Monday, August 17, 2009

Jari Menari Untuk : Laporan RAMFC De Futsal

Assalamualaikum

Laporan Penuh RAMFC De' Futsal

Lokasi : Samba De' Futsal
Masa : 1400
Tarikh : 8 Ogos 2009

Alhamdulillah aktiviti futsal yang dirancangkan tidak sampai sebulan, berjaya dilangsungkan dalam suasana ringkas tapi meriah. Setiap peserta dialu-alukan dengan cenderahati yang ditaja oleh Alaf 21 & pihak penganjur. Cenderahati yang menceriakan para peserta itu adalah senaskah novel sumbangan daripada Alaf 21 dan 'plak' yang comel pula sumbangan daripada RAMFC yang mengambil nukilan mushaf Laksamana Sunan.

Walaupun tanpa kehadiran Abang Ramlee Awang Murshid, aktiviti futsal pada petang sabtu tetap berlangsung mengikut jadual. Selain daripada itu, para peserta jugak dijamu dengan makanan ringan seperti puding roti, karipap dan juga air sirap berperisa 'sarsi' yang telah disumbangkan oleh ahli-ahli RAMFC. Setinggi terima kasih diucapan budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Aksi permainan futsal dimulakan dengan pembahagian pasukan oleh Papa Ibad (merangkap pengadil yang adil lagi saksama). 2 pasukan akhirnya terbentuk. Pasukan diketuai oleh Abang Web menentang pasukan yang diketuai oleh pasaukan Abang Long. Perlawanan berlangsung dengan suasana ceria & penuh gelak ketawa. Pelbagai aksi dipertontonkan pada hari itu, ada yang berlanggar sesama sendiri, ada yang hampir pitam, ade bersorak sahaja, ada yang bermain secara ganas manja dan banyak lagi.

Setelah berhempas pulas menghadapi perlawanan yang sengit bagaikan petarungan hidup dan mati, seumpama melangsaikan dendam kesumat yang sudah bertahun terbuku dihati, akhirnya pertarungan sengit itu ditamatkan dengan kemenangan mutlak berpihak kepada pasukan Abang Web. Pasukan Abang Web menang dengan jaringan 12 berbalas 10.

Seterusnya, upacara penyampaian hadiah & sijil-sijil untuk para peserta dan juga amanat-amanat daripada dua penasihat, Abang Long mewakili Alaf21 FC dan Attoks selaku penasihat bagi RAMFC. Ucapan terima kasih jugak untuk Cik Osh kerana sudi menjadi pengacara majlis pada petang tu. Seterusnya kami menghabiskan masa dengan bersuai kenal disebuah restoran. Kemesraan dan uhkhuwah jelas terbayang dalam pertemuan singkat itu.

Namun setiap yang bermula akan tetap berakhir, pertemuan selama 5 jam pada petang itu berlalu bersama terbinanya sebuah kenangan yang terindah buat kami semua. Yang pernah berjumpa sudah terubat kerinduan, yang baru berjumpa kerinduan pasti menjelma apabila semuanya hilang daripada mata.

Lantas gamitan rindu terubat dengan mengimbau kenangan terindah pada petang itu dengan warna warni aksi kami yang terhidang pada hamparan dibawah ini dan laporan diakhiri dengan pantun dibawah.

Intai Padi Antara Nampak,
Esok Jangan Layu-Layuan,
Intailah Gambar Ini Antara Nampak,
Supaya Hilang Rindu-Rinduan..












1 comment:

  1. salam farid....
    x sangka lak blh jumpa farid sekeluarga kan
    lps ni luangkanlah masa utk xtvt akan dtg ye

    yg lain tu x kan tgk je, meh la sertai kami

    ReplyDelete