnya, " kau jual sahaja laptop yang rosak itu kemudian beli laptop Panasonic, iklan sahaja di mudah.com dan bagitahu tentang kerosakan" Saya terdiam dan berfikir ada ke orang nak beli laptop rosak? Berapa pula harganya?. Idea itu saya biarkan sahaja, sehingga saya mempunyai masalah kewangan. Saya tiada pilihan lain menjual laptop saya. Dengan tidak di sangka-sangka laptop saya berfungsi (syukur kepada Allah), tanpa berfikir panjang saya terus ke Cash Converter, alhamdulilah harga yang di tawarkan boleh tahan. Laptop berpindah tangan.

Bermula pencarian Laptop Panasonic, lagi satu tips nak bagi ketika membeli laptop, pastikan anda kegunaannya pada diri anda. Kalau saya cukup sekadar nak menulis, melayari internet bila perlu dan sebagai data kedua jika laptop pejabat rosak. Alhamdulilah laptop Panasonic berada di dalam genggaman sekarang. Ketika pencarian itulah saya lihat laptop yang jenama sama mempunyai masalah yang sama dan kebetulan seorang rakan blogger mengadu laptopnya rosak pun masalah yang sama.

Jadi kepada mereka yang mahu membeli peralatan IT tetapi kurang pengetahuan tentang IT, dapatkan nasihat daripada pihak kedua yang pakar dengan IT. Jangan sampai tertipu. Jangan mebeli sebab cantik, comel, suka warnanya tetapi akhirnya mudah rosak. Jangan malu belajar, jangan takut salah kerana tanpa kesalahan anda tidak akan belajar apa-apa. Terimalah hakikat komputer, laptop, netbook akan menguasai kita pada masa hadapan. Tarian jari saya berakhir di sini & sungguh gembira dapat menulis di sini.






Dozo Yuroshiku


Wednesday, February 23, 2011

Bila Jari Menari 23 Febuari 2011

Assalamualaikum

Jari saya kembali menari dengan perasaan yang penuh kecewa. Buat pertama & terakhir kalinya saya meluahkan perasaan kecewa & maha sedih di sini.Kenapa dan mengapa tidak perlulah diketahui biar saya sahaja yang pendam. Namun yang pasti ia memberikan tamparan yang Maha hebat kepada saya. Sehingga sekarang masih masih lagi mengumpul semangat untuk bangkit insya allah.

Sudah lama saya tidak menarikan jari jemari saya di sini dek kerana kesibukan dan pelbagai benda yang berlaku kepada diri saya. Sehingga pada ketika ini, saya pun tidak tahu apa yang nak saya tarikan disini.

Pasukan negara berjaya menjadi pemenang Piala AFF. Lakasana hero hindustan sungguh, "Hero kalah dulu" itulah corak perjalanan yang ditempa oleh pasukan negara. Disukan Sea pun begitu. Namun begitu bolehkah Hero Menang Terus? Saya lebih suka untuk mengikuti kesinambungan selepas ini. Berapa lamakah mereka akan menguasai Asia Tenggara? Bila pula mereka menghadirkan rasa gerun kepada Korea & Jepun?

Liga M pun sudah bermula, liga yang boleh saya umpamakan hidup segan mati tidak mahu. Biarpun kita berjaya menjadi juara namum liga kita tidak menjadi juara pada rakyat Malaysia. Kemeriahan tidak terasa langsung. Persatuan-persatuan bola kena berfikir bagaimana boleh menarik minat penonton kembali ke stadium.

Mungkin mereka boleh belajar daripada Jepun dan Korea, kalau tidak pun, Indonesia. Pendekatan yang baru amat la diperlukan. Bagaimana pula idea dengan mengwujudkan Liga Juara-Juara Asean? Pada pendapat saya liga ini mampu menaik taraf bola sepak di rantau Asean. Bagaimana pula jika pemain daripada negara Asean tidak dianggap sebagai pemain import ketika bermain di Liga M? Secara tidak langsung ini akan mencabar permainan pemain tempatan setidak-tidaknya ke peringat Asean.

Jika dilihat daripada kejohanan yang lepas, pasukan seperti Filipina berjaya mencuri perhatian. Ini menunjukkan peningkatan permainan negara lain di peringatkat Asean. Maka dengan itu molek benarlah negara-negara Asean berkerjasama dengan meningkatkan mutu permainan bola sepak daripada memikirkan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia secara bersama. (Yang ini lawak sangat-sangat). 

Tarian saya berakhir disini

Dozo Yurokshiku